Pokka Honey Lemon - Sihat & Menyegarkan!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Entri sebelum ini, Momi pernah update mengenai produk POKKA, haa kali ni tetiba pula rasa nak share dengan anda resipi Agar-Agar Pokka Honey Lemon Bersama Hirisan Lemon . Hari tu tetiba rasa nak buat agar-agar, jadi Abadik suggest dekat Emak buat Agar-Agar guna Honey Lemon. Kitorang pon cuba cuba je la ni. eehhee


Bahan-bahan Untuk Agar-Agar Pokka Honey Lemon Bersama Hirisan Lemon :

Pokka Honey Lemon (1.5 L)
Nata de coco (Perisa yang berkenan)
Gula (2 senduk kecil)
Agar-agar (Cap layang-layang)
Sebiji Lemon - Ambil kulit sahaja & Hiris


Cara-Cara Memasak Agar-Agar Pokka Honey Lemon Bersama Hirisan Lemon :

1. Masukkan agar2 bersama air , rebus sehingga cair
2. Masukkan 2 sudu gula & kacau
3. Masukkan POKKA Honey Lemon & kacau
4. Biarkan bahan-bahan tersebut dimasak selama 5 minit.
5. Kemudian, masukkan ke dalam bekas (ikut pilihan anda)
6. Kemudian, masukkan nata de coco (mengikut citarasa anda)
7. Kacau
8. Kemudaan, masukkan hirisan lemon
9. Tunggu sehingga jadi suam-suam.
10. Masukkan dalam peti ais & tunggu sehingga sejuk
11. Boleh makan! 


Ternyata uji kaji kami berjaya juga pada rasa, walaupun hancur sedikit hehe. Sebenarnya nak lagi best, anda boleh letak dalam bekas-bekas kecil, best juga tau. Haa... Untuk pengetahuan anda, Pokka Honey Lemon sebenarnya ada beberapa kebaikan. Bukan sekadar minum saja-saja je hehe. Antaranya sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan, kerana produk Pokka Honey Lemon tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tambahan. Paling penting, menggunakan bahan-bahan dari buah-buahan sebenar. Memang fresh!


Disamping itu, ia mengurangkan pigmentasi dan meningkatkan daya tahan untuk badan. Bestnya, Pokka Honey Lemon sangat sesuai untuk kita di Malaysia, lagi-lagi masa musim panas memang lega.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk POKKA, sila layari :
Laman Rasmi POKKA Malaysia - www.pokka.com.my
Facebook rasmi POKKA - https://www.facebook.com/POKKAMY

Post a Comment

6 Comments

macam menarik jer ni... nampak menyelerakan...
Rafzan Tomomi said…
heheh menarik menarik :D
Anonymous said…
Ala...ingatkan ada video TT. Bee x buat vlog ke?
btw..memang nampak sedap
Rafzan Tomomi said…
ada vlog hehe. tengah on work dengan vlog tatkala kebusyan melanda hahaha
Illya LeYa said…
WoW!!! Sungguh menyelerakan..
Rafzan Tomomi said…
ye kak, sangat menyegarkan :)