Pak Pong - Movie Review



Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Movie Review kali ini nak mengulas mengenai sebuah filem Melayu iaitu filem 'Pak Pong'. Filem  'Pak Pong' sudah mula ditayangkan sejak 23 Februari 2017. Momi telah menghadiri Malam Gala "Pak Pong" yang telah diadakan pada 22 Februari 2017, memang penuh seat. Best ke tak filem ni? (Amaran : Mungkin ada Spoiler!)

Sinopsis Pak Pong
Pak Pong mengisahkan tentang seorang lelaki kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan dengan menjadi lelaki normal yang kacak. Untuk merealisasikan keinginannya itu, dia telah menuntut ilmu yang salah sehingga dia lupa dirinya dan akhirnya perbuatannya telah memakan dirinya sendiri. (Trailer Pak Pong 2017)

Filem yang bergenrekan fantasi komedi ini merupakan arahan sulung dari Fauzi Nawawi. Watak 'Muda' lakonan Hairul Azreen adalah peneraju utama dalam filem ini.  Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Fauzi Nawawi, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Izreen Azminda dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.


Momi Review's
Jarang-jarang filem melayu kita ada filem bergenre fantasi komedi. Kebiasaanya kita tengok filem komedi seram tak pon cinta. Momi suka idea yang ingin ditonjolkan dalam filem Pak Pong ni, cuma Momi rasa 'main' fokus filem ini macam lari sedikit sebab tidak fokus pada satu jalan cerita, tetapi ia diselamatkan dengan adengan yang menghiburkan. Filem ini bukan sahaja buat anda gelak ketawa, tetapi ada juga diselitkan beberapa babak drama yang sedih.

Part CGI pulak pada pandangan Momi okay sahaja. Barisan pelakon pula, memang dah best dah. Pada bahagian ending, terdapat beberapa cerita yang tengantung. Secara keseluruhannya, sebuah filem yang menghiburkan. Sebuah arahan yang baik dari Fauzi Nawawi. Goodluck team Pak Pong!

Berapa Bintang?
Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Jom Tengok Kisah Malam Gala Pak Pong Dalam Momi Vlog Episod #13 :



Poster Pak Pong 2017 Download | Pak Pong 2017 Subtitle | Sinopsis Pak Pong 2017 Synopsis | Poster Pak Pong 2017 Review | Pak Pong 2017 Malay Subtitle | Pak Pong 2017 Torrent | Review filem Pak Pong 2017 | Barisan pelakon Pak Pong 2017 |  Review filem Pak Pong 2017 Bahasa Melayu | Review Pak Pong 2017 Malay

Post a Comment

2 Comments

Illya LeYa said…
Okay...nanti Kak LeYa nak pegi tengok la cerita ni kat wayang dengan otomen
Rafzan Tomomi said…
pergi tau kak. hehe