D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Steamboat Dengan Harga Yang Berpatutan!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini Momi singgah cari steamboat sekitar Shah Alam, dan akhirnya bertemu dengan restoran D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam. Dari luar tengok memang ramai orang makan dekat sini, terasa nak cuba pulak. Jadi... Momi pon masuk ler dalam restoran tersebut hehe. Restoran ini pernah muncul dalam rancangan 'Jalan Jalan Cari Makan', 'Nasi Lemak Kopi O' dan beberapa rancangan TV lain.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Menu Di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Restoran yang berkonsepkan Buffet 'all you can eat' dan ia menggabungkan dua dalam satu iaitu steambot dan grill. Untuk pengetahuan anda, pada asalnya restoran ini menyediakan masakan secara steambot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Antara pilihan yang tersedia untuk para pengunjung seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang,sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Terdapat juga pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan fucuk serta pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Bukan itu sahaja, D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat juga menyediakan kambing panggang. Ia dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Tidak lama selepas itu, menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong diperkenalkan. Jenis-jenis perapan yang digunakan . Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, PatinAnnabel, Pari Perry dan macam-macam lagi.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisanikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium dan Kepak Ayam BBQ. Part pencuci mulut, ada Icy Moonster,  kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai serta air batu campur.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Kemudahan Yang Disediakan Di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!


Harga Buffet D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Harga yang ditawarkan berbeza mengikut hari yang ditetapkan. Momi rasa harga yang ditawarkan sangat berpatutan memandangkan anda boleh makan sampai kenyang! hehe 

Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM33.00
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM18.00

Setiap Isnin - Khamis (Tidak Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM28.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM12.00

'Sunday Family Day' - Setiap Ahad 11.00 Pagi - 3.00 Petang
DEWASA - RM22.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM9.90

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Waktu Operasi D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Isnin - Sabtu : 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Ahad : 12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam

Alamat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam - Harga Steamboat Serendah RM9.90!

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram - @dkayangansteamboat

Untuk tempahan, sila hubungi : 
012-2971091
017-5076274
03-55234979
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my

d'kayangan steamboat shah alam | restoran steamboat di shah alam | steamboat shah alam murah | steamboat shah alam seksyen 7 | d'kayangan steamboat harga 2017

Post a Comment

3 Comments

Galaksi Viral said…
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
Rafzan Tomomi said…
salam kenal.
terima kasih.
dah balas blogwalking dan follow :)
Anonymous said…
Dah 3kali makan dositu tak pernah jumpa udang besar pun. Ketam pun kecik dan amat sedikit.