Sudahkah Anda Mengambil Sarapan Pagi?

09:00:00 Rafzan Tomomi 7 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Siapa dah sarapan pagi angkat tangan!!! Jika sudah , Alhamdulillah terisi dah perut tu dan yang belum tu pastikan sarapan pagi tau, nanti lapar kan susah. Momi dah ingatkan anda semua ya hehe. Kenapa sibuk sangat Momi suruh ambil sarapan ni? Haa.. Jom kita baca apakah pentingnya sarapan pagi ni.


Apa Yang Momi Selalu Makan Untuk Sarapan Pagi?
Setiap pagi Momi tak pernah terlepas lagi dari sarapan pagi. Kalau hari bekerja, Momi akan bersarapan di office dan pada hujung minggu bangun awal semata-mata nak sarapan pagi hehe. Rasanya memang sarapan penting untuk Momi sebab kalau tak Momi memang akan lapar teruk haha. Setiap pagi Momi mengambil sama ada nasi goreng, mi hun goreng atau roti untuk makan. Tidak lupa, Momi mesti 2 atau 3 kali seminggu mesti akan minum susu, sebab Momi memang penggemar susu. :)


Kebaikan Yang Ada Pada Susu ?
Susu diperkaya dengan nutrisi penting seperti Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin A, B², C, D³,Selemin yang baik untuk tulang, gigi, mata dan badan. Selain itu, susu juga mengandungi Laktosa yang mudah dicerna dan diserap oleh badan manusia. Hanya dengan minum susu, ia cukup untuk mewakili sarapan seharian kita tau. Pengambilan susu berkalsium tinggi dapat membantu menguatkan dan membina sel-sel tulang. Tak jadi masalah ler untuk Momi minum hari hari hehe.


Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi Setiap Hari
Sarapan adalah WAJIB ya setiap pagi untuk memulakan hari anda. Bayangkan anda lupa mengambil anda akan rasa lesu, muram dan banyak kesan sampingan lagi. Jika anda berdiet pon, WAJIB mengambil sarapan pagi ya. Seperti Momi, minum susu pon jadilah kalau dah malas sangat nak makan kan? haha. Baru-baru ini Momi telah disurprisekan oleh Dutch Lady untuk Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady PureFarm. Alhamdulillah 7 hari berturut-turut Momi berjaya menyahut cabaran tersebut. Alhamdulilah kenyang hehe. Boleh tengok gambar-gambar dekat Page MomiInstagram Momi dan hashtag SarapanDutchLady :)


Untuk pengetahuan anda, 2 cawan susu sehari dapat membantu untuk memenuhi keperluan nutrisi dan dan berkhidmat disarapan pagi dan secawan susu menyediakan 200 mg kalsium untuk memulakan pengambilan pemakanan harian anda.

Tunggu apa lagi? Jom mulakan Sarapan pagi anda dengan Susu Dutch Lady Pure Farm.

Keterangan lanjut boleh layari : 

Website : http://www.dutchlady.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk/
Instagram : www.instagram.com/dutchladymy


p/s : Thanks Dutch Lady! :D

7 comments:

  1. nak join tapi dah habis. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tapi jangan lupa breakfast ya :)

      Delete
  2. LeYa memang penggemar susu dutch lady dari dulu lg

    ReplyDelete
  3. Akak pulak tak boleh minum susu selalu ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe kak. Janji kita sarapan hari hari ya :)

      Delete
  4. Selalu gak minum susu tapi susu anlene la rasa vanilla. sedap. hehehe

    ReplyDelete