Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk

22:54:00 Rafzan Tomomi 6 Comments

Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kolestrol berlebihan dalam tubuh badan? Adakah anda pernah periksa berapa kolestrol dalam badan anda sekarang? Momi dah cuba dan mendukacitakan betul, agak tinggi tau. Adakah dengan minum Vitas Organic Soymilk dapat mengurangkan kolestrol dalam badan?

Apa Itu Kolestrol?
Kolesterol merupakan unsur lemak yang dibuat oleh hati dan diedarkan ke seluruh badan. Ia membolehkan badan kita untuk membuat vitamin D dan hormon serta membentuk asid hempedu. Kalau kolestrol tinggi boleh membawa anda ke beberapa faktor penyakit seperti penyakit jantung, strok dan penyakit peripheral artery . Untuk pengetahuan anda, dalam darah kita ada 3 kolestrol:
- HDL (Kolestrol Baik)
- LDL (Kolestrol Buruk)
- TG (Triglyceride)

Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk

Apa Itu Vitas Organic Soymilk?
Pernah dengar Vitas Organic Soymilk? Produk ini akan membuang kolestrol buruk dan membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat dalam tubuh badan kita. Paling Penting, produk ini telah mendapat sijil HALAL. Jadi boleh minum tanpa was-was.

Bagaimana Rasa Vitas Organic Soymilk?
Kelebihan Vitas Organic Soymilk ini, rasa dia sedap, menyenangkan dan tidak terlalu manis. Rasa Soymilk sedap sampai Momi rasa nak tambah lagi 1 scoop tapi kena tahan nanti habis cepat pulak haha. Untuk mengurangkan kolestrol dengan cepat, sebaiknya minum DUA kali sehari.

Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk

Pengalaman Mencuba Vitas Organic Soymilk
Sebelum Momi cuba minum Vitas Organic Soymilk, kolestrol dalam badan Momi sangat tinggi mencecah 7.4 . Sangat mengejutkan diri sendiri okay dan tak boleh terima sebenarnya. Momi minum 2 kali sehari iaitu setiap pagi sebelum sarapan pagi dan setiap malam sebelum tidur. Dalam masa sebulan Momi dah cuba 2 tin besar okay. Alhamdulillah, setiap hari minum tanpa henti, Momi berjaya menurunkan tahap kolestrol dari 7.4 ke 3.2. I feel "WOW!", turun mendadak.

Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk
Sebelum & Selepas minum Vitas Organic Milk.

Non-Dairy Creamer Tidak Baik Untuk Kesihatan
Ada beberapa keburukan pada non-dairy creamer yang anda perlu elakkan. Antaranya ialah non-dairy creamer diperbuat daripada lemak sayuran seperti minyak sawit, minyak kelapa atau minyak soya dan ia mengandungi 35% lemak. Tinggi juga tu. Seterusnya, ia juga mengandungi High fructose syrup atau sirap fruktosa tinggi sebagai bahan non-dairy creamer yang boleh merosakkan hati manusia jika penggunaan yang kerap dan banyak.

Proses 'Hygrogenation' adalah sebahagian daripada kaedah untuk membuat non-dairy creamer, bahayanya apabila ia akan menukar lemak sayur-sayuran ke dalam lemak trans yang berbahaya kepada jantung dan hati kita. Untuk pengetahuan anda, Vitas Organic Soymilk TIDAK mengandungi non-dairy creamer, jadi anda tak perlu risau untuk mencuba produk ini tanpa was-was. Produk ini juga tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Kurangkan Kolestrol Dengan Vitas Organic Soymilk

Di Mana Boleh Beli Vitas Organic Soymilk?
Produk ini boleh didapati di Lazada, 11street.my dan www.joypremix.com dengan harga RM80.00 untuk satu tin. Kalau nak diskaun, sila gunakan code VITASRAFZAN10 ini semasa buat pembelian di laman web yang Momi senaraikan di atas. Kod promosi ini hanya sah untuk tempoh sekarang sehingga 31 Oktober 2016 (11 Pagi) dan hanya untuk pembelian 1 tin sahaja. Jadi tunggu apa lagi untuk mengurangkan kolestrol dalam badan, anda perlu cuba minum Vitas Organic Soymilk dan kekal sihat dan bertenaga. :)

6 comments:

  1. Alamak, tak pernah check tahap kolesterol..
    Tq Momi.. Nak try jugak la setin..

    ReplyDelete
  2. Rugi pulak rasanya tak check kolesterol hari tu. Hahaha tapi takut

    ReplyDelete
  3. Bagus lah u oll berkesan.. So lepas ni kena jadi duta lah produk ni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi tinggi takhtanyaaa jadi duta ahahaa

      Delete