Berkawan Dengan Hantu Di 'Nights Of Fright 4' Sunway Lagoon

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Bila masuk bulan Oktober ni, mesti akan ada Night Of Fright di Sunway Lagoon. Tahun ini, sekali lagi kembali dengan Nights Of Fright 4. Korang mesti tak sabar punya nak masuk rumah hantu yang banyak dalam tu hehe. Apa yang bestnya Nights Of Fright 4 ni sampai Momi boleh berkawan dengan hantu-hantu dekat situ? hehe.

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Bermula 7 Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016, Sunway Lagoon akan dipenuhi dengan kelibat-kelibat hantu dan zombie selepas jam 7.00 malam. Nights Of Fright 4 ini dibuka hanya pada Jumaat, Sabtu & Ahad sepanjang Oktober ini. Menariknya anda boleh berjumpa dengan pelbagai jenis hantu, zombie dan 'monster' berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon tu.

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Terdapat beberapa tarikan 'Rumah Hantu' yang menarik perhatian Momi. Antaranya ialah MALAYA HIGH-SCHOOL, CHAONEI No. 81, Ghosbusters Adventure Live, Zombie Apocalypse, KEVIL Hill dan beberapa lagi yang sangat seram. Disamping itu ada beberapa 'Scare Zone' yang anda bakal tempuhi seperti Ah Wing's Butcher Shop, Tanah Perkuburan Bukit Lang, The Clown , Zombie Walk dan banyak lagi. Selain itu terdapat 11 rides yang anda boleh main dalam ketakutan tu.

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016
Kembar Momi disini hahaa

Menariknya anda dapat berjumpa dengan hantu-hantu yang berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon. Mereka akan cuba menakutkan dan tiba-tiba menjerit ke arah anda hehe. Anda juga boleh ajak mereka bergambar bersama. Momi sempat berkawan dengan beberapa makhluk dalam 'Nights Of Fright 4' ni hehehehe.

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Momi rasa bertuah sebab dapat mencuba masuk beberapa tarikan utama disini. Paling Momi suka ialah DIYU - The Journey To Judgement, dimana anda perlu berjalan memegang tali panjang bersama 7-8 orang bersama menempuhi perjalanan yang menyeramkan dan misteri itu. Memang sangat kecoh dan bising kami masuk dalam tu haha. Banyak lagi tarikan yang anda bakal lalui dengan penuh ketakutan dan jeritan. Berbaloi rasanya RM58 tu hehe. Jom tengok beberapa gambar yang sempat kami rakam semasa pengembaraan 'Nights Of Fright 4' Sunway Lagoon :

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016


Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016

Nights Of Fright 4 Sunway Lagoon 2016
Lokasi Nights Of Fright 4
Taman Tema Sunway Lagoon

Tarikh
7 Oktober - 31 Oktober 2016

Waktu Beroperasi Nights Of Fright 4
7.30 malam - 11.30 malam

Hari Beroperasi Nights Of Fright 4
Jumaat - Ahad Sepanjang Bulan Oktober

Harga Tiket Nights Of Fright 4
- RM58 (Harga Biasa)
- RM50 (Harga Pelajar)
- RM120 (Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket Night Of Fright 4)
- RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)

Untuk maklumat lanjut :

Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com
Facebook : Sunway Lagoon Malaysia

Terima kasih Sunway Lagoon & Mawardi Yunus dari Projek Travel atas kesudian menjemput Momi ke  'Nights Of Fright 4' di Sunway Lagoon. Jom masuk dan rasai keseramannya, silap-silap boleh berkawan dengan hantu tu sap hehe. Tak sabar nak tunggu 'Nights Of Fright 5'tahun depan kalau ada haha.

Post a Comment

4 Comments

Mawardi yunus said…
JOM KITA P LAGI WAK
Rafzan Tomomi said…
Jom awak. Ajak rakan rakan lagi hehe
anis said…
boleh walk in ke beli tiket?
Rafzan Tomomi said…
rasanya boleh beli walk in :)