#MovieReview - The Secret Life of Pets

Review Filem The Secret Life of Pets

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa ada haiwan peliharaan di rumah? sila angkat tangan . Sekitar 2005-2006 Momi pernah bela hamster yang comel dan rasa hamster tu macam ahli keluarga sendiri hehe. Filem The Secret Life of Pets sudah mula ditayangkan sejak  8 September lalu di Malaysia. Filem ini mendapat review yang positif dan telah mengutip kutipan box-office sebanyak $790,000,000. Woah. Best ke tak? ::Amaran : Spoiler:: 

Sumber : deadline.com

Saksikan Trailer "The Secret Life of Pets"!
Download The Secret Life of Pets 2016

SINOPSIS The Secret Life of Pets
Seekor anjing terrier bernama Max mempunyai hidup yang gembira sebelum pemiliknya membawa pulang seekor anjing kacukan bernama Duke yang membuat hidupnya kucar-kacir. Pada mulanya kedua-dua mereka bermusuhan, tetapi apabila seekor arnab bernama Snowball membina bala tentera daripada haiwan-haiwan terbiar untuk merancang membalas dendam terhadap semua haiwan peliharaan dan pemilik mereka, Max dan Duke telah bekerjasama untuk menentang Snowball.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Louis C.K., Eric Stonestreet, Kevin Hart, Albert Brooks, Hannibal Buress, Bobby Moynihan, Lake Bell, Ellie Kemper, Steve Coogan
Pengarah: Chris Renaud, Yarrow Cheney
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS

Review Filem The Secret Life Of Pets
sumber : google


REVIEW The Secret Life of Pets
Comel, comel dan comel. Momi memang suka benda comel haha. Filem ni memang ada dalam list nak tengok walaupun dah boleh download tapi masih gigih nak menonton dekat wayang hehe. Momi tengok wayang dalam IMAXX , skrin yang besar gedabak tu memang puaslah tengok kecomelan haiwan perliharaan tu. Jalan cerita yang menarik, penuh dengan humor dan penuh semangat setia kawan.

Review Filem The Secret Life of Pets
sumber : jasonsmovieblog.com

Karakter dalam filem ini semuanya comel terutamanya Snowball (arnab), Chloe (kucing gemuk) dan Gidget (Anjing putih ala princess) yang berjaya mencuri perhatian Momi. Kerana terlalu banyak watak, penonton akan rasa tak fokus dengan beberapa watak lain sebab kebanyakkan fokus pada 2 watak paling utama (Max & Duke). Mungkin sekuel akan fokus pada watak lain kot hehe.

Keseluruhannya, Momi berpuas hati dengan filem ini. Sangat sangat sesuai bawa anak-anak menonton filem ini. Anda pasti akan terpukau dengan kecomelan dan ke-lawak-kan haiwan peliharaan dalam "The Secret Life Of Pets" ini.

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG


Poster The Secret Life of Pets 2016 Download |  The Secret Life of Pets 2016 Subtitle | Sinopsis The Secret Life of Pets 2016 Synopsis | Poster The Secret Life of Pets 2016 Review | The Secret Life of Pets 2016 Subtitle |  The Secret Life of Pets 2016 Torrent | Review filem The Secret Life of Pets 2016 | Barisan pelakon The Secret Life of Pets 2016  Review film The Secret Life of Pets 2016 | Review filem The Secret Life of Pets 2016

**all picture belongs to Google 

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
LeYa masih tak berkesempatan nak tengok movie ni...
Lepas dah baca review ni, terus nak gi cari cite ni jap...