Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang

Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Raya tak berlalu tetapi tidak pada Momi haha. Memandangkan sibuk mengalahkan orang-orang besar, maka barulah sempat update entri raya haha. Pada Syawal yang lalu, Momi menghadiri majlis Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang, hadir sebagai crew, di meja pendaftaran tetamu hehe. Apa yang meriahnya Blogger Raya kedua Hai Blogger! tahun 2016 ini? Jom sambung baca.

Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang

Menariknya Blogger Raya kali ini, ditaja oleh Sajian D-Hidang yang berpengalaman selama 14 tahun di dalam industri makanan dan katering. Kualiti makanan dan perkhidmatan katering yang disediakan memang terbaik. Tengok sajalah tema ala-ala 'english theme' gitu. Sangat kelas ya.

Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang

Momi tidak melepaskan peluang merasa makanan yang dihidangkan walaupun sedang sibuk (gilir-gilir dengan Kak Iena ambil makanan hehe). Ada lebih 13 jenis hidangan yang disediakan, memang bloggers & tetamu yang hadir ulang alik je la nak 'refill' makanan. Antara hidangan yang disediakan ialah kambing golek, burritos ayam / kambing, lemang, lontong, rendang daging, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, satay ayam / daging, roti jala + kari ayam, Kuey Teow Goreng Panas, ABC / cendol, air kordial anggur, dan banyak lagi.

Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang

Majlis tak lengkap kalau takde emcee kan? Haaa... Majlis turut dimeriahkan oleh emcee Suffila Aida bersama dengan Mohd Fuad. Majlis juga dihadiri oleh tetamu jemputan VIP yang telah dijemput khas oleh Hai Blogger! iaitu Tuan Hafiz Mansor – Coolhijab, Cik Jasseica Rashid – Miwa Jelly Drink, Tuan Noorizam Shah & Puan Nana – Emorra. Tak mau cerita banyak, jom tengok beberapa gambar yang sempat dirakamkan :

Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang













Haa begitulah al-kisahnya Majlis Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang. Semua makanan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Sajian D-Hidang memang tip top. Rasa nak repeat lagi burritos tu hehe. Maaf ya tak sempat nak bergambar semasa majlis sebab Momi busy amek 'attendent' haha. Terima kasih Hai Blogger! dan Sajian D-Hidang :)

SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD
Sajian d-Hidang Catering
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Facebook : Sajian d-Hidang Catering
No. Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Suka majlis English Style camni..
Sejuk je tengok.. ^_^
Rafzan Tomomi said…
kann best kann.. hehe