Selamat Hari Raya gais!

Kad Raya 2016

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Alhamdulillah. Rasai kemenangan setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Akhirnya dah masuk bulan Syawal, iaitu Bulan Raya.  Sedihnya pula rasa bila meninggalkan bulan Ramadan. Semoga bertemu lagi Ramadan , In shaa Allah tahun depan ye hehe. Korang semua raya dekat mana tahun ni? Adakah bersama keluarga atau beraya diperantaun? Semoga korang sihat selalu okay.

Kad Raya 2016

Setiap tahun Alhamdulillah tetap menyambut kedatangan Aidilfitri dengan penuh ceria dan sederhana. Tahun ni rasanya agak lewat sikit persiapan raya Momi dan keluarga. Tapi nasib baik sempat jugak dapat apa yang nak dibeli tu hehe. Tahun ni In Shaa Allah lebih meriah sebab tahun ni untuk pertama kalinya sejak tahun 2000 something (tak ingat :P) kembali beraya dekat kampung belah Emak dekat Beranang, Selangor. Tahun ni sure meriah punyalah sebab ramai yang berkumpul. hehe.

Selamat Hari Raya

Haa rasanya tak lengkaplah kalau Hari Raya tanpa ucapan Raya. Momi buat kad raya digital khas untuk mereka yang menyambut Aidilfitri, khususnya pengikut dan pembaca blog RAFZANTOMOMI.COM. Haa korang lah tu. Disebabkan tahun ni ringkas, maka kad raya Momi pon ringkas lah ya. hehe.

Kad Raya 2016

Momi akhiri entri khas Raya ni dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semuuuuuuuaaaa pengikut dan pembaca blog, Bloggers, keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali Rafzan Tomomi. Ampun Maaf sekiranya terkasar bahasa, pernah buat korang sakit hati dan sebagainya ya. Musim raya ni, tak pastilah kuad ke tak tengok makanan yang super banyak tu hahaa. 

p/s : berapa banyak dah collect duit raya tu?

Post a Comment

1 Comments

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (: