Roti Canai Atas Daun Pisang

09:37:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Roti Canai Atas Daun Pisang Raju's

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Teringat hari tu ada tangkap gambar makanan jadi Momi rasa nak share dengan korang semua. Siapa sini peminat roti canai? Haa.. Momi dah jarang-jarang makan roti canai walaupun Ayah meniaga roti canai haha. Pagi tu Kak Gee & Kak AG nak pergi sarapan pagi, katanya diorang nak makan roti canai, jadi Momi & Mira pon pergi ler join sekali makan roti canai dekat Cawangan kedua, Restoran Daun Pisang Raju's

Roti Canai Atas Daun Pisang Raju's

Mula-mula pergi tu tak expect pon akan makan atas daun pisang, sebab selalunya redah je masuk kedai tu, tak tengok nama kedai haha. Momi order 2 keping Roti Canai (RM1.50/ sekeping) dan air Teh Ais (RM2.00). Sebab apa 2 keping? Sebab Kak Gee kata nanti mesti nak lagi haha. (Momi pon nak cukup makan sekeping woi haha). 


Masa tunggu order tu, pekerja Raju's letak daun pisang atas meja. Wah~ teruja sekejap dapat makan atas daun pisang ni hehe. Lepas tu Raju's ada tawarkan dekat korang kalau nak makan vadai tak? Haa.. Hanya Kak AG je yang ambik Vadai , sedap katanya hehe. 

Roti Canai Atas Daun Pisang Raju's

Tiba giliran roti canai dihidangkan atas daun pisang. Menariknyaa bau dia. Lepas tu ada hidangkan kuah kari, kuah dal dan satu lagi kuah Chutney Kelapa. Boleh refill kuah banyak kali ya haha. Memang puas makan roti canai dengan Teh Ais gais. hehe. Kalau korang nak cuba boleh ler datang dekat :

Restoran Daun Pisang Raju's 
383, Jalan 5/59, Section 5,
Petaling Jaya 

Roti Canai Atas Daun Pisang Raju's

Siapa nak cuba boleh datang okay. :)

6 comments:

  1. Wah.. Unik tu...

    Cikla singgah pagi...

    ReplyDelete
  2. bestnyaa. sedapnya roti canai. tetiba macam nak makan roti canai lak XD

    ReplyDelete
  3. Bestlah dapat makan roti canai atas daun pisang nasib daun tu tak leh makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan kalau boleh makan. habislah haha

      Delete