#MovieReview - Ghostbusters

Review Filem Ghostbusters 2016 Review

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Pernah tengok 'Ghostbusters' tak? Filem tahun 1984. Haa filem Ghostbusters kembali pada tahun 2016 dalam versi 'reboot' dengan pelakon yang baru dan jalan cerita yang baru. Filem Ghostbusters telah mula ditayangkan mulai 14 Julai yang lalu. Review dari mereka yang sudah menonton filem ini bercampur (positif & negetif). Best ke tak?  ::Amaran : Spoiler:: 

Review Filem Ghostbusters 2016 Review

Saksikan Trailer "Ghostbusters"!
Download Ghostbusters 2016

SINOPSIS Ghostbusters
Erin Gilbert dan Abby Yates menulis sebuah buku tentang kewujudan hantu-hantu. Beberapa tahun kemudian, Erin menjadi seorang pensyarah di Universiti Columbia tetapi apabila bukunya kembali ditimbulkan, dia menjadi bahan jenaka di universitinya. Bagaimanapun, apabila hantu-hantu mula menakluk bandar Manhattan, membuktikan kepercayaannya adalah benar, Erin kembali berkerjasama dengan Abby dan juga seorang jurutera nuklear, Jillian Holtzmann, serta pekerja keretapi, Patty Tolan, untuk menyelamatkan dunia daripada syaitan berkuasa bernama Rowan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Komedi / Fantasi
Durasi: 1 Jam 56 Minit
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Kristen Wiig, Melissa McCarthy, Kate McKinnon, Leslie Jones, Chris Hemsworth
Pengarah: Paul Feig
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Review Filem Ghostbusters 2016 Review

REVIEW Ghostbusters
Tak ingat pernah tengok ke tak filem Ghostbusters yang asal. Untuk filem Ghostbusters ni, Momi boleh katakan jalan ceritanya menarik juga. Penuh dengan humor dan sangat enjoy semasa menonton. Kalau tak silap filem asal Ghostbusters, peneraju utama semuanya lelaki. Kali ini wanita memainkan peranan penting dalam filem ini pulak. Tidak dilupakan pembantu lelaki geng Ghostbuster tu, si Kevin yang kacak lagi blur dan 'annoying' hahaa.


Masa menonton filem ni, dari mula sampailah habis penuh dengan gelak ketawa. Lagi-lagi peneraju utama filem ini nampak sememangnya kelakar. Ada beberapa adengan yang sangat kelakar walaupun tengah berada dalam situasi yang tegang haha. Bab hantu pulak, tak nampak seram pon tapi cantikla haha. Cantik jugak CGI yang diorang guna.

Keseluruhannya, filem ini menghiburkan. Momi suka macam mana cara geng Ghostbuster ni ditemukan dan disatukan. Jika ada masa terluang, pergilah menonton ya. Oh, harap-harap ada sekuel untuk filem ni. hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

Poster Ghostbusters 2016 Download | Ghostbusters 2016 Subtitle | Sinopsis Ghostbusters Synopsis | Poster Ghostbusters 2016 Review |  Ghostbusters 2016 | Ghostbusters 2016 Torrent | Review filem Ghostbusters 2016 | Barisan pelakon Ghostbusters 2016  Review film Ghostbusters 2016 | Ghostbusters Reboot 2016

Post a Comment

2 Comments

Faiz Saaid said…
hoo menarik jugak sebab semua perempuan nih,
Zurainny Ismail said…
Setuju! Filem ni mmg kelakar & seronok ditonton oleh seisi keluarga. :D