7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!

17:39:00 Rafzan Tomomi 0 Comments

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bulan Ramadan bakal menjelma lagi. Korang semua mesti ada yang dah fikir nak makan apa masa sahur dengan berbuka nanti. Momi kalau bulan puasa ni rajin pergi bazaar ramadan lepas balik kerja, haaa. Sepanjang jalan tu wajib perati apa yang menarik dan selalu orang beli untuk juadah berbuka. Beberapa hari lepas Momi ada buat survey sikit dekat Facebook, ternyata kebanyakkannya adalah sama seperti yang kita selalu nampak hehe. Berikut adalah antara juadah berbuka puasa yang popular dekat bazaar.

01 Murtabak

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(Sumber : google)

Bulan puasa tanpa murtabak memang tak sah! Mana-mana bazaar yang kita pergi mesti ada punya. Pilih ayam atau daging atau pon murtabak meggi? Macam-macam jenis murtabak dah ada dekat Malaysia ni. hehe

02 Ayam Percik

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(Sumber : kauada.com)

Mana-mana bazaar yang Momi pernah singgah, mesti akan ada Ayam Percik. Kalau bukan bulan puasa, sikit pon tak heran dengan Ayam Percik ni hahaa.

03 Roti John

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(Sumber : noorshamuhd.blogspot.my)

Kalau dulu-dulu ni, Momi berbuka takda Roti John tak lengkap rasanya masa berbuka puasa tu haha. Tengok rupa pon dah menyelerakan apetah lagi rasanya kan? Rasanya agak popular jugak Roti John ni hehe. Puasa nanti jangan lupa cuba ya.

04 Air Soya & Air Tebu

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(sumber : impiana-iman.blogspot.my)

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(sumber : kerjasendirijb.blogspot.my)

Okay dalam banyak-banyak air yang korang nampak masa jalan kat bazaar tu, mesti ada nampak 2 air wajib ni. Haih, memang tak lengkap berbuka tanpa dua air ni. Masa bulan puasa kaler putih soya dan kaler hijau air tebu tu memang tak menahan ya. Tau dah puasa ni mesti korang nak serang punya haha.

05 Kuih Tepung Pelita

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(Sumber : selagiadagula.blogspot.my)

Kalau kategori kuih-muih ni, kuih ni messssti muncul masa bulan puasa je. Dah macam puasa dengan raya pulak ye setahun sekali ni hehe. Rasa santan dia memang terbaik! hehe. Patut cuba nanti okay hehe.

06 Bubur Lambuk

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(Sumber : hariharimasakmakan.blogspot.my)

Kebiasaanya korang boleh dapat secara percuma tapi ada jugak dijual dibazaar Ramadan tu. Setahun sekali ni, mesti kena cuba rasa bubur lambuk walaupun sekali je hehe. 

07 Popia Basah

7 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular Di Bazaar!
(sumber : resepibonda.com)

Berbanding popia goreng, Popia basah lebih popular dekat bazaar masa bulan Ramadan. Tapi sekarang Momi dah selalu nampak popia basah ni. Resipi Popia Basah ni macam senang je nak buat hehe. Bagi mereka yang jarang-jarang makan tu, in shaa Allah bulan puasa mesti ada. Boleh ler rasa hehe.

Juadah Berbuka Puasa Yang Selalu Ada Di Bazaar Ramadan | Cadangan Hidangan Berbuka Puasa Di Bazaar Ramadan | Gambar Makanan Berbuka Puasa | Gambar Makanan 

0 comments: