Movie Review - Ada Apa Dengan Cinta 2

Movie Review - Ada Apa Dengan Cinta 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Selepas 14 tahun filem pertama ditayangan, kini Ada Apa Dengan Cinta kembali untuk filemnya yang kedua. Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) menemui peminatnya bermula 28 April 2016 yang lalu. Rata-rata yang menonton sangat berpuas hati dengan filem ini. Kini giliran Momi untuk menonton. Best ke tak tu?  ::Amaran : Spoiler:: 


Saksikan Trailer "Ada Apa Dengan Cinta 2"!
Download Ada Apa Dengan Cinta 2 2016

SINOPSIS Ada Apa Dengan Cinta 2
Filem sekuel ini mengisahkan tentang percintaan Rangga dan Cinta, namun mereka berdua telah berpisah sejak 14 tahun lalu. Setelah beberapa tahun, kedua-dua mereka ini berpeluang untuk kembali bertemu.

Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 April 2016
Genre: Romantik
Durasi: 2 Jam
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara
Pengarah: Riri Riza
Format: 2D


REVIEW
Momi bukanlah peminat Ada Apa Dengan Cinta (2002) tetapi memandangkan filem ni mendapat sambutan menggalakkan dari penontonnya, Momi pon turut serta menonton Ada Apa Dengan Cinta 2 ni. (psssttt.. I'm watching alone haha). Pada mulanya rasa mengantok sikit ketika menonton (mungkin faktor penat balik kerja kot.) dan bila dah sampai pertengahan cerita masa diorang sampai dekat Jogyakarta baru rasa semangat sikit nak tengok.


Geng-geng "Cinta" kembali meriuhkan suasana filem AADC2 ni, lebih-lebih lagi watak Milly yang buat korang rasa nak gelak je dengan 'blur' dia. Tak bestnya tak cukup 'korum' sebab Alya takde. Kisah cinta Cinta & Rangga kembali tapi kali ni lebih matang sikitlah sebab beberapa tahun kemudian.  Quote paling Momi ingat "Rangga, apa yang kamu lakukan ke aku itu, jahat!" *Cinta cakap sambil muka bajet-bajet* haha.

Keseluruhannya, Momi rasa filemnya okay sahaja. Nasib baiklah ending tak tergantung. btw, Momi suka dengan lagu OST AADC2 ni, Ratusan Purnama dan Jangan Ajak Ajak Dia. Ada rasa macam old feeling AADC dulu hehe.

Dengan ini, Momi nak bagi
4 / 5 
BINTANG

Poster Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 Download | Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 Subtitle | Sinopsis Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 Synopsis | Poster Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 Review | Poster Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 | Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 Torrent | Review filem Ada Apa Dengan Cinta 2 2016 | Barisan pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2 2016  Review film Ada Apa Dengan Cinta 2 2016

Post a Comment

2 Comments

ezyra taharin said…
movie yang first tak ingat langsung sebab saya time tu pon masih sekolah rendah. hehehe... kena tengok balik ni.
Rafzan Tomomi said…
hehe tgk AADC pon sebab nak tgk yang ke dua ni. hehee . sila2 youtube ada full movie hehe