Gua Tempurung - Macam Tak Percaya Je Berjaya Terokai Gua Tempurung!


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Baca tajuk pon mesti ada diantara korang yang tak percaya yang Momi telah berjaya teroka Gua Tempurung. Bukan korang je, Momi pon sama okay haha. Entri ini Momi nak ceritakan apa yang Momi nikmati dan rasai sepanjang berada dalam Gua Tempurung tu. Dah bersedia nak baca? haha. 


Gua Tempurung adalah gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan jumlah panjang gua yang sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses oleh orang awam kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua menjadikannya ia mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket tergantung dari stalagmit bumbung. Tapi tu lah masa Momi datang, musim panas so air terjun takde haha.


Okay sikit-sikit je la pasal Gua Tempurung tu. Ekspidisi Gua Tempurung disertai oleh Momi, Abadik, Bob, Kak Didi (Sofia), Haza, Wani, Saja, Syuhada & Encik Azmir. Ceritanya Momi memang tak terfikir nak masuk pon, jadi memang tak prepare apa-apa pon. Akhirnya setelah dipaksa-paksa oleh mereka, Momi & Abadik pon masuk je la dalam gua tu. Ekspidisi kami ni di-guide oleh Pian & Didut.Gua Tempurung beroperasi setiap hari dari 9.00 Pagi – 4.00 Petang (Tour bermula setiap setengah jam) kecuali Hari Raya Aidilfitri . Korang yang nak masuk Gua Tempurung ni boleh pilih antara Tour 1 - Tour 4. Setiap Tour harga lain-lain ya. Meh tengok dibawah : 


Best tak harga dia? haaa murah je ni. In shaa Allah korang masuk memang kagum dan rasa seronok mengalami pengalaman yang menarik sepanjan perjalanan dalam Gua Tempurung. Apa yang tak diduga semasa pergi Gua Tempurung ni, Momi ingat diorang amek Tour 1 dan 2 sahaja. Rupanya diorang pilih sampai Tour 4 yang levelnya tahap maksima. Momi redha sahajalah haha.


Tour 1 ni lebih kepada naik gua dengan tangga yang disediakan dan melihat betapa besar dan uniknya batu-batu dalam Gua Tempurung. Kami rasa beruntung sebab Pian yang guide kami, jadi dia buat tour ni lebih menarik dengan kisah-kisah dalam gua tu. Tetap menghiburkan haha. Tour 2 pulak korang masih lagi kena naik tinggi, serius tinggi dan tercungap haha. Korang masih juga melihat keunikan dalam Gua Tempurung ni. Maaf gambar tak berapa cantik sebab memang gelap gelita. Jangan berangan nak gambar cecantik dalam ni ahahha. 


Tour 3 pulak dah mula dah mencabar. Dah penat naik tangga, sekarang korang kene turun tangga pulak dalam keadaan gelap gelita. Memang tak nampak apa dah bawah tu. Masa ni memang perlukan torchlight ye gais. Anak tangga dia boleh tahan kecil juga dan licin. Jadi memang langkahnya perlahan hehe. Selepas turun tangga dengan cermat dan berhati-hati tu, kena mengelongsor pulak. Ini bukan gelongsor biasa ya, gelongsor batu punya haha. Lepas tu, kena naik bukit lagi, kali ni lagi tinggi. Momi hampir pengsan hahaha! tapi dengan semangat yang diberikan oleh semua, Momi berjayaa! Thanks for the pisang. Betul betul kembalikan tenaga haha. Ingat dah habis menggelongsor, rupanya ada gelongsor lagi tinggi! Memang nebes tapi seronok okay hehe.


Selepas berjalan dengan penat, berehat sekejap sebelum bermula Tour 4. Haa Tour 4 banyak bermain dengan air. Serius akan sangat basahh sebab korang kena jalan dalam air, merangkak, menunduk dan paling susah, meniarap. Serius fefeeling macam askar gitu hehe. Rasa nak give up pon ada kadang-kadang tapi dengan semangat salah seorang guide (nama dia saya lupa) teruskan jugak lah hehe. Alhamdulillah dalam masa 4 jam lebih jugak berjaya habiskan Gua Tempurung ni. Yeayy . Momi gembira haha.


Panjangnya kisah Gua Tempurung ni. Memang pengalaman baru untuk Momi . Dah lama rasanya tak buat aktiviti macamni. Terima kasih gais sebab bawak Momi ke sini. Dah sebulan sebenarnya pergi Gua Tempurung tapi baru dapat update sekarang hehe. Meh tengok beberapa koleksi gambar kami sepanjang aktiviti di Gua Tempurung berlangsung .











Ekspedisi Gua Tempurung 2016 | Harga Tiket Gua Tempurung 2016 | Waktu Beroperasi Gua Tempurung 2016 

Post a Comment

4 Comments

Hanis Amanina said…
nak masuk gua tempurung ni, boleh walk in sorang je ke or kena ada group sendiri? :D
Rafzan Tomomi said…
rasanyaa boleh kalau nak walk in sorang, sebab nanti guide akan kumpul ramai lagi orang lain, so stil akan masuk berkumpulan. tapi kalau masuk dengan kawan-kawan lebih seronok :)
Mawardi yunus said…
pernah 2 kali masuk gua ni. memang mencabar
Rafzan Tomomi said…
untuk Momi, cukuplah sekali hahaha