Movie Review - London Has Fallen

Movie Review - London Has Fallen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Peminat filem aksi dan ganas, ni nak bagitahu yang filem "London Has Fallen" yang sudah ditayangkan mulai 3 Mac lalu. Adakah filem ini penuh aksi dan mengagumkan ? Mari baca review dari Momi. ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "London Has Fallen"!
Download London Has Fallen 2016

SINOPSIS LONDON HAS FALLEN
Filem aksi ini merupakan sekuel kepada "Olympus Has Fallen". Kisah kali ini bermula di London, di mana kematian misteri Perdana Menteri British menyebabkan semua pemimpin-pemimpin di dunia Barat berkumpul untuk pengebumiannya. Ejen Secret Service, Mike Banning, kemudian menemui plot pembunuhan yang merancang untuk menghapuskan semua pemimpin dunia tersebut. Hanya Banning; Presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher; dan seorang ejen MI-6 mampu menghentikan plot maut itu. Filem ini dibintangi oleh Gerard Butler, Aaron Eckhart, Morgan Freeman & Angela Bassett.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Aksi / Jenayah / Ngeri
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Pengarah: Babak Najafi
Format: 2D

Poster London Has Fallen 2016

REVIEW
Filem pertamanya "Olympus Has Fallen" (2013) , Momi tak pernah tengok lagi. Dari review yang Momi baca, kebanyakkannya memberi review 'negetif' untuk filem ini. Seperti biasa, filem aksi haruslah menampilkan banyak aksi dan letop-meletop memang tak tinggal. Masa London diserang tu memang rasa teruja sekejap. Lepas tu, ada jugak diselitkan beberapa humor supaya filem ini tidak nampak bosan. Satu benda yang Momi suka dalam filem ni gabungan dua watak Mike Banning (Gerard Butler) & Aaron Eckhart (Aaron Eckhart) yang best dan kelakar. Lagi-lagi adengan yang ada aksi. Setelah menonton filem "London Has Fallen", apa Momi boleh katakan ia okay sahaja tak begitu teruja ketika menonton. Korang masih boleh lagi layan filem ni, mana tahu korang suka kan? :D


Dengan ini, Momi nak bagi
3 / 5 
BINTANG

London Has Fallen 2016 Download | London Has Fallen 2016 Subtitle | Sinopsis London Has Fallen 2016 Synopsis | London Has Fallen 2016 Review | Poster London Has Fallen 2016 | London Has Fallen 2016 Torrent | Review filem London Has Fallen 2016 | Barisan pelakon London Has Fallen 2016 |  Review film London Has Fallen 2016

Post a Comment

2 Comments

I N A A I N A A said…
Ena nak tengok ritu ni tapi tertengok kungfu panda. Takut tak best. Tu tak berani nak beli heee
Rafzan Tomomi said…
better tgk Kungfu Panda hhahaa