Movie Review - Allegiant


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Filem seterusnya yang Momi nak review ialah "The Divergent Series : Allegiant". Siapa yang mengikuti perkembangan siri Divergent semestinya takkan lepaskan peluang untuk menonton filem ini. Adakah ia sebest filem pertama dan kedua? ::Amaran : Spoiler:: 

Saksikan Trailer "The Divergent Series : Allegiant"!
Download The Divergent Series : Allegiant 2016

SINOPSIS THE DIVERGENT SERIES : ALLEGIANT
Bahagian pertama dalam filem terakhir siri "Divergent" ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan. Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah. Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagaimana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago. Filem ini dibintangi oleh Shailene Woodley, Theo James, Octavia Spencer, Ray Stevenson, Zoe Kravitz, Miles Teller, Ansel Elgort, Maggie Q, Naomi Watts, Jeff Daniels dan Bill Skarsgård.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 1 Minit
Pengarah: Robert Schwentke
Format: 2D

Poster The Divergent Series : Allegiant 2016

REVIEW
Setelah mengikuti perkembangan filem pertama dan keduanya, of course kena tengok filem ketiga ini. Sebab rasa 'curious' sangat dengan apa yang ada disebalik tembok tu hehe. Jalan ceritanya okay sahaja dan tak terlalu mendebarkan seperti dua filem sebelumnya. Mungkin sebab filem akhirnya dipecahkan kepada dua bahagian kan. Dan sekali lagi, for sure korang akan benci dengan Peter tu. -.-. Untuk pengetahuan korang filem bahagian kedua / akhir akan ditayangkan pada Jun 2017 dengan judul "The  Divergent Series : Ascendant". Overall, filem ni menarik la jugak untuk ditonton tetapi bagi mereka yang mengikuti siri filem ini. Kalau tak pernah tengok filem pertama dan keduanya sila tengok ya hehe.



Dengan ini, Momi nak bagi
3.5 / 5 
BINTANG

The Divergent Series : Allegiant 2016 Download | The Divergent Series : Allegiant 2016 Subtitle | Sinopsis The Divergent Series : Allegiant 2016 Synopsis | The Divergent Series : Allegiant 2016 Review | Poster The Divergent Series : Allegiant 2016 | The Divergent Series : Allegiant 2016 Torrent | Review filem The Divergent Series : Allegiant 2016 | Barisan pelakon The Divergent Series : Allegiant 2016 |  Review film The Divergent Series : Allegiant 2016

Post a Comment

2 Comments

Uncle Zuan said…
ok boleh skip, tunggu batman superman minggu ni hehe
Rafzan Tomomi said…
yeayy tak saba hahaha