Boleh Tak Tunggu Orang Keluar Dulu, Baru Masuk?

11:07:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Tetiba tergerak hati nak cerita pasal benda ni. Dah lama jugak perati tapi malas nak kecoh-kecoh tapi bila dah terkena beberapa kali ni, rasa tak puas hati pulak haha. Korang pernah tak naik bas atau keretapi ? Of course ada diantara kita yang pernah naik kan malah setiap hari menggunakan pengangkutan awam itu. Momi antara pengguna tegar pengangkutan awam memang amek serius bab ni *ehh gitu* haha.

*This is my face, bila orang tolak-tolak kau bila nak naik train/bas* haha

Apa yang nak Momi bebelkan ni, adalah tolong bertimbang rasa sikit bila nak naik bas atau keretapi tu. Bayangkan orang yang nak masuk tu sangat ramai dan kita yang nak keluar ni sorang dua, bila pintu terbuka je, orang mesti akan terus berebut dan serbu nak masuk . Kadang-kadang bertolak-tolak, sampai terpaksa jerit "boleh tak bagi kami keluar dulu?" . 

*gambar takde kena mengena* haha

Kadang-kadang tu, belum semua orang keluar, yang nak masuk tu dah langgar. Salah siapa? Bukan ke dah sediakan garisan yang ada warna tu untuk beri laluan untuk orang keluar dulu (untuk pengguna keretapi). Bertimbang rasalah sikit. Bukan keretapi sahaja, malah Momi pernah tersepit dekat pintu bas semasa turun bas sebabkan mereka yang nak naik berebut. Bukan pintu depan ya, pintu belakang! Momi faham memang ramai, semua nak cepat, nak dapat naik kan? tapi kalau beratur elok-elok, tunggu orang keluar dulu dan masa tu baru masuk. Bukankah lebih aman damai? hehe

*Bila orang nak naik bas merempuh be like...* haha

Begitulah kisahnyaa gais. Harap mereka yang selalu buat atau terbuat tu, silalah bertimbang rasa terhadap orang sekeliling. Pastikan penumpang lain dah turun dulu barulah naik hehe. Kita sama-sama guna pengangkutan awam sebaiknya okay hehe. xoxo!

6 comments:

  1. betul..setuju sangat...lebih selamat dan lebih jimat masa..bila yang nak turun dah tersekat oleh penumpang yang berpusu pusu naik...kat situ timbul masalah..beri laluan untuk penumpang yang nak turun dulu..da ok..naiklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh... geram sangat. sebab dah terkena, setiap kali nak keluar mesti membebel hahaha

      Delete
  2. paling kesian bila orang dalam bas / kereta api tu (yg paling dekat dgn pintu), keluar pintu untuk bagi laluan org lain keluar, TAPI bila nak masuk balik, orang lain dah rempuh dia sampaikan dia yang tak dapat naik. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. kadang-kadang ada bas yang bagi org naik dari belakang, kita pulak jadi mangsa. tak boleh lupa masa tersepit tu hahahaa

      Delete
  3. Di Jakarta jugaaaa nih :( Sampai di TransJakarta Bus announcementnya: "mohon jangan berebut."

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dimana-mana juga sama aja ya.
      hehee. betul, semua mahu berebut naik.

      Delete