Movie Review - Zootopia

Movie Review - Zootopia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Peminat filem animasi Disney, ada filem best nak suruh korang tengok ni. Selepas "Frozen" & "Big Hero 6", Walt Disney Animation Studios kembali dengan filem terbaru dan lebih comel. Apa akan terjadi jika Zoo adalah sebuah bandar yang sama seperti bandar manusia. Momi memang peminat filem kartun dari Disney, dan kali ini "Zootopia" pulak. Adakah ia menarik seperti yang Momi bayangkan? ::Amaran : Spoiler:: 


Download Zootopia 2016

SINOPSIS ZOOTOPIA
Filem arahan Byron Howard & Rich Moore ini mengisahkan tentang seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde. Filem "Zootopia" dibintangi oleh pelakon suara iaitu Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer &Bonnie Hunt.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Aksi / Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 49 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX




BANDAR 'ZOO'
Momi sangat suka dengan idea ni. Semua penduduk di Zootopia adalah haiwan , tak kiralah yang ganas, comel, besar dan kecil semua dalam bandar yang sama. Yang menariknya, ada juga bandar untuk tikus, serius comel hehe. Sesuatu yang aneh berlaku apabila ada beberapa haiwan hilang dan bertukar menjadi buas. Apakah puncanya?


APABILA ARNAB & MUSANG BERSATU
Filem ini lebih memfokuskan dua karakter ini seekor arnab (Judy Hopes) & Musang (Nick Wilde) yang bertemu dan mereka bersama-sama menyelesaikan masalah dibandar Zootopia tu. Judy ialah polis pertama dari kalangan arnab dan sering dipandang serong boleh haiwan yang lain. Dengan membantu mencari suami kepada Mrs. Otterton (seekor memerang), Judy diberi peluang mengadalikan kes tersebut dengan syarat hanya 48 jam, jika tidak berjaya, Judy akan dipecat serta merta. Masa siasatan tu la jumpa dengan Nick tu. Dan kisah mengintip bermula...


SOLTH YANG LEMBAB DAN...
Apa akan terjadi jika Solth adalah pegawai yang berkhidmat di kaunter (contoh) Jabatan Pendaftaran macam tu? Mesti stress kan! hahaha. Memang stress tengok si Solth ni tapi dia masih mampu buat semua orang ketawa dalam wayang. Korang kena tunggu scene masa Judy dan Nick singgah dekat DMV (Department of Mammal Vehicle). Sangat kelakar walaupun dah tengok banyak kali dekat trailer.  Walaupun watak sloth ni tak banyak tapi memorable haha.


SHAKIRA SEBAGAI RUSA
Yes! Shakira juga terlibat dalam pembikinan filem ini , dimana Shakira ada penyanyi lagu tema filem "Zootopia" dengan judul lagu "Try Everything". Selain menyanyikan lagu tema, Shakira juga muncul sebagai seekor rusa yang merupakan bintang pop yang terkenal di Zootopia. Serius comel je rusa tu. hahaha.



BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 4.5 / 5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Momi sangat berpuas hati dengan filem Zootopia ini. Momi suka macam mana Zootopia tu dipersembahkan dan kisah seekor arnab comel yang tak mudah putus asa untuk jadi polis. Tak kering gusi bila menonton sebab ada je lawak. Haaa... Jangan lupa menonton ya. Bawak anak-anak, adik semua hee. p/s : Tunggu bulan November 2016, filem 'Moana' pulak nak keluar. hehe.

Zootopia 2016 Download | Zootopia 2016 Subtitle | Sinopsis Zootopia 2016 Synopsis | Zootopia Review | Poster Zootopia 2016 | Zootopia 2016 Torrent | Review filem Zootopia 2016 | Barisan pelakon Zootopia 2016 

Post a Comment

9 Comments

nak tengok nak tengok
esok la nak pi tengok
Rafzan Tomomi said…
kena tengok kena tengok hehe
titan said…
macam best dan seronok aje cerita zootopia nih.

kena tengok gak ni.
Rafzan Tomomi said…
heee sila sila. kena tengok :D
y i e n said…
Yeayyy.. Masuk dlm list cecepat :)
Nadia Johari said…
Lama tak tengok cerita kartun
Encik Bell said…
dah bawa anak2 tonton kartun nih dan dah revie di blog... sila2 jemput baca review belalang pulakk -->> http://encikbell.blogspot.com/2016/03/review-animasi-zootopia-oleh-belalang.html