Movie Review - Pride and Prejudice and Zombies

Movie Review - Pride and Prejudice and Zombies

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Ini bukan filem zombie yang biasa. Mungkin korang pernah tengok zombie bercinta dengan manusia. Kali ini kisah cinta yang unik antara pembunuh zombie dan seorang wanita berani. Eh kenapa cinta pulak? Bukan sepatutnya filem zombie ke? ::Amaran : Spoiler:: 

Download Pride and Prejudice and Zombies 2016


SINOPSIS PRIDE AND PREJUDICE AND ZOMBIES
Filem arahan Burr Steers yang diberi suntikan `twist` daripada novel Janes Austen ini mengisahkan tentang wabak misteri yang melanda England pada abad ke-19 apabila ia dibanjiri dengan zombi. Walaupun tidak bersependapat, seorang heroin berani bernama Elizabeth Bennet dan seorang pembunuh zombie, Mr. Darcy, perlu bersatu untuk menumpaskan zombi-zombi tersebut. Filem 'Pride and Prejudice and Zombies' ini menampilkan pelakon seperti Lily James, Sam Riley, Matt Smith, Bella Heathcote, Jack Huston, Douglas Booth dan ramai lagi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2016
Genre: Komedi / Seram / Romantik
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengarah: Burr Steers
Format: 2D



ZOMBI YANG BIJAK?
Kebiasaannya filem zombie ni tak lah seram mana, cuma zombie ni suka muncul tiba-tiba.  Zombie ni bukan macam zombie yang biasa, tapi zombie dalam filem ni ada yang bijak dan ada zombie yang dahagakan otak manusia. Bayangkan yang zombie boleh berfikir untuk 'trick' manusia untuk masuk dalam perangkap dia untuk dapatkan 'otak' manusia? Memang cool haha.

ELEMEN CINTA
Oh ya filem ni bukan sahaja memfokuskan mengenai 5 adik beradik Elizabeth Bennet, malah kisah Elizabeth Bennet bersama 3 lelaki yang ingin merebut hatinya (Mr. Darcy, Mr. Wickham & Mr. Collin) dan kisah cinta Jane Bennet (Adik Elizabeth) & Mr. Bingley. Filem ni lebih memfokuskan kisah cinta mereka berbanding keadaan zombie yang semakin berleluasa. Sure girls love it! 


GANAS + KELAKAR
Yup! filem ni sangat ganas sebab tu dapat klasifikasi '18'.  Walaupun aksi tak berapa banyak tapi skill bunuh zombie mereka harus dipuji. Terutamanya adik beradik Bennet dan Mr. Darcy yang berlawan dengan zombie. Memang superb! Bila diorang nampak atau kesan je zombie, terus bunuh! haha. Bukan sahaja ganas, malah filem ini menyelitkan adengan yang lawak supaya penonton tak rasa bosan menonton filem seram romantik komedi ini.

BERAPA BINTANG?
Momi dengan ini ingin memberi 3.5/5 bintang untuk keseluruhan untuk filem ini. Momi suka dengan jalan ceritanya dan ia buat Momi berdebar semasa menonton. Masih tutup tutup mata bila ada adengan yang terkejut. huhu. Tunggu apa lagi, kalau rasa nak tengok, sila tengok dipawagam yang berhampiran.



Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 Download |  Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 Subtitle | Sinopsis Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 Synopsis | Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 Review | Poster Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 | Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 Torrent | Review filem Download Pride and Prejudice and Zombies 2016 | Barisan pelakon Download Pride and Prejudice and Zombies 2016

Post a Comment

10 Comments

I selalu baca you punya movie review. Since you really like to watch movies (me too), in your opinion, what's the best movie? And why?
Rafzan Tomomi said…
Bagi Momi, sesebuah filem tu harus ada jalan cerita yang menarik dan memberi impak kepada penonton. Kadang-kadang kalau pelakon yang melakonkan watak dengan baik juga boleh buat orang teringat filem tu sampai bila bila. hee
just my opinion :)
I N A A I N A A said…
Sumpahh nak tengokk cerita ni.. Tapi tak pergi2 tengok lagi... Suka tengok cerita Zombi2 ni
Rafzan Tomomi said…
hehehe eh samalah kita pon suka zombi jugak. hehee
mrhanafi said…
Macam best je cerita tu..
Rafzan Tomomi said…
heee.. jangan lupa tengok :)
Radhia Razali said…
Kita tunggu keluar kat Astro jeakot..hehe
Rafzan Tomomi said…
kena tunggu awal tahun next year ler ehehe
Uncle Zuan said…
nasib awek dia comel!