Movie Review - Ola Bola

Movie Review - Ola Bola

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem, "Ola Bola". Jangan salah anggap, ini bukan cerita melayu tapi ini adalah cerita '1 Malaysia' yang menampilkan 3 bangsa utama di Malaysia. Trailer nampak sangat menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk penonton. Dah bersedia untuk tendang bola? hehe Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download The Boy 2016

Info Filem
Bahasa: Inggeris / Melayu / Mandarin / Tamil
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 28 Januari 2016
Genre: Drama / Sukan
Durasi: 1 Jam 53 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae
Pengarah: Chiu Keng Guan
Format: 2D, 2D ATMOS
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : laman rasmi Ola Bola)
Sinopsis
Filem "Ola Bola" diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran `pemain no. 12`, iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat waktu itu. (sumber : cinema.com.my)


(sumber : google)

Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Semangat Satu Malaysia 
Filem ini memang membangkitkan semangat satu Malaysia yang menampilkan 3 kaum utama di Malaysia. Korang boleh tengok macam mana mereka bersatu dengan hanya menonton bola sepak. Sangat teruja! Siapa tak minat bola sepak pon boleh tengok filem ni, bukan bola sahaja tetapi menariknya setiap cerita berkaitan watak utama ditunjukkan.

02 Back to 1980-an!
Momi memang puji dengan props dan suasana 80-an yang diketengahkan dalam filem ni. Serius terasa macam zaman 80 macamtu dengan fesyen zaman itu, Fun fair dulu-dulu dan macam-macam lagi. Momi pon terpegun dengan beberapa scene pemandangan yang cantik dan tenang. Lepas tu part yang perlahan tu nampak sangat smooth dan cantik. Memang terpegun masa tengok. Great shot!

(sumber : google)

03 3 Kali ke Panggung!
Yes! 3 kali Momi pergi tengok dekat panggung wayang. Kebetulan filem ni je yang menarik minggu ni, jadi semua ajak tengok wayang dan tengok filem Ola Bola hehehe. Walaupun tiga kali menonton, masih nervous tengok bahagian ending dia haha.

04 Sediakan Tisu please!
Masa Momi tengok filem ni, pelbagai emosi yang ada dalam filem ni.  I tell you, ending dia memang buat korang berdebar dan sebak atau akan menangis. Walaupun ramai dah tahu apa keputusan dia tapi akan ada adengan yang buat korang tersentuh. Really touch. 3 kali tengok, 3 kali nanges . T^T

05 Wajib tengok!
Sebelum menonton korang kene buang persepsi dan pandangan korang terhadap filem melayu (walaupun filem ini mengenai 1 Malaysia). Awesome & berbaloi! hehe . Masa tengok please focus dan menjiwai cerita tu, buat korang rasa dalam cerita tu. Baru lah korang akan faham kenapa ramai kata filem ni best hehe. Memang seronok tengok wayang, ramai sorak "goal!" walaupun filem tu je haha.  



Rate
Dengan ini Momi memberi 5 / 5 bintang. Good Movie from Malaysia !!

Ola Bola 2016 Download | Ola Bola 2016 Subtitle | Sinopsis Ola Bola 2016 Synopsis | Ola Bola 2016 Review | Poster Ola Bola 2016  | Ola Bola 2016 Torrent | Review filem Ola Bola 2016 | Barisan pelakon Ola Bola 2016 

Post a Comment

6 Comments

Azwar Syuhada said…
Azwar tak sempat tengok lagi.. ;(
Fauzi Sabri said…
saya dah tengok 4/5* tengok review saya: http://www.fauzisabri.com/2016/02/ola-bola-pengkisahan-sejarah-bola-sepak.html terima kasih.
Fnd said…
terbaik bro tengok sampai 3 kali!
Rafzan Tomomi said…
masih ditayangkan hehe
Rafzan Tomomi said…
hehehe.. cite best 3 kali tgk pon tak puas hehe