Jom Meriahkan Karnival Peaceyall 2-3 April 2016!


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Siapa tak kenal dengan Dato' Ac Mizal? Konfem la kenal sebab setiap kali Maharaja Lawak Mega mesti ada beliau. "Shah Alam, Peace yo!" masih terngiang-ngiang ditelinga Momi hehe. Untuk pengetahuan korang, Dato' Ac Mizal adalah pemilik radio online yang berkonsepkan radio interaktif pertama di Malaysia iaitu Peaceyall.FM . Momi agak suka konsep radio seperti ini , menarik! :) Pada 17 Februari 2016, berlangsungnya majlis sidang akhbar bersama Dato' Ac Mizal untuk mempromosikan Karnival Peaceyall, Aplikasi DAC Peaceyall dan Skoolastik daripada Kartunis Ubi.


Karnival Peaceyall
Orang Melaka dah bersedia untuk Karnival Peaceyall? Harus bersedia sebab Karnival Peaceyall akan memulakan sesi promosi dan sesi bertemu peminat setia Peaceyall FM diseluruh Malaysia bermula 2 hingga 3 April 2016 di Dataran Ayer Keroh, Melaka. Bertuah ler orang Melaka sebab jadi tempat pertama Karnival Peaceyall hehe. Seterusnya karnival ini akan bergerak ke Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Johor & Kuala Lumpur.


Masa karnival nanti Dato' AC Mizal akan bawa lebih dari 150 orang usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti untuk sama-sama memeriahkan karnival dengan jualan produk mereka pada harga yang berpatutan. Wah mesti seronok, boleh ler selfie sekali dengan artis tu hehe. Dengan kerjasama daripada OMGFest Adventures, pelbagai aktiviti menarik menanti korang disana seperti Ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, Permainan kanak kanak, Persembahan menarik daripada VJ dan selebriti, Lucky Draw lebih daripada RM10,000 (wow!), Kemuncaknya haruslah ada konsert dan banyak lagi.


Kepada mereka berminat nak jadi antara usahawan usahawan di Karnival Peaceyall, sila hubungi:
- Telefon : +6011-2626 1656 (Daz) atau +6019-279 6275 (Lieza)
- Email : karnivalpeaceyall@gmail.com
- Website : Peaceyall.FM atau OMGFest2014


Aplikasi  "DAC PeaceYall"
Korang penggemar games ? Ada satu aplikasi yang best untuk korang cuba iaitu aplikasi "DAC PeaceYall". Untuk pengetahun korang, aplikasi ni 'free' je. Dah la percuma , kalau main betul-betul boleh dapat hadiah misteri dari Dato' AC okay. Untuk download aplikasi ini, macam biasa pengguna Android boleh muat turun aplikasi dengan search 'DAC Peaceyall' dan boleh install dah. Mudah je. Lepas tu apa lagi, main lerrr hehe.


Pilih karakter dan teruskan bermain hehe. Untuk karakter seterusnya, korang kena melepasi 5,000 coin baru boleh main karakter baru. hee


Game ni sangat menarik. Momi sendiri dah cuba main tapi tak berapa nak berjaya hahaa. Untuk mereka yang sukakan game dekat phone tu, jangan lepaskan peluang untuk download dan cuba. hehe 


Komik "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi
Kepada peminat komik pula, jom dapatkan komik terbaru dari Kartunis UBI yang merupakan kartunis komik UJANG yang sangat popular. Kalau korang pernah baca komik “Budak Hostel” & “Aku, Dia & Volkswagen” , haa ia merupakan hasil karya Kartunis Ubi. Komik dengan 100 muka surat ini mempunyai cerita yang sangat menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan. Dengan memasukkan elemen yang bersesuaian dengan zaman sekarang, beliau berharap ia menjadi "trending" membaca komik terutamanya di kalangan remaja. Tunggu apa lagi, jangan lupa dapatkan komik yang pasti menggamit memori zaman sekolah korang hehe.


Harga: RM19.90
Belian secara online: www.kedai.kartunisubi.com
Kedai buku seluruh Malaysia: Jualan bermula 20 Februari 2016
Instagram: @kartunisubi

Post a Comment

0 Comments