Facebook Reaction Button Yang Comel!

10:57:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Haa.. Momi tak tahu kenapa teruja sangat ni haha. Sebelum ni ada khabar berita pasal button like akan ada 'emoticon', tapi masa tu Momi tak amek port sangat hehe. Tetapi, pada awal pagi 26 Februari 2016 ni, tiba-tiba Button Like jadi semacam. Bila 'mouse over' je kat button Like rupanyaaa dah keluar pon. Seriuss comel sangat okay! hahaha


Untuk korang yang teruja seperti Momi, korang hanya perlu 'mouse over' kat button like (untuk yang guna Laptop/Desktop) atau tekan button 'Like' lama-lama  (untuk pengguna Handphone) untuk dapat button 'Reaction' seperti gambar diatas. Comel kan? hehe. Button-button comel ini ada maknanya, rasanya sebelum ni ramai yang mintak button 'dislike' well, diorang buat button yang lebih comel seperti berikut :

Like - Macam selalu, jika anda setuju. hehe
Love - Ala-ala Instagram & Twitter tapi kaler pink dia sangat comel hehe.
Haha - Untuk mereka yang suka gelak atau yang nak gelak tapi tak terluah tu, boleh guna button ni.
Wow - Wow ni sama ada korang terkejut atau terpegun.
Sad - Jika korang terbaca cerita sedih, atau menyayat hati, ini button sesuai.
Angry - Rasanya inilah pengganti 'dislike' tu haha!


Macam mana nak tahu siapa yang like? Jangan risau, korang boleh check siapa yang like post korang. Bukan like ke, boleh 'divide' mengikut emotion. seronoknyaa! Tak semua yang dapat button ni lagi, nanti adalah ye. Mohon bersabar hee. Korang rasa seronok tak dengan function baru Facebook ni? atau sebaliknya. Tinggalkan dekat ruangan komen okay. ^__^

Facebook Reaction Buttons | Facebook New Like Button | Why Mark Zukerberg Made Reactions Button | How To Use Reaction Button | Cara Guna Reaction Button

2 comments: