Movie Review - Langit Cinta

Movie Review - Langit Cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem melayu pertama untuk tahun 2016 iaitu filem "Langit Cinta". Memandangkan Momi layan jugak cerita ala-ala Ombak Rindu dan Pilot Cafe, Momi pon nak jugak tengok filem ni (mungkin sebab dari pengarah yang sama dengan Ombak Rindu dan Pilot Cafe). Haa.... rasa-rasa mengalir air mata tak? Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download Langit Cinta 2016

Info Filem
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pelakon: Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Jalaluddin Hasan, Ogy Ahmad Daud
Pengarah: Osman Ali
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : google.com)
Sinopsis
Alif Zulkarnain seorang anak yang patuh pada ibu bapa dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. Walaupun hubungan itu ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Dari situ, kehidupan Alif dilanda pelbagai dugaan. Cabaran demi cabaran harus ditempuh oleh dua insan itu. (sumber : cinema.com.my)



Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Sediakan tisu sebab...
Yupp... siapa yang memang suka layan cerita sedih, mesti bawak tisu masuk panggung sebab filem ni banyak adengan yang buat korang rasa sebak. Momi rasa ni filem pertama Momi tengok Fazura mengalirkan air mata banyak kali (tapi tak tahu la kalau filem lain). Serius kesian betul dengan watak Jah (lakonan Fazura) ni, macam-macam dugaan kena dekat dia.

02 Barisan Pelakon yang best!
Filem ni membariskan pelakon-pelakon yang best seperti Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Jalaluddin Hasan, Ogy Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Dian P Ramlee yang memang menghidupkan filem ni. Lagi-lagi watak Ogy Ahmad Daud sebagai emak kepada Jah (lakonan Fazura), memang best hehe.

03 Lagu Tema yang best
Lagu tema dengan judul yang sama ni dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Memang pilihan yang tepat untuk bagi 'feel' lagi filem ni. Lagu pon best. Kata Dayang, beliau meletakkan emosi semasa menyanyikan lagu ni, memang sampai kat hati. :') (sumber) Boleh dengar lagu "Langit Cinta" dekat sini -> Langit Cinta - Dayang Nurfaizah.

04 Budiman yang sangat 'Budiman'
For sure ramai girls diluar sana memang jatuh cinta dengan watak Budiman (lakonan Farid Kamil) yang baik, penyabar, gentlemen dan memang ada ciri lelaki idaman wanita haha. Satu je masalah si Man ni, lambat sangat nak meluahkan rasa cinta haha (kalau korang dah tengok, korang fahamlah hehe)

05 Banyak Quote yang best
Ini yang bestnya bila tengok filem cintan cintun ni. Mesti akan ada quote yang best dan kadang-kadang deep. Antara favourite quote dalam filem Langit Cinta ni ialah 'Bila dia nak, dia mai. Bila dia takmau, dia blah. ' , 'Selagi aku bernafas, aku takkan berhenti untuk menanti dia pulang, tuhan takkan biarkan aku menangis selamanya' dan banyak lagi.

06 Lokasi yang cantik
Haaa.. ni best, korang bukan saja menikmati filem ni tapi korang menikmati pemandangan dan persekitaran yang sangat cantik. Pandai pilih location untuk filem ni. Memang terbaik!






Rate
Dengan ini Momi memberi 4.5 / 5 bintang.

Lirik "Langit Cinta" - Dayang Nurfaizah
(OST Langit Cinta)

Ku bermohon
Bawah langitMu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta
Sekuat mana pun
Takkan melepasi
CintaMu yang suci

Hati ini
Pedih menanti
Mengharapkan
Kasih kembali
Semua cinta
Yang telah ku beri
Hanya kepadanya
Tak mungkin berganti

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Jika bukan dia
Cintaku ini
Ambillah kembali
Dari hati

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

Ku bermohon
Bawah langit-Mu
Itu saja daya termampu
Kerna cinta sekuat
Mana pun
Takkan melepasi
Cinta-Mu yang suci

Langit Cinta 2016 Download | Langit Cinta 2016 Subtitle | Sinopsis Langit Cinta 2016 Synopsis | Langit Cinta 2016 Review | Poster Langit Cinta 2016  | Langit Cinta 2016 Torrent | Review filem Langit Cinta 2016 | Barisan pelakon Langit Cinta 2016 | Langit Cinta 2016 Fazura | Lirik Langit Cinta Dayang Nurfaizah | Download Langit Cinta Dayang Nurfaizah mp3

Post a Comment

4 Comments

I N A A I N A A said…
Ni rasa nak tengok ni... lama tak layan movie baru, penat dah ngadap buku je
Rafzan Tomomi said…
tengok jangan tak tengok. berbaloi :)
sayaiday said…
Wahhh, review pon macam dah best ni. Bintang pon dah banyak tu. Bukan apa, risau nak tengok cerita melayu dekat wayang. Hehehehe
Rafzan Tomomi said…
ramai bagi respon yang positif. cerita dia tak meleret dan best. tu la risau gak, sebelum tgk filem ni ada tgk satu filem tu, really disappointing. hmm tak nak mentionlah nama filem tu haha