Movie Review - The Forest

Movie Review - Star Wars : The Force Awakens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak Momi nak review filem pertama yang Momi tengok tahun 2016 ni, iaitu filem seram "The Forest". Kebetulan minggu nak tengok filem ni, ada banyak cerita seram, sampai tak tahu nak pilih yang mana dan akhirnya memilih filem ini. Rasa-rasa korang best ke tak? Jom baca review selanjutnya :) ::Amaran : Spoiler::

Download The Forest 2016

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Natalie Dormer, Taylor Kinney, Eoin Macken
Pengarah: Jason Zada
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : google.com)
Sinopsis
Berlatarbelakangkan Hutan Aokigahara, Jepun yang mana merupakan tempat orang menamatkan hidup mereka di situ. Seorang wanita Amerika, Sara, telah ke tempat tersebut bagi mencari kembarnya yang hilang secara misteri. Walaupun ramai orang memberi amaran kepadanya supaya tidak melalui tempat itu, namun Sara memberanikan diri masuk ke hutan untuk mencari kebenaran mengenai nasib kembarnya itu. Bagaimanapun dia terpaksa berdepan dengan roh-roh yang marah dan akan menyerang sesiapa yang melalui tempat mereka. (sumber : cinema.com.my)

(sumber : theforestisreal.com)

Apa Kata Rafzan Tomomi?

01 Seram tapi...
Filem ni memang seram dan saya tengok sambil tutup mata dan telinga (sebab takut terkejut). Seperti biasa kalau filem seram memang akan rasa menguap sebab ada adengan bercakap panjang, tapi bila masuk part hantu tu datang, sound effect dia bukan main hahaha!

02 Hantu yang awesome!
Yeah. Masa tengok filem ni macam-macam bermain kat otak ni. Rasa macam takde hantulah, ada orang yang rancang semua tu lah. Tanpa disangka-sangka, sebenarnya ada hantu jugak dalam filem ni pakai baju sekolah hehe. Suka tengok hantu tu walaupun saya tutup muka haha.

03 Hutan yang 'awkward' & Memori Silam 
Dalam hutan tu ada banyak pantang larangnya, alaa biasalah mana-mana hutan pon banyak pantang larangnya. Siapa yang masuk dalam hutan tu dinasihatkan supaya kalau sedih atau murung jangan ler masuk kawasan hutan larangan tu. Kembar ni dulu memang ada memori silam yang tak berapa baik , dan bila masuk hutan ni, semua benda silam akan di imbas kembali.

04 Memang buat korang keliru
Tetiba rasa suka pulak cerita yang buat kita rasa siapa sebenarnya dalang semua tu atau memang hutan tu memang berpuaka. Mula-mula rasa watak lelaki tu yang jahat tapi sebenarnya sebaliknya. haaa memang keliru Momi dibuatnya. Dapat ke tak Sara cari kembar dia si Jess tu? Kene le tengok.

(sumber : theforestisreal.com)

Rate
Dengan ini Momi memberi 4 / 5 bintang.

The Forest 2016 Download | The Forest 2016 Subtitle | The Forest 2016 Synopsis | The Forest 2016 Review | Poster The Forest 2016 2015 | The Forest 2016 Torrent | Review filem The Forest 2016 | Barisan pelakon The Forest 2016

Post a Comment

2 Comments

Dunia Zumal said…
Wah, menarik nie. Nanti kena tengok tanpa tutup mata
Rafzan Tomomi said…
seeloknya macamtu. jangan jadi macam Momi hahaha :p