24th Birthday Story

21:30:00 Rafzan Tomomi 3 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, pada 31 Disember 2015 yang lalu saya telah masuk 24 tahun (padahal masuk 2016 dah masuk 25! haha). Pada umur 24 ni saya tak mengharap tinggi sangat seperti tahun tahun sebelum ini, saya lebih prefer yang lebih sederhana. Macam-macam berlaku bulan Disember, tapi alhamdulillah saya laluinya dengan baik hehe. Jom saya nak kongsi apa yang menarik untuk ulangtahun kelahiran saya yang ke-24 ni. 



Ucapan Hari Lahir 
Seperti biasa, saya memang menunggu orang-orang wish birthday dekat wall Facebook saya dan semua media sosial yang ada hehehe. Alhamdulillah memang raaaaaaaaaamai yang wish. Saya rasa ini pon dah cukup buat saya seronok hehehe. Terima kasih gais. Lagi-lagi wish dari Ara, Ekin & Mira yang sangat gojes. hehe. 


Bukan saja Twitter, saya dihiburkan oleh Ara, Mira & Ekin dekat tweet yang diorang pergi tweet artis-artis suruh ucapan hari lahir. Hahaha. Serius kelakarr. Sayang korangg hehehe. Artis yang balas tweet diorang ialah Dafi, Altimet, Tauke Jambu, Zulin Aziz, Saiful Apek dan Azwan Kombos. Haa tak lupa juga mereka di Instagram. hehe :) 


Kek Birthday paling comel abad ini!
Kebiasaannya beli kek dekat Secret Recipe, tapi kali ni malas nak beli mahal-mahal, takde siapa nak makan sangat pon hahaa lalu Abadik beli kek hari lahir saya dekat Aeon Mid Valley hehe. Serius kek itu comel sangat sampai tak sanggup nak potong dan makan hahaha! Dengan kaler merah jambu dia dan kecomelan wajah dia hehehe. Malangnya saya dah potong sebelah darinya hahaha. Terima kasih Abadik for the kek. hehe 


Sambut Birthday Dengan Kawan Sekolah
Nisha ada tanya masa 30 Disember, bila free? Memang Jumaat tu cuti, jadi boleh la nak buat makan-makan dekat taman. Saya rasa sangat seronok sangat dan sangat bertuah sebab dapat makan sama-sama dengan diorang. Sebenarnya dah lamaaaa sangat tak lepak dengan diorang, atas faktor ke-busy-an saya. Alhamdulillah 1 Januari 2016 dapat satukan kitorang semula hehe. 


Terima kasih kepada BFF saya yang cantik ni, Nisha sebab buat makan-makan ni. Sedap okay Speghetti yang uols masak hehe. Tak lupa buat Rafi, Ardi, Jul & Amad yang hadir sama , bawak KFC lagi. Serius seronok dengan korang walaupun sekejap je dapat lepak. Korang memang awesome. hehe 






Banyak lagi benda yang berlaku masa hari lahir saya tapi biar saya simpan dalam hati hehehe. Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan, keluarga dan semualah yang hantar ucapan Selamat Hari Lahir. Sekarang dah masuk 2016, macam-macam lagi benda yang bakal ditempuh. Semoga tahun ni saya sentiasa ceria dan senyum hehe. Selamat Hari Lahir yang ke-24, Rafzan Tomomi! :) 

p/s : selfie dengan kek. hahaha!

3 comments: