Movie Review - Snoopy and Charlie Brown : The Peanuts Movie

Movie Review - Snoopy and Charlie Brown : The Peanuts Movie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem animasi, "Snoopy and Charlie Brown: The Peanuts Movie". Seperti semua orang tahu, ini kali pertama 'Snoopy' akan difilemkan, mesti peminat komiknya tak sabar nak tengok macam mana bila ia di animasikan. Rasa-rasa korang best ke tak? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download The Peanuts Movie 2015

Info Filem
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U 
Tarikh Tayangan: 10 Disember 2015
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Durasi: 1 Jam 34 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Bill Melendez, Noah Schnapp, Hadley Belle Miller
Pengarah: Steve Martino
Format: 2D
(sumber : cinema.com.my)

(sumber : peanutsmovie.com)

Sinopsis
Berdasarkan komik nukilan Charles M. Schulz berjudul "Peanuts", filem komedi animasi 3D ini mengisahkan tentang perhubungan seekor anjing bernama Snoopy dengan manusia yang merupakan rakan baiknya, Charlie Brown. Apabila `Little Red-Haired Girl` berpindah ke kejiranan mereka, Charlie dengan bantuan Snoopy telah melakukan satu pengembaraan demi menarik perhatian budak perempuan itu.. (sumber : cinema.com.my)


(sumber : peanutsmovie.com)

Review**
Apa yang boleh saya katakan filem ni terlalu comel dan jalan cerita dia biasa saja. Suka tengok karakter-karakter yang comel dan macam-macam karenah. Filem ini fokus dekat si Charlie Brown ni yang 'loser' dan suka pakai baju zig-zag (memang dia ada baju style macamtu je -.-"). Lepas tu ada sikit-sikit fokus dekat Snoopy dengan burung kecik tu. hehe Serius comel. Filem ini mengajar kita untuk berterus terang jika ada buat silap, percaya pada diri dan sebenarnya semua orang ada kebolehan tersendiri. Haa.. memang sesuai untuk korang bawak kanak-kanak menonton filem paling comel tahun ini! hehe Sebelum terlupa, nak bagitahu ada animasi pendek tupai dari "Ice Age" sebelum filem ni mula, untuk promosi filem ke-5 "Ice Age" yang akan ditayangkan pada tahun 2016 . 
**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

(sumber : peanutsmovie.com)
Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.

Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 Download | Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 Subtitle | Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 Synopsis | Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 Review | Poster Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 | Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 Torrent | Review filem Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015 | Barisan pelakon Snoopy And Charlie Brown : The Peanuts Movie 2015

Post a Comment

4 Comments

Aqilah Azmi said…
tengok trailer cerita ni sangat cute!!!!!
Pojiegraphy said…
So cute. Tapi cerita-cerita macam ni for sure la sesuai untuk budak budak hahaha
Rafzan Tomomi said…
hehehe. kann. comel :)
Rafzan Tomomi said…
hahahhhahaa sangatlah sure untuk kanak-kanak hehe :)