Hangouts! | 6 Disember 2015

23:48:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Ahad, 6 Disember yang lalu saya hangouts bersama Ara Kimora, Bazli, Amyra, Ekin & Ima dekat Mid Valley / The Gardens. Saja-saja nak jumpa dan lepak dekat Mid Valley. Jalan-jalan dengan riangnya . Rasanya dah lama tak karaoke jadi kitorang pon decide nak karaoke dekat Red Box The Gardens. Ape yang menariknya tu? Jom sambung baca.


Pagi tu, jumpa Bazli dekat KL Sentral sebab semua orang akan jumpa dekat Mid Valley. hehe Dalam pukul 11.30 macamtu, semua orang selamat sampai. Baru mula jumpa dah nampak kemeriahan suasana pada hari tu haha. Lepas berkumpul semua bergerak ke The Gardens, nak book untuk karaoke pulak. Lepas book kita singgah makan dekat Mekdi sekejap. hehe


Tiba masanyanyaaa untuk karaoke! yeahuu! kebiasaannya memang sengaja je masuk karaoke masa HAPPY HOUR sebab selalunya dari pukul 1 petang sampai 6 petang korang boleh karok. Harga dia kitorang rasa okaylah dalm RM50 , sebab sekali dengan buffet makan dan 2 air (setiap seorang). Masa makan dia pukul 3-5 petang. Bajet-bajet nak nyanyi dulu lepas tu makan. Macam-macam lagu yang kitorang nyanyikan. Semua orang participate okay dalam menyumbangkan suara.


2 jam berlalu, masa makan pon tiba. Semua orang dah lapar sangat tu. Punyalah syok makan dan nyanyi, rupanya time kitorang sebenarnya habis dalam pukul 4.00 petang T^T Selalunya sampai pukul 6 petang tapi disebabkan ramai kot, habis awal hahaha. Lagu "Nirmala" ialah lagu terakhir rupanya hahaa! serius lawak!


Jangan ingat kisah berakhir disitu, tetiba memasing ni nak bergambar pulak hahaha. Katanya nak tema ala-ala Hipster tapi tak berapa nak hispter pon sebenarnya hahaha. Jangan tak tahu eh kitorang ganggu orang lalu lalang dekat tingkat atas The Gardens tu haha. Tema bergambar kali ini jugak kebanyakkan pakai batang selfie tu , kepunyaan kamera comel saya tu haha. Jadi marilah kita hayati sedikit sebanyak gambar-gambar 'hipster' kami hahaha :














Haaaa... itulah dia moment-moment bersama mereka. hehe Terima kasih gais sebab sudi luangkan masa, walaupun sekejap rasanya tapi tetap have fun & release tension. Nanti hangout lagi yer. hehehe Akan datang kita cuba jadi #hipster yang lebih baik hehe. 


p/s : mereka lawak! haha

2 comments:

  1. Bestnya dapat hangout dengan kengkawan macam ni. Sekarang dah tak merasa sangat moment macam ni. Masing-masing dah busy :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee best-best. betul tu, bila semua dah busy memang susah nak jumpa. kalau dapat jumpa, tak nak lepaskan peluang hehehe :)

      Delete