Filem Menarik Tahun 2016!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Bila nak dekat tahun baru ni, mesti ada peminat wayang ni akan intai-intai apa filem menarik untuk tahun depan. Filem tahun 2016 ni pon semuanya hebat-hebat jugak ni. Kebanyakkan filem sekual box office seperti Captain America, The Conjuring, X-Men dan banyak lagi. Korang dah teruja tak nak tahu? Jom tengok! Saya listkan filem yang akan ditayangkan pada sepanjang tahun 2016! hehe


The 5th Wave
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Chloë Grace Moretz, Nick Robinson, Alex Roe, Maika Monroe, Liev Schreiber
Pengarah: J Blakeson
Format: 2D, 2D D-BOX
Sinopsis : 
Filem arahan J Blakeson ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Cassie, yang terdesak untuk menyelamatkan adik lelakinya selepas serangan makhluk asing memusnahkan hampir keseluruhan bumi.

Trailer : #1 | #2 



Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Aksi / Drama
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Pekin Ibrahim, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish
Pengarah: Pekin Ibrahim
Format: 2D
Info :
Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Trailer : #1


The Boy
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2016
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson
Pengarah: William Brent Bell
Format: 2D
Sinopsis :
Seorang wanita bernama Greta telah mengambil kerja sebagai pengasuh di sebuah perkampungan terpencil Inggeris. Apabila dia tiba, dia mendapati budak lelaki berusia 8 tahun yang perlu dijaga sebenarnya patung porselin yang mana ibu bapanya melayannya seperti budak sebenar selepas kematian anak lelaki mereka. Selepas melanggar beberapa peraturan, beberapa kejadian aneh berlaku membuatkan Greta semakin yakin bahawa patung itu sebenarnya hidup.

Trailer : #1



Ola Bola
Bahasa: Inggeris / Melayu / Mandarin / Tamil
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 28 Januari 2016
Genre: Drama / Sukan
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae
Pengarah: Chiu Keng Guan
Format: 2D
Sinopsis :
Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan menyukarkan skuad itu, namun segala rintangan dapat diatasi dengan kehadiran `pemain no. 12`, iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat waktu itu.

Trailer : #1


Deadpool
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2016
Genre: Aksi / Fiksyen Sains / Fantasi
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, Gina Carano, T.J. Miller
Pengarah: Tim Miller
Format: 2D
Sinopsis : 
Diangkat dari karakter komik Marvel yang menggunakan nama sama, Wade Wilson adalah bekas Pasukan Elit yang menjalani satu eksperimen yang mengubah hidupnya secara drastik. Dengan kelebihan untuk pulih cepat tetapi mentaliti yang tidak stabil, dia berusaha mencari individu yang bertanggungjawab terhadap keadaannya itu.

Trailer : #1 | #2 


Munafik
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Syamsul Yusof, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim
Pengarah: Syamsul Yusof
Format: 2D
Sinopsis :
Seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia. Dia bersetuju untuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang diganggu syaitan tetapi dia kemudian melalui pelbagai pengalaman pelik.

Trailer : #1


Zootopia
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2016
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira
Pengarah: Byron Howard, Rich Moore
Format: 2D
Sinopsis :
Seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde.

Trailer : #1 | #2 


BoBoiBoy The Movie
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D
Sipnosis : 
Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.


Kung Fu Panda 3
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Pelakon: Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, James Hong, Angelina Jolie, Seth Rogen
Pengarah: Jennifer Yuh
Format: 2D
Sinopsis : 
Menyusuri kesinambungan kisah pengembaraan yang hebat dan menarik, si beruang panda Po yang hebat dalam seni mempertahankan diri Kung Fu terpaksa mengharungi dua musuh epik namun datang dalam bentuk yang berbeza, satu adalah makhluk halus yang tidak dapat dikesan dan satu lagi sudah pun menghampiri rumahnya. 

Trailer : #1 | #2 


The Divergent Series : Allegiant
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Octavia Spencer, Ray Stevenson, Zoe Kravitz, Miles Teller, Ansel Elgort, Maggie Q, Naomi Watts, Jeff Daniels, Bill Skarsgård
Pengarah: Robert Schwentke
Format: 2D
Sinopsis :
Bahagian pertama kepada kesudahan siri filem "Divergent" ini mengisahkan Tris yang perlu berdepan dengan penemuannya mengenai kebenaran di belakang sistem berpuak. Dia kemudian telah diculik oleh kumpulan penentang, Allegiant.

Trailer : #1 | #2 


Batman V Superman : Dawn of Justice
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2016
Genre: Aksi / Superhero
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons
Pengarah: Zack Snyder
Format: 2D
Sinopsis :
Di bawah arahan pengarah hebat Zack Snyder, filem yang padat dengan aksi hebat ini menampilkan gabungan kisah adiwira kegemaran ramai iaitu Superman dan Batman.

Trailer : #1 | #2 


The Jungle Book
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 14 April 2016 
Genre: Pengembaraan / Drama / Fantasi
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson, Lupita Nyong'o
Pengarah: Jon Favreau
Format: 2D
Sinopsis :
Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Mowgli yang telah dibesarkan oleh seekor serigala yang juga berkawan dengan seekor beruang yang bernama Baloo dan pasangannya Bagheera. Mowgli juga terpaksa menghadapi cabaran hidup di kelilingi binatang buas apabila harus berlawan dengan seekor harimau garang yang bernama Shere Khan.

Trailer : #1 | #2 


The Huntsman : Winter's War
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt, Jessica Chastain, Sam Claflin, Nick Frost
Pengarah: Cedric Nicolas-Troyan
Format: 2D
Info :
Watak pemburu yang dibawa oleh Chris Hemsworth memainkan peranan yang lebih besar dalam sekuel kepada filem 2012 "Snow White and The Huntsman" ini. Ia memaparkan latar belakang pemburu itu dan turut memperkenalkan beberapa watak-watak baru.

Trailer : #1 | #2 | #3


Captain America : Civil War
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 28 Mei 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Chris Evans, Robert Downey Jr., Chadwick Boseman, Anthony Mackie, Sebastian Stan, Scarlett Johansson, Frank Grillo, Jeremy Renner, Daniel Brühl
Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo
Format: 2D
Sipnosis :
Filem ini mengambil tempat selepas kejadian dalam"Avengers: Age of Ultron" dengan Captain America perlu berdepan dengan masalah baru, yang mana pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira. Captain America dan Iron Man mempunyai pendapat bertentangan tentang tindakan kerajaan itu, menyebabkan tercetusnya perang saudara antara bekas sekutu ini.

Trailer : #1 | #2 


Ada Apa Dengan Cinta 2
Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 April 2016
Genre: Romantik
Durasi: 2 Jam
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara
Pengarah: Riri Riza
Format: 2D
Sinopsis / Info : 
Filem sekuel ini mengisahkan tentang percintaan Rangga dan Cinta, namun mereka berdua telah berpisah sejak 14 tahun lalu. Setelah beberapa tahun, kedua-dua mereka ini berpeluang untuk kembali bertemu.

Trailer : #1


Bad Neighbours 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 5 Mei 2016
Genre: Komedi
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Seth Rogen, Zac Efron, Rose Byrne, Dave Franco, Chloë Grace Moretz, Carla Gallo
Pengarah: Nicholas Stoller
Format: 2D
Sinopsis :
Mac dan Kelly Radner sedang menunggu kelahiran anak kedua mereka apabila sororiti Kappa Kappa Nu berpindah ke kejiranan mereka. Pasangan suami dan isteri itu kemudian meminta bantuan bekas musuh yang juga bekas jiran mereka, Teddy, untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh jiran baru mereka.

Trailer : #1


Summer Camp
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 5 Mei 2016
Genre: Seram
Durasi: -
Pelakon: Diego Boneta, Jocelin Donahue, Maiara Walsh, Andrés Velencoso
Pengarah: Alberto Marini
Format: 2D
Sinopsis :
Empat kaunselor Amerika telah pergi ke Eropah untuk satu kem musim panas. Apabila mereka tiba di kem, mereka mendapati mereka perlu berdepan dengan satu wabak virus yang tersebar di kalangan kanak-kanak di kem tersebut.

Trailer : #1


Angry Birds
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2016
Genre: Animasi
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph, Peter Dinklage
Pengarah: Fergal Reilly, Clay Kaytis
Format: 2D, 3D
Info / Sinopsis :
Filem animasi ini diterbitkan berdasarkan permainan telefon pintar yang popular di seluruh dunia. Filem ini mengisahkan sekumpulan burung yang perlu melindungi telur mereka dari di ambil oleh haiwan yang bernama khinzir. Filem ini diarahkan oleh pengarah hebat, Fergal Reilly dan Clay Kaytis.

Trailer : #1 | #2 



X-Men: Apocalypse
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy, Kodi Smit-McPhee
Pengarah: Bryan Singer
Format: 2D
Sinopsis :
Musuh terbaru yang bakal ditentang oleh X-Men kali ini tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse ini adalah mutant purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.

Trailer : #1


Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadows
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, Jeremy Howard, Pete Ploszek, Stephen Amell, Tyler Perry, Brian Tee, Laura Linney
Pengarah: Dave Green
Format: 2D
Sinopsis : 
Selepas kejadian pada filem pertama, Teenage Mutant Ninja Turtles kembali dengan misi baru di New York, tetapi kali ini mereka bertemu dengan penyelamat baru iaitu Casey Jones, yang dijayakan oleh Stephen Amell.

Trailer : #1#2 | #3


The Conjuring 2
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Seram
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Vera Farmiga, Patrick Wilson , Frances O'Connor , Madison Wolfe , Lauren Esposito , Simon McBurney
Pengarah: James Wan
Format: 2D
Sinopsis : 
Selepas mengendali kes di sebuah rumah ladang di Rhode Island, penyiasat paranormal Ed Warren dan isterinya Lorraine Warren kembali, dan kali ini mereka mengembara ke England untuk menyiasat roh jahat di sebuah kediaman di London Borough, Enfield.

Trailer : Teaser | #1


Warcraft: The Beginning
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell
Pengarah: Duncan Jones
Format: 2D
Info : 
Filem epik fantasi dan aksi mengembara ini merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah siri permainan video popular. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat, Duncan Jones ini turut menampilkan aksi hebat dan lakonan mantap oleh bintang-bintang ternama seperti Travis Fimmel, Ben Foster, Paula Patton dan ramai lagi.

Trailer : #1 


Finding Dory
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Ellen Degeneres, Ed O'Neill, Ty Burrell, Kaitlin Olson, Albert Brooks, Eugene Levy, Diane Keaton
Pengarah: Andrew Stanton
Format: 2D
Info / Sinopsis :
Filem animasi ini merupakan kesinambungan kepada filem terdahulu, "Finding Nemo" yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem ini bakal memfokuskan kepada karakter Dory dan membawa kepada penyatuan Dory dan keluarganya. Selain Dory, karakter kegemaran seperti Nemo, Marlin dan Geng Tank bakal menemui anda di pawagam. Filem arahan Andrew Stanton ini bakal menampilkan Ellen DeGeneres, Albert Brooks, Diane Keaton dan ramai lagi.

Trailer : #1 



Central Intelligence
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Ed Helms, Amy Ryan, Danielle Nicolet
Pengarah: Rawson Thurber
Format: 2D
Sinopsis :

Filem arahan Rawson Marshall Thurber ini mengisahkan tentang seorang akauntan yang kembali bertemu dengan rakan lamanya melalui Facebook. Dia bagaimanapun kemudian telah diperdaya oleh rakannya itu untuk masuk ke dalam dunia pengintipan. Filem ini dibintangi pelakon hebat seperti Dwayne Johnson dan Kevin Hart sebagai peneraju.

Trailer : #1 



Now You See Me 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016
Genre: Aksi / Komedi / Ngeri
Durasi: --
Pelakon: Daniel Radcliffe, Jesse Eisenberg, Dave Franco, Mark Ruffalo, Michael Caine, Jay Chou
Pengarah: Jon M. Chu
Format: 2D
Sinopsis :
Selepas setahun bebas daripada FBI, Four Horsemen kini kembali untuk melakukan satu lagi rompakan berbahaya. Mereka berharap untuk mendedahkan salah laku seorang taikun dengan membuat persembahan terakhir bagi membersihkan nama mereka, dan pada masa yang sama mendedahkan dalang di sebaliknya.

Trailer : #1


Independence Day: Resurgence
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2016
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 1 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Jessie Usher, Liam Hemsworth
Pengarah: Roland Emmerich
Format: 2D
Info : 
Filem arahan Roland Emmerich ini adalah sekuel kepada filem "Independence Day" yang akan menyaksikan Liam Hemsworth membawa watak utama apabila dunia sekali lagi diceroboh oleh makhluk asing.

Trailer Independence Day : Resurgence : #1


The Legend Of Tarzan
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: --
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Alexander Skarsgard, Margot Robbie, Christoph Waltz, Samuel L. Jackson, Djimon Hounsou
Pengarah: David Yates
Format: 2D
Sinopsis : 
Selepas beberapa tahun Tarzan meninggalkan hutan di Africa untuk hidup bersama isterinya Jane Porter di London sebagai John Clayton III, Lord Greystoke, dia telah dijemput ke Congo untuk berkhidmat sebagai perwakilan Parlimen. Dia tidak menyedari dia kini berhadapan dengan keadaan bahaya yang didalangi oleh Kapten Belgium, Rom.

Trailer : Teaser | #1



Alice Through The Looking Glass
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Mia Wasikowska, Johnny Depp, Helena Bonham Carter, Anne Hathaway, Sacha Baron Cohen, Rhys Ifans
Pengarah: James Bobin
Format: 2D
Info :
Filem animasi pengembaraan dan fantasi ini merupakan filem yang diarahkan oleh pengarah hebat. James Bobin. Filem sekuel kedua ini bakal menampilkan aksi lakonan hebat pelakon ternama Hollywood seperti Johnny Depp, Helena Bonham Carter, Mia Wasikowska dan ramai lagi. Selain itu, filem fantasi terbaru ini turut menyaksikan penglibatan bersama penulis kreatif, Linda Woolverton.

Trailer : #1 | #2 | #3



Ice Age: Collision Course
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 7 Julai 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: --
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Ray Romano, Denis Leary, John Leguizamo, Jennifer Lopez, Keke Palmer, Simon Pegg, Jesse Tyler Ferguson, Max Greenfield, Jessie J
Pengarah: Mike Thurmeier, Galen T. Chu
Format: 2D
Sinopsis Ice Age : Collision Course :
Haiwan-haiwan pada zaman Ice Age kembali dengan pengembaraan baru dalam francais animasi kelima ini.

Trailer Ice Age : Collision Course : #1 | #2


Ghostbusters
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Komedi / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Kristen Wiig, Melissa McCarthy, Kate McKinnon, Leslie Jones, Chris Hemsworth
Pengarah: Paul Feig
Format: 2D
Sinopsis : 
Filem reboot ini akan menyaksikan pasukan penangkap hantu `Ghostbusters` sebagai empat orang wanita yang melawan kuasa jahat dengan cara mereka yang kelakar. Filem ini diterajui oleh Kristen Wiig, Melissa McCarthy, Leslie Jones dan Kate McKinnon.

Trailer Ghostbusters 2016 : #1





The Purge: Election Year
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 14 Julai 2016
Genre: Aksi / Seram / Ngeri
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Frank Grillo, Betty Gabriel, Edwin Hodge, Kyle Secor
Pengarah: James DeMonaco
Format: 2D
Sinopsis :
Filem ketiga dalam siri thriller ini adalah prekuel kepada dua filem sebelum ini, yang mana ia akan memaparkan tentang Revolusi dan kali pertama Purge mengambil tempat.

Trailer The Purge: Election Year : #1



Star Trek Beyond
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Zoe Saldana, Simon Pegg, Karl Urban
Pengarah: Justin Lin
Info : 
Filem ketiga ini diarah buat pertama kalinya oleh Justin Lin. Ia mengambil tempat selepas dua buah filem terdahulu, di mana kali ini ia akan menyaksikan pasukan USS Enterprise melakukan penerokaan lebih jauh di angkasa lepas.

Trailer Star Trek Beyond : #1


Lights Out
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2016
Genre: Seram
Durasi: -
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Teresa Palmer, Gabriel Bateman, Alexander DiPersia
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D
Sinopsis / Info :
Filem seram arahan David F. Sandberg ini adalah adaptasi daripada filem pendek "Lights Out" (2013), yang mengisahkan tentang seorang wanita yang dihantui oleh makhluk yang hanya muncul apabila lampu dipadamkan.

Trailer Lights Out : #1

Filem Menarik Tahun 2016

The BFG
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2016
Genre: Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 57 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Mark Rylance, Ruby Barnhill, Bill Hader, Rebecca Hall
Pengarah: Steven Spielberg
Format: 2D
Sinopsis : 
Filem yang bertemakan kekeluargaan dan fantasi ini merupakan hasil daripada adaptasi novel karya Roald Dahl yang mengisahkan tentang kisah seorang gadis muda, Ratu England dan seekor gergasi yang dikenali sebagai BFG yang berada di dalam pengembaraan mereka dalam menentang musuh jahat, seekor gergasi yang menjadikan manusia sebagai makanan yang cuba menakluk bumi.

Trailer The BFG : #1 | #2 



Suicide Squad
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2016
Genre: Aksi
Durasi: --
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Jai Courtney, Joel Kinnaman, Cara Delevingne, Viola Davis
Pengarah: David Ayer
Format: 2D
Sinopsis :

Sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika Syarikat telah merekrut penjenayah berbahaya untuk melakukan misi maut untuk kerajaan AS. Sebagai ganjaran, hukuman mereka akan dikurangkan. Penjahat-penjahat itu termasuk Deadshot, The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi.

Trailer : #1


Nerve
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2016
Genre: Ngeri
Durasi: -
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Dave Franco, Emma Roberts, Emily Meade, Juliette Lewis, Kimiko Glenn
Pengarah: Henry Joost, Ariel Schulman
Format: 2D
Sinopsis :
Venus, seorang pelajar senior sekolah tinggi, mendapati dirinya terperangkap dalam permainan dalam talian `benar dan cabar`. Lama-kelamaan setiap langkahnya dimanipulasi oleh satu komuniti tidak dikenali yang digelar `watchers`.

Trailer Nerve : #1

Filem Menarik Tahun 2016

Sadako Vs Kayako
Bahasa: Jepun
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 18 Ogos 2016
Genre: Seram
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Mizuki Yamamoto, Tina Tamashiro, Masanobu Ando, Masahiro Komoto, Aimi Satsukawa, Mai Kikuchi
Pengarah: Koji Shiraishi
Format: 2D
Sinopsis :
Seorang pelajar universiti, Yuri Kurahashi, dan rakannya telah terkena sumpahan pita video Sadako ("The Ring") dan mereka akan mati dalam masa dua hari lagi. Sementara itu, pelajar sekolah tinggi Suzuka Takagi memasuki rumah Saeki, tanpa mengetahui dia akan terkena sumpahan Kayako ("Ju-On") di sana. Kedua-dua gadis itu kemudian bertemu dengan seorang pengamal paranormal, Keizo Tokiwa, yang mencadangkan kedua-dua hantu itu bertempur sesama sendiri untuk menamatkan sumpahan buat selama-lamanya. Dia telah mengumpan mereka ke lokasi sama. Bagaimanapun, perkara yang tidak dijangka telah berlaku ketika pertempuran berlaku.

Trailer Sadako vs Kayako : #1

Filem Menarik Tahun 2016

Kubo And The Two Strings
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2016
Genre: Animasi
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Art Parkinson, Matthew McConaughey, Charlize Theron, Ralph Fiennes, Brenda Vaccaro
Pengarah: Travis Knight
Format: 2D
Sinopsis :
Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Kubo yang hidup aman bersama ibunya di sebuah perkampungan. Namun hidupnya mula menjadi kucar-kacir apabila satu roh dari masa lampau telah muncul. Ia telah menyebabkan pelbagai kekecohan dengan dewa-dewa dan raksasa-raksasa memburu Kubo. Demi menyelamatkan dirinya, Kubo mesti mencari sut perisai ajaib yang pernah dipakai oleh mendiang ayahnya, yang merupakan seorang Samurai lagenda.

Trailer Kubo And The Two Strings : #1 | #2 | #3 | #4


Don't Breathe
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2016
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Dylan Minnette, Stephen Lang, Daniel Zovatto
Pengarah: Federico Alvarez
Format: 2D
Sinopsis :
Filem seram ini mengisahkan tentang tiga pemuda yang merancang untuk merompak rumah seorang jutawan buta yang tinggal bersendirian. Bagaimanapun, selepas mereka berjaya memecah masuk rumah tersebut, mereka mendapati bahawa lelaki buta tersebut merupakan seorang psikopat berbahaya yang mula memburu mereka seorang demi seorang.

Trailer Don't Breathe : #1

Filem Menarik Tahun 2016

Pete's Dragon
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 September 2016
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan
Durasi: --
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Oakes Fegley, Oona Laurence, Robert Redford, Bryce Dallas Howard, Wes Bentley, Karl Urban
Pengarah: David Lowery
Format: 2D
Sinopsis / Info : 
Filem arahan David Lowery ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Pete yang melarikan diri dari ibu bapa angkatnya yang kejam dengan pertolongan seekor naga peliharaan. Filem ini merupakan `remake` kepada filem 1977 dengan tajuk yang sama.

Trailer Pete Dragon : Teaser | #1



The Secret Life Of Pets
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Louis C.K., Eric Stonestreet, Kevin Hart, Albert Brooks, Hannibal Buress, Bobby Moynihan, Lake Bell, Ellie Kemper, Steve Coogan
Pengarah: Chris Renaud, Yarrow Cheney
Format: 2D
Sinopsis :

Seekor anjing terrier bernama Max mempunyai hidup yang gembira sebelum pemiliknya membawa pulang seekor anjing kacukan bernama Duke yang membuat hidupnya kucar-kacir. Pada mulanya kedua-dua mereka bermusuhan, tetapi apabila seekor arnab bernama Snowball membina bala tentera daripada haiwan-haiwan terbiar untuk merancang membalas dendam terhadap semua haiwan peliharaan dan pemilik mereka, Max dan Duke telah bekerjasama untuk menentang Snowball.

Trailer : Teaser | #2


Train To Busan
Bahasa: Korean
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 8 September 2016
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: 1 Jam 58 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D
Sinopsis :
Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian. Tetapi ketika dalam perjalanan, mereka juga terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri.

Trailer Train To Busan : #1


Storks
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: --
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Andy Samberg, Kelsey Grammer
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller
Format: 2D
Sinopsis :
Burung-burung yang dahulu pernah diajar untuk menghantar bayi kini menghantar pakej untuk sebuah syarikat internet. Bagaimanapun keadaan menjadi kelam-kabut apabila seekor burung bernama Junior secara tidak sengaja menyebabkan sebuah mesin menghasilkan seorang bayi dan kini perlu menghantar bayi itu ke sebuah keluarga sebelum didapati oleh ketuanya.

Trailer Stroks : #1 | #2


Miss Peregrine’s Home For Peculiar Children
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney
Pengarah: Tim Burton
Format: 2D
Sinopsis :
Filem fantasi ini mengisahkan tentang kehidupan mengenai seorang remaja yang mendapati dirinya kini terdampar di sebuah pulau di mana dia perlu melindungi sekumpulan anak-anak yatim piatu yang mempunyai kuasa luar biasa dari dimusnahkan oleh satu kuasa jahat. Filem ini ditulis oleh Jane Goldman dan merupakan adaptasi dari novel karya Ransom Riggs.

Trailer Miss Peregrine's Home For Peculiar Children : #1 | #2


Seoul Station
Bahasa: Korean
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Drama / Ngeri
Durasi: --
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Ryu Seung Ryong, Shim Eun Kyung, Lee Joon
Pengarah: Yeon Sang-Ho
Format: 2D
Sinopsis :
Filem prequel "Train To Busan" , "Seoul Station" diarahkan oleh pengarah yang sama. Ia menunjukkan keadaan yang sama sebelum KTX bullet train bergerak dari Stesen Seoul ke Busan. Seoul Station mengisahkan tentang Hye-sun, seorang remaja yang melarikan diri, putus dengan teman lelakinya yang memaksa beliau ke dalam pelacuran. Dia meninggalkan rumah penginapan lama yang mereka menginap di berhampiran stesen dan menjadi saksi rakyat diserang. Yang Diserang berubah menjadi penyerang, dan bilangan mereka semakin meningkat.

Trailer Seoul Station : #1

Filem Menarik Tahun 2016!

Deepwater Horizon
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Kurt Russell, Dylan O'Brien, Mark Wahlberg, John Malkovich, Kate Hudson
Pengarah: Peter Berg
Format: 2D, 2D ATMOS
Sinopsis Deepwater Horizon :
Filem ini berdasarkan kisah sebenar tentang tumpahan minyak yang berlaku di Teluk Mexico. Ia menceritakan keberanian mereka yang bekerja di pelantar minyak Deepwater Horizon. Satu letupan telah berlaku di pelantar minyak itu menyebabkan tumpahan minyak terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Trailer Deepwater Horizon : Teaser | #1





Marvel's Doctor Strange
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Pengarah: Scott Derrickson
Format: 2D
Sinopsis : 
Seorang doktor bernama Stephen Vincent Strange merupakan seorang pakar bedah saraf yang bijak tetapi angkuh. Selepas kerjayanya musnah, dia mendapat kehidupannya kembali apabila seorang ahli sihir mengambil keputusan untuk mengambilnya dan melatihnya untuk mempertahankan dunia daripada kuasa jahat.

Trailer Doctor Strange : #1


Rock Bro!
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Komedi / Drama
Durasi: --
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Khir Rahman, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Kaka Azraff
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D
Sinopsis :
Walalupun Zul Kapan beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU, ini tidak mematahkan semangat Rimba Bara yang masih gigih meneruskan perjuangan mereka di dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Sementara itu, Jijoe pula telah jatuh cinta dengan Ratu Rock Ella ketika terserempak di studio rakaman. Jijoe yang terlalu sayangkan Ella sanggup meninggalkan kehidupan rockernya dan menjadi kontraktor sebagai bukti dia betul-betul sayangkan Ella.



Ouija 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2016
Genre: Seram
Durasi: -
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Henry Thomas, Elizabeth Reaser, Annalise Basso, Lulu Wilson
Pengarah: Mike Flanagan
Format: 2D
Sinopsis Ouija 2 :
Filem ini mengisahkan tentang papan berhantu Ouija, di mana kali ini Annalise Basso membawa watak sebagai seorang remaja yang menggunakan papan tersebut untuk cuba menghubungi bapanya yang telah meninggal dunia.

Trailer Ouija 2 



Trolls
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 3 November 2016
Genre: Animasi / Komedi / Muzikal
Durasi: --
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Anna Kendrick, Justin Timberlake, James Corden, Kunal Nayyar, Gwen Stefani, Russell Brand
Pengarah: Mike Mitchell
Format: 2D
Sinopsis :
Filem muzikal komedi ini mengisahkan tentang patung Trolls yang datang dengan pelbagai warna rambut. Selepas diriliskan pada tahun 1959, ia menjadi sensasi pada tahun 60an dan sekali lagi pada 90an.

Trailer Trolls : #1

Filem Menarik Tahun 2016

Fantastic Beasts And Where To Find Them
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 17 November 2016
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Durasi: --
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Ezra Miller, Dan Fogler, Colin Farrell, Jon Voight, Ron Perlman
Pengarah: David Yates
Format: 2D
Sinopsis :
70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik.

Trailer Fantastic Beasts And Where To Find Them : #1


Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D
Info : 
Filem animasi / `live action` Upin dan Ipin ini diarahkan oleh Erma Fatima dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

Trailer Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng! : Teaser #1 | Teaser #2


Moana
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2016
Genre: Animasi
Durasi: --
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Auli'i Cravalho, Dwayne Johnson, Alan Tudyk, Tommy Lee Jones
Pengarah: John Musker, Ron Clements
Format: 2D
Sinopsis :
Filem animasi ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang berlayar untuk mencari sebuah pulau dongeng. Dalam pengembaraan mencari pulau tersebut, dia telah ditemani oleh wiranya, Maui.

Trailer Moana : Teaser | Teaser (Japanese) | #1


Sing
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016
Genre: Animasi / Komedi / Muzikal
Durasi: 1 Jam 48 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Seth MacFarlane, Tori Kelly, John C. Reilly, Taron Egerton, Scarlett Johansson
Pengarah: Garth Jennings
Format: 2D
Sinopsis : 
Filem arahan Garth Jennings ini mengisahkan tentang seekor koala bernama Buster yang memiliki sebuah teater. Dia kemudiannya meminta bantuan rakan baiknya untuk memajukan perniagaan teater itu dengan menganjurkan pertandingan menyanyi.

Sing Trailer : Teaser | #1 


Desolasi
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Disember 2016
Genre: Fiksyen Sains / Ngeri
Durasi: 1 Jam 51 Minit
Pengedar: Skop Production
Pelakon: Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D
Sinopsis / Info Desolasi :
Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Bagaimanapun, pada suatu pagi, Aiman mendapati dirinya keseorangan di dalam dunia tanpa manusia lain.


Trailer Desolasi 2016 : #1


Rogue One: A Star Wars Story
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 13 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Felicity Jones, Diego Luna, Riz Ahmed, Ben Mendelsohn, Donnie Yen, Jiang Wen, Forest Whitaker, Mads Mikkelsen
Pengarah: Gareth Edwards
Format: 2D
Sinopsis :
Filem ini adalah di antara "Star Wars: Episode III Revenge of the Sith" dan "Star Wars: Episode IV A New Hope", ketika zaman Empayar. Ia mengisahkan tentang sekumpulan penentang yang bergabung untuk mencuri pelan ke Death Star, iaitu stesen pertempuran bergerak Empayar Galaktik yang mampu memusnahkan seluruh planet.

Rogue One : A Star Wars Story Trailer : #1


Assassin’s Creed
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Michael Kenneth Williams, Ariane Labed, Jeremy Irons, Brendan Gleeson
Pengarah: Justin Kurzel
Format: 2D
Sinopsis : 
Menceritakan tentang seorang pelayan bar yang telah ditangkap oleh sebuah organisasi besar dan telah dipaksa memasuki ke dalam sebuah mesin yang digelar "The Animus". Setelah dimasukkan ke dalam mesin ini, dia boleh mengimbas kembali memori kehidupan nenek moyangnya yang kebanyakan daripada mereka adalah pembunuh. Pelayan bar tersebut dipaksa untuk mengambil sebuah artifak yang mempunyai kuasa dan merbahaya.

Trailer Assasin's Creed : #1 | #2

Filem Menarik Tahun 2016!

Passengers
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: ---
Tarikh Tayangan: 29 Disember 2016
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Jennifer Lawrence, Chris Pratt, Michael Sheen, Laurence Fishburne
Pengarah: Morten Tyldum
Format: 2D
Sinopsis Passengers : 
Jim Preston adalah seorang mekanik yang dalam perjalanan ke galaksi lain selama 120 tahun. Dek kerana kegagalan pod hibernasi, dia terjaga berdekad awal. Mahukan teman manusia, dia telah mengejutkan seorang penumpang lain, Aurora, setahun kemudian. Dia jatuh cinta dengan Aurora tetapi mula menyedari ia merupakan satu kesilapan besar. Perkara menjadi lebih rumit apabila dia terpaksa berdepan masalah besar kegagalan kapal angkasa itu.

Trailer Passengers : #1


*Semua Poster belongs to google
**Tarikh Ditayangkan hanya untuk Malaysia sahaja.

Senarai Filem Tahun 2016 | Filem Gempak Tahun 2016 | Download Filem Baru 2016 | Trailer Filem Tahun 2016

Post a Comment

3 Comments

Helmi Azlan said…
Waiting for Batman vs Superman this March 24....
Akhmadi said…
no list for ninja turtle 2
Rafzan Tomomi said…
will be on the list soon.
still tengah edit lagi. sorry ya