BEST 2015 SONGS

13:30:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Seperti tahun lalu, saya akan menghimpunkan semua lagu yang saya suka dan selalu dengar untuk tahun 2015 ni. Kali ini saya bukan buat 20 lagu tapi 30 LAGU TERBEST 2015! Pilhan saya adalah muktamad dan mengikut kehendak tekak sendiri hehe. Lagu J-pop dan K-pop kurang menyengat tahun ni, ada banyak lagu melayu dan lagu omputeh. Dah bersedia nak tahu? Jom sambung baca .  


30 Dumb Dumb - Red Velvet
Nombor ke-30 jatuh kepada kumpulan K-pop, Red Velvet. Lagu ni adalah lead single dari album studio pertama mereka "The Red". Lagu dia penuh dengan perkataan "Dumb" sampai kesudah. Suka dengan beat lagu dia lagi-lagi part tengah tu hehe. Korang kene tengok klip video dia sebab comel dan unik. (Saksikan Muzik Video Disini!)


29 What Do You Mean? - Justin Bieber
Nombor ke-29 jatuh kepada Justin Bieber. Apa? Justin Bieber? Apa yang berlaku ni? hahaha. I have to admit that lagu dari album terbaru beliau "Purpose" ada beberapa lagu yang best haha. Lagu What Do You Mean? salah satu lagu yang korang kena layan hehe. Dengar-dengar lagu ni dibuat khas untuk Selena Gomez, selepas Selena mengeluarkan single yang berjudul "The Heart Want What It Wants" yang ditujukan kepada Justin Bieber , haha macam-macam hal. (Saksikan Muzik Video Disini!)


28 Worth It ft. Kid Ink - Fifth Harmony
"Give it to me I’m worth it" oh yeah! Tempat ke-28 jatuh kepada lagu dari kumpulan Fifth Harmony. Suka dengar lagu ni sebab dia asyik ulang lirik "Give it to me I’m worth it" tu je. Muzik dia pon boleh layan hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


27 Drag Me Down - One Direction
Tempat ke-27 jatuh kepada lagu dari kumpulan kegilaan girls diluar sana, One Direction. Lagu ni masuk dalam list ni sebab rasa lagu ni best. Pertama kali dengar kat radio dan lepas tu ia terus diputarkan. Punyalah cari lagu siapa, laa rupanya lagu diorang ni. Ini adalah lagu pertama selepas keluar Zayn Malik. (Saksikan Muzik Video Disini!)


26 Hanya Namamu - Caliph Buskers
Tempat ke-26 jatuh kepada lagu dari kumpulan Caliph Buskers. Selepas muncul di AJL Ke-29 membawakan lagu "Romancinta" , kumpulan ni terus dikenali ramai. Terima kasih kepada KRU sebab buat lagu untuk diorang. Lagu ni memang best dan ada maksud yang mendalam dengan vokal yang awesome. Good song hehe :) (Saksikan Muzik Video Disini!)


25 Love Me Like You Do - Ellie Goulding
Tempat ke-25 jatuh kepada lagu tema filem "50 Shades of Grey" yang dinyanyikan oleh Ellie Goulding. First time dengar je dah terus suka lagu ni. Walaupun dia ulang "love me like you do" banyak kali hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


24 Tsumetai Kaze to Kataomoi - Morning Musume '15
Tempat ke-24 jatuh kepada kumpulan J-pop favourite saya sejak tahun 2005, Morning Musume '15. Ini adalah salah satu lagu dalam single ke-60 dan juga merupakan single terakhir bersama anggota kumpulan Generasi ke-9 , Sayashi Riho . Maksud lagu dia "Angin Sejuk & Cinta Yang Tak Berbalas". Suka klip video dia sebab memang khas untuk Riho hmm.. Goodbye Riho. Keluar dari kumpulan pada 31 Disember 2015. (Saksikan Muzik Video Disini!)


23 Bad Blood - Taylor Swift feat. Kendrick Lamar
Yeahh Taylor Swift di tempat ke-23 dengan lagu "Bad Blood" versi remix bersama Kendrick Lamar. Saya layan lagu ni dari tahun lepas lagi. bila versi remix ni keluar tak berapa suka sangat. tapi bila lama-lama dengar rasa suka pulak. Suka klip video lagu ni sebab Taylor Swift nampak gojes, lepas tu ada ramai artis yang terlibat seperti Selena Gomez, Jessica Alba, Ailee Stainfield dan ramai lagi. hehe (Saksikan Muzik Video Disini!)


22 You Think - GIRLS GENERATION 
Tempat ke-22 jatuh kepada lagu dari Girls' Generation. Selain dari 2 lagu comeback yang lain, lagu ni best tapi kurang dapat perhatian. Sebelum release lagu ni, mungkin ramai dah dengan demo yang leaked dekat YouTube , so diorang tak fokus sangat lagu ni. Tetap awesome jugak lagu ni sebenarnya dengan tarian dan memang ganas sikit. Lagi-lagi part Seohyun menari tu, semua orang terkejut hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!) 


21 Sam Smith - Writing On The Wall
Dah tengok filem Spectre? Haa.. inilah lagu yang dapat tempat ke-21 nyanyian Sam Smith, yang juga merupakan lagu tema untuk filem Spectre. Pertama kali dengar tak berapa minat sangat, tapi selepas menonton filem tu terus dengar banyak kali haha. Vokal Sam Smith memang sangat awesome lagi-lagi part "how do I live? how do I breath?"  (Saksikan Muzik Video Disini!)


20 Itoshiikute Gomen ne? - Country Girls
Tempat ke-20 jatuh kepada kumpulan J-pop, Country Girls. Kumpulan ni asalnya dah lama aktif sekitar awal 2000-an dengan nama "Country Musume.", tapi tahun lepas (2014) diorang diakfifkan semula dengan nama baru iaitu Country Girls dengan wajah-wajah baru. Anggota kumpulan terdiri dari Tsugunaga Momoko, Yamaki Risa, Inaba Manaka, Morito Chisaki, Shimamura Uta & Ozeki Mai. Pada Jun 2015, Shimamura Uta yang comel tu meninggalkan kumpulan. So lagu ni special sebab ada dia je hehe. Lagu yang bermaksud "I'm Sorry For Being So Adorable" ni memang comel. Please dengar ye hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!) 


19 Hati Hati - Amira Othman
Tempat ke-19 ni jatuh kepada lagu nyanyian Amira Othman. Haa yang mana tak kenal dulu, Amira ni dulu finalis akhir AF2013. Lagu masih dia finalis tu kurang umphh tapi lagu ni rasa lebih better dan comel bunyinya. hehe Suka lirik ni "Jaga kau hati-hati, nanti ia dicuri, kelak kan patah hati". (Saksikan Muzik Video Disini!) 


18 Sayangi Dirimu - Fazura
Tempat ke-18 jatuh kepada lagu nyanyian Fazura. Masa dapat tahu Fazura nak release lagu memang teruja masa tu. Lirik lagu ni memang beri semangat gitu. "Just keep loving yourself, sayangi oh dirimu", sesuai apa yang berlaku pada beliau baru-baru ini huhu. (Saksikan Muzik Video Disini!) 


17 Watch Me (Whip/Nae Nae) - Silentó 
Lagu "watch me whip, watch me nae nae" berada ditempat yang ke-17! Minat lagu ni bila selalu dengar dekat Vine, bila diorang selalu letak lagu ni kat Vine haha. Lepas tu ada video budak kecik menari lagu ni, memang comel. hehe (Saksikan Muzik Video Disini!)


16 PARTY - GIRLS GENERATION 
Hey guys! Do you know what time it is? It's Girls' Generation PARTY ditempat ke-16! Bila Girls' Generation menyanyi apa genre pon,mesti ada kelas tersendiri. Muzik video dia memang cantik gila, lagi-lagi tempat diorang shoot tu , serius cantik! Tak caya? Tengok ni : (Saksikan Muzik Video Disini!)


15 See You Again - Wiz Khalifa feat. Charlie Puth
Lagu tema filem "Fast & Furious 7" ini menduduki tempat ke-15 pilihan saya. Bila dengar lagu ni, mesti teringat watak Paul Walker dalam filem tu. Walaupun pertama kali tengok filem tu tapi tetap merasai pemergian Paul Walker. Lagu dia memang sedih tapi best. Gandingan Wiz Khalifa dengan Charlie Puth memang awesome :) (Saksikan Muzik Video Disini!)


14 4 Walls - f(x)
Keunikan muzik video dan lagu membuatkan lagu ini menduduki tempat ke-14. Lagu nyanyian f(x) ini pada mulanya sukar dihadam sebab dia berbeza dari genre yang diorang selalu nyanyi. Kalau tengok muzik video dia pon memang pelik tapi lama-lama baru lah faham hahaa. Sebenarnya lagu ni layan jugak sebenarnya hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


13 Siapa Diriku - Ayda Jebat
Tempat ke-13 jatuh kepada lagu nyanyian Ayda Jebat! Ayda memang penyanyi dulu sebelum dia popular dengan drama 'Rindu Awak 200%', so takde masalah untuk dia menyanyi. Lagu ni ala-ala ngada manja sikit, memang comel hehe. Ayda please release single baru okay. I'm waiting! haha Kalau cakap pasal muzik video, saya suka jugak, diorang kata tiru Meghan Trainor, tapi bagi saya okay je kot, tiada masalah dan yang bestnya, ada Fasha Sandha, Michael Ang dan beberapa lagi artis hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)



12 Same Old Love - Selena Gomez
Yeahhh.. I'm also sick about same old love! haha Lagu dari album "Revival" dari Selena Gomez menduduki tempat ke-12 pilihan saya. Sejak pertama kali release versi audio, download siap-siap buat mp3 hahahaa. Lagu ni rileks je dan bercakap mengenai cinta yang lebih kurang je dari dulu sampai sekarang. Good song :) (Saksikan Muzik Video Disini!)


11 Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
Tempat ke-11 jatuh kepada lagu nyanyian Elizabeth Tan bersama Faizal Tahir. Saya memang suka suara Elizabeth Tan lepas tu lagu ni pulak macam sweet-sweet memang kena. hehe Harap next single lagi lagi best tau :D (Saksikan Muzik Video Disini!)


10 Yuugure Ameagari - Morning Musume '15
Top 10! Tempat ke-10 milik lagu kumpulan Morning Musume '15. Lagu yang bermaksud "Sunset After The Rain" ini bagi saya paling best Morning Musume untuk tahun 2015. Muzik video yang simple, dengan muka-muka anggota baru cukup buat lagu ini sempurna. hehe  (Saksikan Muzik Video Disini!)


09 Ice Cream Cake - Red Velvet
Tempat ke-9 jatuh kepada lagu dari kumpulan K-pop, Red Velvet. Bukan tajuk dia je yang comel, lagu dia, set dalam muzik video pon comel jugak. Part "Lalalalala~" akan buat korang asyik teringat je lagu ni. hmm rasa lapar pulak dengan Ice Cream Cake ni hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


08 Lion Heart - GIRLS GENERATION 
Tempat ke-8 diberikan kepada Girls' Generation. Dengan berkonsepkan retro, lagu ni jadi sangat best dan comel. Kalau tengok muzik video tu, dah best dah cuma tak gemar dengan singa tu , menganggu hahaa. (Saksikan Muzik Video Disini!)


07 Wildest Dreams - Taylor Swift
Tempat ke-7 pula jatuh kepada kakak Taytay kita dengan lagu "Wildest Dreams" dari album 1989. Masa mula-mula dengar lagu ni, harap-harap ada muzik video. Haa bulan ogos tahun ni, lagu ni sebahagian dari single. Alaa.. suka hehe. Thanks kakak Taytay :D (Saksikan Muzik Video Disini!)

06 Potret - Akim & The Majistret 
Tempat ke-6 jatuh kepada Akim & The Majistret. Kalau sebelum ni dengan "Mewangi" tapi kali ni dengan "Potret". Lagu ni memang super duper berhantu hehe , berapa minggu #1 dalam carta Era. Dengan vokal Akim yang superb dengan muzik yang best , jadi lagu ni jadi awesome. hehe  (Saksikan Muzik Video Disini!)



05 Hello - Adele

Tempat ke-5 jatuh kepada Adele. Yeah! Adele is back! Memang sangat menunggu lagu baru Adele dan ternyatan memang tak menghampakan. Muzik video dia guna black & white je (eh ke green tah) lepas tu dalam masa beberapa hari je dah sampai 100,000 penonton (kini dah mencecah 800,000 penonton!). Memang superb! Lagu ni pon memang awesome. Sekarang tengah dengar-dengar lagu dalam album terbarunya "25" . Ada beberapa lagu yang saya suka seperti "Send My Love", "A Million Years Ago" & "All I Ask". (Saksikan Muzik Video Disini!)


04 Bukan Hal Aku - Kaka ft Sleeq
Tempat ke-4 jatuh kepadaa lagu nyanyian Kaka bersama kumpulan Sleeq. Tak tahu kenapa lagu ni boleh layan dan dengar beberapa kali dah suka. Mungkin muzik dia best kot hehe. Muzik video dia paling awesome dan style. Love it! hehe (Saksikan Muzik Video Disini!)


03 #SUPERGIRLS - De Fam
TOP 3! Tempat ke-3 jatuh kepadaa kumpulan De Fam dengan lagu "#SUPERGIRLS". Tahniah sebab ini lagu melayu (mix english hehe) yang paling power kat Malaysia tahun ni hehe. Part rapping tu memang favorite okay.  "Got My Girls Got My Got My Oh My Girls" (Saksikan Muzik Video Disini!)


02 Flashlight - Jessie J
Tempat ke-2 jatuh kepada lagu tema filem Pitch Perfect 2, "Flashlight" nyanyian Jessie J. Mula suka lagu ni masa tengok filem tu dan part Barden Bellas nyanyi sangat best. Lepas tu gigih cari kat YouTube sekejap je boleh hafal hahaha. Lagu ni sebenarnya saya ada nyanyikan semasa majlis persaraan bos pada September 2015 yang lalu hehe. (Saksikan Muzik Video Disini!)


01 I - Taeyeon
Tempat pertama! Tahniah kepada Taeyeon! Yeahhh! Lagu ni memang sangat best dan cantik. First time dengar dah suka sangat. Bukan sahaja muzik dia, malah vokal Taeyeon yang buat lagu ni lagi awesome! hehe. Muzik video lagu ni pon rileks dan cantik, banyak scene hijau daun dan langit biru yang sangat tenang hehe. (Saksikan Muzik Video disini!)


Semua gambar diambil dari google.

Best 2015 Song | TOP 10 Best Song of 2015 | Best 2015 song download | Lagu terbaik 2015 | Lagu Melayu terbaik 2015

2 comments: