10 Lagu Era 90-an Pilihan Rafzan Tomomi!

16:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa yang lahir 90-an ke bawah (termasuk 80-an dan sebelumnya) mesti masih dengar lagi lagu dari zaman 90-an. Saya masih teringat masa kecik-kecik dulu, pernah dengar lagu-lagu dari zaman itu. Boleh dikatakan 90-an zaman lagu jiwang-jiwang dan lagu dari kumpulan wanita yang sangat popular. Best pulak. Haa.. ini saya ada senaraikan 10 buah lagu era 90-an yang mungkin antara yang menjadi pilihan korang jugak :

Cinta Di Akhir Garisan - Nora, Ziana Zain, Ning Baizura & Dessy


Serius suka dengan gandingan 4 suara artis ni. Memang feeling okay. Suka sangat part Dessy Fitri tarik, memang awesome! hehe

Puncak Kasih - Ziana Zain


Semestinya lagu Ziana Zain yang ni masuk dalam pilihan. Masa mula-mula kenal Ziana Zain dengan lagu 'Puncak Kasih'. Teringat masa tu Ziana Zain ada rehearsal untuk HMI , saya dan Abadik ada dekat situ . Masa tu Ziana Zain panggil saya tapi menurut kisah Abadik, saya tak pergi pon kat dia. ahahaha

Trauma - Elite


This is my jam! hahaa. Salah satu kumpulan yang masih saya minat walaupun sekarang dah tak aktif. Lagu ni memang favourite all time rasanya. Kalau karaoke dengan kawan-kawan, lagu ni WAJIB okay. Suka sangat bila diorang enjut bahu. Lagi-lagi part Azza ya. ahhaha

Isabella '98 - Amy Search, Salem, Jamal Abdillah & Zamani


Lagu ni ada kelasnya tersendiri. Versi 98 Isabella ni memang best sebab dinyanyikan oleh barisan artis yang sangat hebat. Masing-masing ada tarikan vokal masing-masing. Best! Paling fav, part Jamal Abdillah. hehe

Kau Ilhamku - Man Bai


Lagu ni memang biasa dengar dari kecil sampailah sekarang rasanya. Lagu "Kau Ilhamku" ni memang best dan rileks je. Dengar pon tenang gitu. hehe

Kini - Feminin


Just discover lagu ni sekitar 2012 macamtu. Dulu banyak kumpulan wanita sebenarnya selain Elite. Bila dengar lagu ni rasa best pulak. Pesen rambut diorang ni buat diorang lebih ingati, sebab semua rambut pendek hehe. Salah satu lagu kena nyanyi kalau kat karaoke.

Janji Manismu - Aishah


Gais, lagu ni memang best. Wajib dengar kalau nak dengar lagu zaman 90-an ni. Lirik dia sangat deep sekali. Vokal Aishah memang superb! hehe

Percayalah - Ruhil Amani


Siapa kenal Ruhil Amani? Dulu masa kecik, saya memang minat dengan Ruhil ni. Kalau dengar lagu dia, family akan jerit nama saya sebab lagu ni keluar TV. Lagu lain yang best dari Ruhil berjudul 'Kawan'. :)

Tanya Sama Itu Hud Hud - M Nasir


Tak tahu kenapa, suka dengan lagu ni. Best :)

Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza


Lagu wajibb!! Tak sah kalau takde dalam list ye. hehe. Lagu ni setiap kali keluar masa tu, memang asyik nak nyanyi sama-sama. Lirik dia comel je. Lagu lain yang jadi favourite saya seperti "Cindai", "Jerat Percintaan" & "Wajah Kekasih".

Haaa... itulah 10 lagu era 90 pilihan saya. Sebenarnya banyak lagi lagu dari zaman 90-an yang saya suka tapi saya bagi 10 lagu je, yang lain korang boleh google. hehe Okaylah next time nak buat untuk era 80 dan 2000-an haha. Terima kasih membaca :)

Special thanks to uploader yang upload video dekat YouTube.

>> 27 HARI SEBELUM #rafzanturns24<<

Lagu Popular 90-an Melayu | Download Lagu Popular 90-an Melayu | Muat Turun Lagu Popular 90-an Melayu | Lirik Lagu Popular 90-an Melayu | Lagu Popular 90-an Melayu Mp3 Download

0 comments: