#SiarSiar - Party Time @ Port Dickson! | 14 Oktober 2015

17:37:00 Rafzan Tomomi 1 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hey gais, do you know what time it is? It must be party time! haha . Pada 14 Oktober lalu, saya dan keluarga saudara mara saja-saja plan pergi mandi laut. Kebetulan masa tu cuti Maal Hijrah . Rasanya dah lama tak mandi laut ni, sejak tahun lepas huhu. Jom baca kisah selanjutnya. 


Malam sebelum tu, Sis Fyra Nasha amek kitorang (Saya & Emak) kat rumah hantar kat rumah Abang Iju. Sebab esok tu nak gerak awal, senang dari rumah Abang Iju je. Gerak esoknya pukul 9.00 pagi jugak lah, lepas tu diorang semua tunggu dekat R&R Nilai untuk sarapan pagi. Mandi laut dekat Port Dickson ni disertai oleh saya & keluarga, keluarga Mak Teh, keluarga Cik Embun, keluarga Ungga & keluarga Pak Saha. makan kenyang-kenyang ni haha. 


Selalunya kalau nak ke Port Dickson ni tengah hari baru gerak tapi kali ni bersemangat waja, pukul 11 pagi dah sampai dah Tanjung Biru, Port Dickson. Nasib sempat dapat parking haha. Ada yang bawak tikar, khemah dan makanan yang sangat meriah . Masa sampai tu acah-acah je tengok pantai tu, tak serang lagi haha. Lepas tu, teman Umairah pulak main pasir. Haaaa... lepas tu terus serang pantai (walaupun air cetek! haha) Setelah 45 minit bermain air, naik semula ke atas. Makan lagi gais. makan dan makan! hahah


Lepas tu turun sekali lagi, kali ni bersama emak-emak pulak haha. Serius best! Rugi tak bawak waterproof, tak boleh bergambar dalam laut hhaha. Lama jugak berendam dalam air tu. Sambil-sambil tu borak-borak jugak. Memang enjoy main air sampai petang. Haaa.. tak mau dah cerita panjang, jom tengok moments yang sempat dirakam hehe :






















Serius puas woi mandi laut. Dah lama tak berendam. Terima kasih sangat kepada semua (ramai nak sebut) , nanti kita buat lagi ye hahaha.


p/s : ada masa singgah-singgah ler kat pantai haha

1 comment:

  1. Wahhh...xcakap pun.. LeYa asal PD.. Kalau tahu rafzan bercuti ke sana, boleh leya balik kampung halaman..hehehe

    ReplyDelete