Movie Review - Love Supermoon

Movie Review - Love Supermoon

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem romantik komedi, "Love, Supermoon". Tak menjangka untuk menonton filem ni, kebetulan Cik Esah nak ikut jalan-jalan , kitorang pon ajak ler beliau tengok filem ni. Tajuk dia comell. Best ke tak? Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Love, Supermoon 2015

Info Filem
Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 22 Oktober 2015
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nadiya Nissa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin
Pengarah: Wan Hasliza
Format: 2D

Sinopsis
Filem "Love, Supermoon" mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Triz, Tiha dan Nina yang suka bergosip tentang kehidupan Razak yang merupakan seorang doktor. Razak telah berkahwin dengan seorang pramugari bernama Nora, tetapi perkahwinan mereka tidak berpanjangan. Razak juga berteman baik dengan Sulayman yang merupakan abang angkat kepada Nina, yang kemudiannya menjadi isterinya. Walaupun ketiga rakan baik ini adakalanya bersikap `gila-gila`, mereka tidak sesekali lari daripada dugaan hidup.


Review**
I'm gonna say, I like it! Ini bukan cerita cinta yang biasa kita tengok yer hehe. Saya rasa jalan ceritanya yang menarik dan lain dari yang lainlah. Barisan pelakon berjaya menghidupkan dan menceriakan filem ini. Banyak adengan kelakar yang akan buat korang gelak terbahak-bahak. Semestinya watak utama Nadiya Nessa sangat awesome dari ketawa sampai lah menangis dilakonkan dengan baik sekali. Bila tengok filem ni ada lah sikit-sikit kembalikan nostalgia sekolah menengah dan abang kakak adik terangkat-angkat ni haha. Rasanya tak rugilah menonton. Overall, filem yang menarik, sweet & comel. :)

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.

Love ,Supermoon 2015 Download |  Love ,Supermoon 2015 Subtitle | Love ,Supermoon 2015 Synopsis | Love ,Supermoon 2015 Review | Poster Love ,Supermoon 2015 | Love ,Supermoon Torrent | Review filem Love ,Supermoon 2015 | Barisan pelakon Love ,Supermoon 2015 | Nadya Nessa Love ,Supermoon 2015

Post a Comment

1 Comments

macam best trailer tu tapi nak tunggu minggu depan baru pi tengok