I


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Rasanya macam dah lama tak update blog ni haha. Dengan gigihnya tetiba terlintas nak update . Pejam celik kita dah nak masuk bulan November. Rasa macam sekejap sangat dah nak masuk bulan ke-11 tahun 2015. Bulan Oktober ni mood nak update blog memang takde sangat, banyak dah entri yang delay sebab 'kemalasan' yang melampau haha. Lately, selalu sangat moody sampai tertido -.-". Maaf sangat kalau rakan Facebook selalu nampak saya update status yang emo dan marah-marah hehe. Rasa macam banyak sangat benda nak fikir dan nak buat. Alhamdulillah ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa buat saya gelak dan tenang.


Cakap pasal family hari ini ialah hari lahir Umairah (kakak) yang ke-6! Really 6?. Rasanya macam semalam je kakak baru lahir, tetiba kakak dah 6 tahun haha. Kakak mesti happy hari ni sambut birthday dekat taska. Semalam sempat send voice lagu birthday untuk kakak. Happy Birthday Kakak! Thanks sebab kakak selalu cakap kite 'comel' hehe. Nanti jumpa kite selfie puas-puas dengan wajah yang buruk haha.


Pasal blog pulak, tengah cari idea nak ubah rupa blog untuk tahun 2016. Macam-macam rupa dah jumpa, tunggu masa nak cuba dekat blog hehe. Bulan November InsyaAllah akan rajinkan diri update blog selalu. More movie review coming soon... seperti Spectre, The Hunger Games : Mockingjay - Part 2 dan beberapa movie yang akan ditonton. Kalau dipanggil untuk event blogger, InsyaAllahs saya akan pergi. Apa aktiviti menarik untuk November nanti? Haa.. tunggu! terima kasih kerana baca sampai habis. Teruskan membaca blog saya ni, diharapkan apa yang korang baca antara entri dalam blog ni, boleh digunapakai :)


p/s : Taeyeon is awesome! hehe

Post a Comment

2 Comments

Eintan Nurfuzie said…
bz kan.. lagi2 hujung tahun.. masa paling bz buat pekerja

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2
KHALID said…
santiknyee Taeyeonn, mcm barbie doll O_o


Jom Terjah : Trend Popular Berfesyen Dan Bergaya Jejaka Masa Kini! :)