Movie Review - Everest


Movie Review - Everest

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem diadaptasi dari cerita sebenar, "Everest". Apakah sebenarnya yang terjadi semasa mereka mendaki gunung paling tertinggi di dunia tu.  Jom baca review selanjutnya :) :: Jangan Sambung Baca Sebab Ada Spoiler :P ::


Download Everest  2015

Info Filem
Pengarah: Baltasar Kormakur
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Genre: Pengembaraan / Drama
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Keira Knightley, Jason Clarke, Josh Brolin, Robin Wright, Emily Watson, Clive Standen

Sinopsis
Filem "Everest" yang diadaptasi dari kisah sebenar yang menimpa beberapa orang pendaki gunung pada tahun 1996. Beberapa pendaki telah meninggal dunia dan terdapat beberapa orang yang masih hidup ketika aktiviti pendakian berjalan. Terdapat dua kumpulan ekspedisi yang diketuai oleh Scott Fischer dan Rob Hall yang cuba untuk menakluki puncak gunung Everest. (Sumber)


Poster Everest 2015

Review**
Saya adalah peminat filem yang based on cerita sebenar. Sebelum tengok filem ni, tak tahu sangat pasal kejadian Everest 1996, sampai la tengok filem ni baru tahu hehe. Jalan ceritanya agak perlahan dan bahagian selepas diorang sampai ke puncak Everest tu memang mendebarkan. Masa tengok filem ni, korang akan rasa confuse dengfan karakter sebab kebanyakkan diorang wajah lebih kurang je sampai saya tanya Abadik dia ni siapa? dia tu siapa? haha. Tak tahu kenapa, bahagian last sekali bila diorang tunjuk muka-muka yang sebenar mendaki Everest, saya rasa sebak sikit. Saya tetap salute dan bangga dengan semangat diorang nak naik gunung paling tertinggi di dunia.

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.

Everest 2015 Download |  Everest 2015 Subtitle | Everest 2015 Synopsis | Everest 2015 Review | Poster Everest 2015  | Everest 2015 Torrent | Review Filem Everest 2015 | Everest  2015 Review Malay

Post a Comment

6 Comments

ASTraveller said…
waa msti tgk ni :) tq sharing
Pojiegraphy said…
If and only if si Doug tu tak jadi naik atas, confirm Rob tak mati. Movie yang cantik dan penuh dengan emosi.
Rafzan Tomomi said…
betul! masa tengok ni terasa sejuknya.
Kisah Tatie said…
dalam citer ni ... ada part minum air sirap x? hahaha
Rafzan Tomomi said…
hahaha aduh. muncul sis sirap dekat sini. ada -ada. siap ada scene bancuh sirap tu, dengan ais sekali. hahahahahaa