Movie Review - Fantastic Four


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem superhero, "Fantastic Four". Semua sedia maklum yang Fantasic Four ni pernah direleasekan pada tahun 2005 dan kali ini mereka kembali dengan wajah baru, jalan cerita baru dan memang reboot jalan ceritanya. Ramai yang bagi review yang negatif untuk filem ni. Nak tahu best ke tak? Jom baca review selanjutnya :)


Download Fantastic Four 2015

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 9
Tarikh Tonton : 7 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 7.30 Petang

Filem ini diarahkan oleh Josh Trank. Ia direleasekan mulai 7 Ogos 2015 (US) dan 6 Ogos 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Miles Teller sebagai Reed Richards / Mr. Fantastic:
  • Michael B. Jordan sebagai Johnny Storm / Human Torch:
  • Kate Mara sebagai Susan "Sue" Storm / Invisible Woman:
  • Jamie Bell sebagai Ben Grimm / Thing:
  • Toby Kebbell sebagai Victor von Doom / Doctor Doom:
  • Reg E. Cathey sebagai Dr. Franklin Storm:
  • Tim Blake Nelson sebagai Dr. Harvey Allen:
Sinopsis Pendek
Filem "Fantastic Four" mengisahkan tentang empat orang anak muda yang telah dipilih untuk teleport ke alam semesta yang lain. Semasa mereka di alam itu, sesuatu telah mengubah bentuk fizikal mereka dan memberikan mereka kebolehan baru. Mereka harus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyelamatkan bumi dari diserang musuh. 


Review Sendiri**
Memandangkan ramai yang memberi berpendapat filem ni tak berapa nak best, tapi saya tetap gigih tengok jugak hehe. Filem reboot 'Fantastic Four' ni boleh dikatakan 'okay' sahaja. Tak terlalu awesome dan tak terlalu hambar. Mungkin merasakan filem yang asalnya lebih menarik kot. CGI-nya je yang sememangnya menarik. Klimaks filem ni sudah dijangka dan cara nak kalahkan Doctor Doom rasanya macam senang la pulak ahaha. Bagi saya filem ni pengenalan untuk jalan cerita yang baru, mungkin lepas ni sekuelnya lagi best ke? haa.. Sekual filem ni akan di-release-kan pada Jun 2017. Harap ia lebih gempak! hehe

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4 / 5 bintang.


Fantastic Four 2015 Download | Fantastic Four 2015 Subtitle | Fantastic Four 2015 Synopsis | Fantastic Four 2015 Review

Post a Comment

6 Comments

Eintan Nurfuzie said…
selaluny akan tgk bila dah x pack.. klu ramai xleh nk feel tgk
Dunia Zumal said…
Suka filem aksi dan ada adiwira gini...
dengar orang komen citer ni tak best.. tapi tu orang cakap la sebab tak pi tengok lagi
Rafzan Tomomi said…
ohhhh.. tapi kalau tengok time ramai-ramai best jugak sebab kalau ada scene kelakar ke , satu dewan gelak haha
Rafzan Tomomi said…
yupp. saya pon :)
Rafzan Tomomi said…
tak berapa best tapi dalam kategori 'okay' sahaja. tapi lain orang lain pendapat kan :)