Minat Nak Buat Komik? Jom ke Bengkel Comicoaching !

20:51:00 Rafzan Tomomi 6 Comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Ada tak antara korang yang boleh melukis dan berminat untuk buat komik sendiri. Haaa.. kalau minat teruskan membaca ni. Buat julung kalinya, Comicore Club bakal menganjurkan BENGKEL COMICOACHING yang memberi pendedahan tentang ILMU KOMIK, menerbitkan komik sendiri dan bersembang bersama penggiat aktif industri komik di Malaysia!

Tarikh: 5 September 2015 (Sabtu)
Lokasi: 4-2 Jalan 5a/6 Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur (Berhampiran Danau Kota)
Waktu: 10.00 pagi – 5.00 petang

Apa yang anda dapat dengan menyertai bengkel ini?
• Membantu anda untuk meningkatkan kemahiran sedia ada melalui pemahaman teknik-teknik utama di dalam penghasilan komik.
• Pemahaman tentang set skil yang anda diperlukan dalam penghasilan komik.
• Memberi anda pengetahuan dan kaedah dalam menerbitkan komik SELF-PUBLISH sendiri.
• Pendedahan berkaitan senario di dalam industri komik bersama mereka yang terlibat secara aktif di dalam industri komik.
• Pengetahuan untuk menjana pendapatan melalui seni kartun dan komik di Malaysia.

Perkara yang anda perlu tahu untuk menyertai bengkel ini:
Untuk menyertai COMICOACHING, anda perlulah mempunyai asas kemahiran melukis. Fokus kami adalah untuk anda:
• Memahami ILMU KOMIK
• Memberikan anda set skil yang diperlukan
• Teknik menghasilkan komik anda sendiri.

Berminat? Daftarlah segera!
YURAN PENDAFTARAN: RM 99.00 SAHAJA!
Untuk mendaftar, hantar “ON COMICOACHING” ke:
SMS / WHATSAPP: +6019 278 0120 / +6012 571 3503
FACEBOOK MESSAGE: Danial Haikal / Mior Azhar
EMAIL: comicoreclub@gmail.com
TERHAD UNTUK 25 ORANG PESERTA SAHAJA!

Langkah-langkah pendaftaran:
1) SMS / WHATSAPP / PM / EMAIL tagline “ON COMICOACHING” kepada kami.
2) Anda akan dapat reply daripada kami beserta cara pembayaran.
3) Tunjukkan bukti pembayaran melalui SMS / WHATSAPP / PM / EMAIL kepada kami. Sertakan NAMA ANDA, NAMA BANK dan NO. RUJUKAN PEMBAYARAN BANK.
4) Kami akan berikan link untuk anda mendaftar secara RASMI!
5) Selesai.


laman web rasmi Comicore Club : http://comicoreclub.com/

p/s : Tunggu apa lagi! Daftar jangan tak daftar yer :)


6 comments:

  1. dulu minat jugak lukis katon2 sekarang takdan dah T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. samalah kak.hanya mampu tengok orang je hahaa

      Delete
  2. Wow...makin mudah mendapat ilmu sekarang ni kan? Nak ngan tak nak sahaja..

    ReplyDelete