#JomRaya - Jamuan Hari Raya Office | 6 Ogos 2015

23:55:00 Rafzan Tomomi 6 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kita masih lagi dalam bulan Syawal ni, sempat lagi nak update pasal Jamuan Hari Raya dekat opis saya Khamis, 6 Ogos 2015. Konsep jamuan raya ni memang best sebab dia buat konsep 'port luck'. Bila konsep port luck ni memang best la, sebab ramai yang akan bawak makanan dan korang boleh rasa macam-macam makanan. Memang menghiah!


Tak seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ni takde nasi dan lauk ye . Semua makanan memang selalu korang nampak bila jamuan raya seperti ketupat palas, lemang, nasi impit, rendang ayam, sate dan banyak lagi. Saya bawak apa? Yaa. saya bawa agar-agar oreo yang dimasak oleh bestie saya, Nisha. Thanks uols sebab sudi masakkan okay.hehe


Selepas ucapan sepatah dua kata dari Puan Zu dan bacaan doa dari En. Shaheezam, semua orang dijemput makan. Fuh~ memang serang habis ya haha. Seronok okay tengok orang makan. Bukan tu je, ada jugak koktail dan aiskrim yang menjadi kegemaran saya. seriussss seronok! haha . Dah la.. malas nak cerita banyak, jom lah tengok gambar makanan dan moments sepanjang  Jamuan raya :



























Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar dan saya rasa sangat gembira sebab terlalu kenyang pada hari tersebut. Terima kasih gais-gais yang bawak makanan. Kalau ada jamuan office macam ni mesti best kan. Office / sekolah korang ada buat jamuan atau rumah terbuka? Jom la share kat sini kisah korang hehe :)


p/s : Fuhh~~ kenyang gilerss. >..<

6 comments:

  1. Even potluck tapi meriah sangat.. Ceria je mata ena tngok gambar semua makanan tu.. Alangkah bestnya kalau ena ada kt sini sekali ahaks

    ReplyDelete
  2. Port luck pon boleh tahan food yang terhidang.. lapau tetibe hahahah

    ReplyDelete
  3. hooo sedapnye durian,

    best betul pakai template minimalist nih

    ReplyDelete