Movie Review- San Andreas


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem bencana alam, "San Andreas". Filem ini menelan belanja 110 Juta dan mengutip sebanyak 300 juta setakat ini. Wahh~ Jom baca review selanjutnya :)



Download San Andreas

Tempat : GSC Mid Valley
Hall : 8
Tarikh Tonton : 29 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 6.45 Petang

Filem ini diarahkan oleh Brad Peyton . Ia direleasekan mulai 29 Mei 2015 (US) dan 28 Mei 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Dwayne 'The Rock' Johnson sebagai Chief Raymond "Ray" Gaines
  • Carla Gugino sebagai  Emma Gaines
  • Alexandra Daddario sebagai Blake Gaines
  • Hugo Johnstone-Burt sebagai  Ben Taylor
  • Art Parkinson sebagai  Ollie Taylor
  • Ioan Gruffudd sebagai  Daniel Riddick
  • Archie Panjabi sebagai Serena Johnson
  • Paul Giamatti sebagai  Dr. Lawrence Hayes
  • Will Yun Lee sebagai  Dr. Kim Park
  • dan ramai lagi...
Sinopsis Pendek
Filem "San Andreas" mengisahkan sebuah gempa bumi yang sangat besar akan berlaku di San Adreas. Ray seorang penyelamat helikopter LAFD , dalam proses penceraian bersama Emma, dan anaknya, Blake untuk membincangkan hal percutian ke Sans Francisco. Dr. Lawrence telah menjangka bahawa akan berlaku gempa bumi terbesar di kawasan San Andreas. Semasa hari gempa berlangsung, Blake dan Emma berada dalam kawasan gempa bumi. Dapatkah mereka selamatkan diri?  

Poster "San Andreas" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Masa mula-mula trailer keluar memang dah teruja nak tengok. Dengarnya ramai menonton dan memberi respon yang baik, jadi memang lagi teruja nak tengok. Bila filem bencana alam semestinya akan menunggu detik-detik berlakunya bencana tersebut, memikirkan bagaimana mereka akan selamatkan diri? Semestinya mendebarkan pada mereka yang menonton. Paling kesian dekat si Blake tu la, satu-satu dia kena. haha Overall,  jalan ceritanya agak 'typical' (sebab semua selamat) dan banyak scene yang cemas tapi masih buat kita berdebar. Fuhh~


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.3 / 5 bintang.


San Adreas 2015 Torrent Download | San Andreas 2015 Subtitle | San Andreas2015 Synopsis

Post a Comment

4 Comments

I N A A I N A A said…
Bagi ena agak kurang best cerita ni.. ena tengok kat g2g.fm
Rafzan Tomomi said…
Ada sedikit kekurangan tu, tapi tak pasti yang mana kan.
dah tengok last week, fuh menyesal tak tengok time 1st day keluar sob sob
Rafzan Tomomi said…
huhuhu.. takpe2 :D