5 Sebab Mengapa Instagram Anda Di Unfollow?

16:00:00 Rafzan Tomomi 5 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kadang-kadang korang mesti terfikir, "eh kenapa dia ni unfollow aku?",sedangkan korang tak buat apa-apa pon. haaaa Meh saya bagi antara lima sebab kenapa "5 Sebab Mengapa Instagram Anda Di Unfollow"?

sumber : google

01 Tidak Aktif 
Bila korang jarang atau tak berapa aktif dekat Instagram tu mesti korang akan nampak pasang surut Followers korang tu. Pernah jugak buat testimoni tak berapa aktif dan hasil memang hebat, hampir 50 orang unfollow dalam masa seminggu. Fuhh~ haha

sumber : google

02 Tak Like Gambar
Kes yang saya selalu kena. haha Bila dah selalu like gambar-gambar mereka ni, sekali kita senyap je tetibe, walaupun dia nampak kita aktif upload gambar hari-hari tapi tak like pon post dia tu. -.- Macam ni pon ada ke?

sumber : google

03 Upload Gambar / Selfie Selang 60 Saat
Haaa.. yang ni pon pernah buat testimoni gak, mase tu saya upload 20 keping gambar dalam masa 15 minit macamtu, bila tengok yaaa memang ramai unfollow. Haha Orang macam memang wujud okay, dah beberapa kali berhadapan dengan mereka. haha Tapi dah kenapa kan kalau upload gambar selfie kau 8,000 keping dalam satu masa? hahaha :D


sumber : google


04 Hashtag Berlemon-lemon
Sedar tak sedar, golongan diatas ni memang wujud. Bila dia rasa annoying dengan hashtag korang yang berlemon-lemon (milion actually! haha) tu , dia pon bakal mengucapkan selamat tinggal pada korang. Mungkin dia seorang yang simple dan tak mahu serabut. hahaha p/s : Kadang-kadang saya pon letak hash-tag berlemon-lemon, tapi ada sebab. hihi :p 

sumber : google

05 Sebab memang hobi mereka
What can I say? Haha . Sebenarnya dekat Instagram tu ramai je orang macam ni, macam hobi mereka pulak rasanya. Sejak ada apps "Unfollowers" ni, memang tahu siapa yang unfollow kita. Kalau dilihat, memang kebanyakkannya orang yang sama jugak. Kadang-kadang dengan cara ni je dapat menambahkan bilangan pengikut mereka untuk kejar popular atau marketing stratergy untuk perniagaan. (mana tahu kan? hati manusia sukar diramal) 

sumber : google

dan beberapa lagi sebab mereka yang tersendiri yang selalunya dihadapi seperti BERGADUH, TAK SUKA dan macam -macam lagi. Bukan itu sahaja, ade jugak yang terus BLOCK tanda kita sedar. hahaha Kadang-kadang orang yang betul-betul concern pasal media sosial dia, memang akan tertanya-tanya mengapa? hihi Harap beberapa sebab diatas dapat memberi sedikit sebanyak jawapan untuk mereka yang tertanya tu. Gunalah media sosial anda sebaik mungkin okay? Terima kasih membaca :)

5 comments:

  1. Malas nak layan insta sekarang ni..tu yg asyik kena unfollow je..huhu

    ReplyDelete
  2. Hahahaahah ida pon hari2 ada je unfollow. Tapi rasanya tu sejenis hobi diorang. Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Takda modal gambar la momi, active dekat twitter je sekarang. Sila follow abang dodol @dodolism_

    ReplyDelete