#SiarSiar : Melaka Tour 10/4~12/4

16:00:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru baru ni saje pergi bercuti dengan keluarga. Destinasi #SiarSiar kali ini nak pergi Jelajah Melaka pulak. Semestinya Melaka memang tempat yang orang ramai pernah dan selalu jejak. Nasib baiklah masa pergi tak ramai orang. hihi Jom baca kisah 3 hari 2 malam dekat Bandar Hilir, Melaka. [Perhatian : Entri ini Panjang]



Jumaat, 10 April 2015
Haa... semestinya saya ambik cuti sempena nak ke Melaka ni. hihi Bertolak pada jam 9.00 pagi ke Melaka dan berhenti sekejap di R&R Nilai untuk sarapan pagi. Lepas sarapan teruskan perjalanan ke Melaka dan terus cari tempat untuk menginap tu. Kami memilih "Cozy Stay" untuk 3 hari di Melaka. Sampai dalam pukul 1 petang macamtu, terus check in dan pergi ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat.


Lepas solat jumaat, kitorang balik apartment dan bersiap-siap untuk jalan, tapi rasa mengantuk pulak. hahaha Jadi semua berehat seketika. Dalam pukul 5 petang baru keluar nak cari tempat makan. Kitorang makan dekat Wong Solo, area Menara Taming Sari tu. Lepas makan semua, kitorang pon naiklah Menara Taming Sari. Bayaran naik menara tu ; RM20.00 (Dewasa) & 10.00 (Kanak-kanak) - dengan MyKad. Tiket tu dapat la sedikit jajan (Kerepek + Air Mineral) . Masa naik tu korang akan tengok kecantikan dan keindahan bandar Hilir. Nampak semua tempat. Durasi ada atas tu adalah 7 minit. Dibuka dari 10.00 pagi - 10.00 malam. Mase tu datang malam so tak nampak la laut, kalau siang mesti lagi cantik. hahaa


Setelah naik Menara Taming Sari, kitorang nak ke "Melaka River Cruise" pulak. Since masa tu dah malam tak tahu la pulak mana tempat tu, jadi diorang pon gegedik nak naik beca pergi sana. Sangat kelakar okay. hahaha Kitorang amek tiga beca; Emak & Kak Long, Abang Iju anak beranak & saya dengan Abadik. Tahniah diucapkan atas kegigihan abang yang bawak kami , serius kesian pulak tengok dia hahha Naik beca ni dicaj RM25 (sebab nak jenjalan sekejap, tapi takde la jauh mana pon. huhu) Beca yang kitorang naik ni ada lampu-lampuan dan ada speaker besar, dia pon bukak la lagu yang sedikit 'annoying' haha. Sekadar suka-suka okaylah. :)


Sampai "Melaka River Cruise" terus beli tiket kat kaunter. Harga tiket RM10.00 (Dewasa) & RM5.00 (Kanak-Kanak) - dengan MyKad. Tiket itu sekali lagi dapat jajan (Air kotak + Biskut), dah penuh beg ditangan dah ni. hahah Dalam boat tu, dia bawak jalan-jalan sekitar Bandar Hilir tu, melihat keunikan dan kecantikannya. Yang menarik perhatian ialah rumah rumah tepi sungai tu, cantik okay. Jangan risau diorang akan hantar kita balik kat tempat kita naik tadi. hihi Akhirnya selesai hari pertama . yeayy


Sabtu, 11 April 2015
Hari ke-2 sudah tiba! Kerana keletihan hari pertama, kitorang rehat sampai pukul 2.00 petang. haha Dalam pukul 3 petang macam tu kitorang teruskan jalan-jalan ahaha Hari ke-2 ni masih tak dapat nak parking dekat depan Menara Taming Sari (maklumlah keluar pon lewat. hahaha) Akhirnya dapat jugak parking dekat area Dataran Pahlawan tu. Memang susah nak mencari parking huhuhu #nanges



Sampai je sana, terus ke A Famosa. Semestinya ramai orang nak bergambar depan tu, termasuk saya. hahah Tapi gambar jadi tak cantik sebab ade sekumpulan yang nak menetap dan bergambar ke situ sampai ke sudah -.- haha Seronok jugak menikmati sejarah ni, disamping itu korang boleh la bergambar dekat situ. Masa kitorang datang tu ada pulak pengantin buat photoshoot dekat situ. waahhh bestnya. hihi Masa naik tu memang tinggi , nak turun apetah lagi. haha


Kitorang berhenti sekejap dekat Kincir Air tu, untuk berehat. Sambil berehat tu menikmati sekejap air coconut shake dan aiskrim pasu. Comel je aiskrim pasu ni. haha Kebetulan mase tu hujan pulak, so terpaksa berehat lama dekat situ. Lepas hujan dah tak lebat sangat, kitorang pon gerak ke Bangunan Merah. Saja-saja jalan menikmati suasana katanya.


Mase tu pon dah maghrib, kitorang pon singgah dekat surau. Sebelum masuk waktu, sempat berborak dengan seorang pak cik ni, dia penjaga surau tu. Lepas selesai solat, kitorang ke Jonker Walk Night Market . Datang sini tak beli apa-apa pon, cuma nak rasai suasananya je. Yang menariknya ada orang menyanyi atas pentas tu, layan pulak tu lagu diorang nyanyi. Siapa nak carik keychain boleh la carik disini ya. hihi Lepas letih berjalan, maka kitorang pon nak balik lah tapi sebelum tu singgah makan sekejap. haha  Akhirnya selesai hari kedua .


Ahad, 12 April 2015
Hari ke-3 di Melaka! Pagi tu terjaga awal pulak. haha Sebelum tu nasib sempat beli makanan dekat pasaraya untuk sarapan pagi. Sarapan pagi dengan Megi & Roti okay. haha Lepas makan bersiap-siap untuk kemas semua barang sebab dah nak check out. Dalam pukul 10.00 pagi jugak Checkout.


Dalam masa 2 hari tak sempat nak masuk dalam Muzium Samudera Melaka (Flor de La Mar). Jadi kitorang meneruskan hari ke-3 dekat situ. hihi Dah hari ke-3 baru la dapar parking berbayar depan Menara Taming Sari tu. Sebelum parking jangan lupa beli tiket parking ye, Setengah jam RM 0.40 sen sahaja. Sebab dah tahu jalan, so jalan sendiri je ke Muzium tu. haha


Sampai sudah dekat Muzium tu. Tiket masuk berharga RM2.00 (Dewasa) & RM0.50 (Kanak-Kanak) - dengan MyKad. Serius rasa teruja jugak naik atas kapal tu. Ade satu part (bahagian atas kapal) tu kene panjat sikit tapi memang best la (Pak Cik/Mak Cik/Hakak Pregnant tak perlu naik yang pepanjat ni haha). Dapat jugak bergambar dekat bahagian atas kapal tu. haha Bila masuk bahagian dalam kapal tu kene buka kasut ya, jangan risau dalam tu ber-aircond. Muzium tu jugak ade sediakan sewaan earphone (tak pasti apa namanya) dalam RM3 sahaja. Dalam kapal ni ada pelbagai keterangan mengenai sejarah kapal ni, memang menarik. Sebelum balik, mereka beli figure kapal untuk kenang-kenangan gitu. haha Dah habis pusing tu jangan balik lagi, ade satu lagi muzium sebelahnya Muzium Samudera Fasa II, yang menarik jugak. Selesai je kitorang pon se-shopping sebentar (depan muzium je).


Masa otw nak balik tu singgah dekat destinasi terkahir kat Melaka ni, Taman Buaya Melaka. Masa kecik rasanya pernah masuk tempat ni tapi tak berapa ingat pulak. haha Tiket masuk berharga RM20.00 (Dewasa) & RM17.00 (Kanak-Kanak - 5 hingga 12 Tahun) - dengan MyKad.  Masuk-masuk dipaksa tangkap gambar hahah so kami pon pose je la. Masuk situ je akan nampak "Malaysia in Miniature" , binaan-binaan dari seluruh Malaysia seperti KLCC, A Famosa, Jambatan Pulau Pinang dan macam-macam lagi. Lepas tu ada "Reptile Corner" yang ada ular dan beberapa haiwan yang comel. haha Kat sini jugak ada "Children Water Playground" , untuk kanak-kanak rebina ni tapi malangnya tak masuk pulak. hahaha



Of kos, main attraction sini ialah Buaya. Teruja saya melihat buaya yang sebesar alam, dan sedang nganga besar haha Kebetulan masa tu dah masuk 2.30 petang, ada show bersama Buaya, menarik. Orang tu masuk tangan dalam mulut buaya begitu sahaja. haha Lepas tu ada maskot buaya yang comel melambai-lambai ke arah saya. hahaha Jangan ingat ia sudah berakhir, kat situ ada jugak ada Stesen Keretapi Jurassic Park katanya, yang sangat 'seram' dan 'menakutkan'. hahaha RM3 sahaja harganya. Kami terjerit penuh 'kepalsuan' haha Untuk suka-suka boleh la weh. haha


Overall, percutian kali ni bersama keluarga sangat best . Bercuti sambil belajar sejarah gitu. hahaaha Terima kasih sekali lagi kepada Cozy Stay untuk penginapan 3 Hari 2 Malam. Serius puas hati. Terima kasih juga kepada keluarga tercinta . Nanti kita jalan-jalan lagi eh. hahaha






































Photo by me, Abadik
Edit by me


2 comments:

  1. Melaka memang best...Fida pun dah pergi dah tahun lepas..tahun ni still nak p lagi..ada tempat yg tak pergi lagi ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee nanti jangan lupa singgah-singgah ya :D

      Delete