Movie Review - Avengers : Age Of Ultron


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem aksi, "Avengers : Age of Ultron". Filem ini merupakan filem kesinambungan dari filem pertamanya "The Avengers" yang ditayangkan pada tahun 2012. Jom baca review selanjutnya :)



Download Avengers : Age of Ultron

Tempat : GSC Berjaya Time Square
Hall : MAXX
Tarikh Tonton : 24 April 2015 (Jumaat)
Masa : 6.10 Petang

Filem ini diarahkan oleh Joss Whedon . Ia direleasekan mulai 1 Mei 2015 (US) dan 24 April 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti :
  • Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark / Iron Man
  • Chris Hemsworth sebagai Thor
  • Mark Ruffalo sebagai  Bruce Banner / Hulk
  • Chris Evans sebagai  Steve Rogers / Captain America
  • Scarlett Johansson sebagai  Natasha Romanoff / Black Widow
  • Jeremy Renner sebagai  Clint Barton / Hawkeye
  • Don Cheadle sebagai  James "Rhodey" Rhodes / War Machine
  • Aaron Taylor-Johnson sebagai  Pietro Maximoff / Quicksilver
  • Elizabeth Olsen sebagai  Wanda Maximoff / Scarlet Witch

Sinopsis Pendek
Filem "Avengers : Age of Ultron" mengisahkan tentang Tony Stark yang ingin mencipta robot baru yang lebih hebat dari Iron Man. Namun rancangan mencipta robot baru itu telah di hentikan oleh Ultron. Ultron yang secara tiba-tiba boleh befikir dan hidup, ingin memusnahkan manusia di bumi dan ingin memecah belahkan team Avengers. Dapatkah Avengers menghentikan niat Ultron untuk menghapuskan manusia? Dapatkah Avengers bertahan?

Poster "Avengers : Age of Ultron" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Keterujaan untuk menonton memanglah sangat sangat teruja. hahaha Tapi keterujaan tu memberi sedikit kekecewaan untuk filem ni. Dia tak terlalu bosan dan tak terlalu awesome. Ia sekadar boleh tahan laa~. Apa yang menarik dalam filem ni, ada dua karakter adik beradik kembar tu, serius suka sangat dengan diorang. Sorang ada kuasa laju dan sorang lagi ada kuasa ala-ala magik gitu. hihi Semestinya ada beberapa scene yang lawak dan terpukau dengan ke-awesome-an Black Widow (yang semestinya menjadi feveret saya). So korang nantikan sambungan filem ni, ada dua okey : Avengers: Infinity War Part 1 dan Avengers: Infinity War Part 2, akan direleasekan pada 4 Mei 2018 (Part 1) dan 3 Mei 2019 (Part 2) . Please be excited okay! haha


**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)

Rate
Its action & Okay!. Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.

Post a Comment

5 Comments

okay nanti la nak pergi tengok
Pojiegraphy said…
Cerita memang best. Walaupun tak ikut first sequel, still boleh faham dan enjoy! Terbaik!
Rafzan Tomomi said…
kann.. hihi.. :)
Anonymous said…
This is really interesting, You're a very skilled blogger.
I've joined your feed and look forward to seeking more
of your wonderful post. Also, I have shared your site in my social networks!