Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru saya ada cuba tengok wayang D-box dekat GSC Pavilion. Al-kisahnya Abadik nak merasa duduk dekat kerusi D-box tu, so saya pon join sajer. haha Mase tu pulak tengok filem "Kingsman : The Secret Service" (buat kali ke-2), memang awesome! heeee  


Apa tu D-box? D-box tu kerusi Bergerak D-BOX, dimana bila korang tengok wayang , dapat jugak rasai apa yang anda lihat di skrin bila korang duduk kat atas kerusi tu. Ditambah pula dengan sound yang sangat best! Contoh bile scene bom meletop, korang akan rasa dan dengar gegaran macam dalam cerita tu atau aksi berlawan pon korang akan rasa macam mana karakter tu mengelak atau kene pukul. Serius memang awesome! Mostly, antara filem yang dipilih untuk D-Box semestinya yang banyak action rasanya. hehe Tak hairanlah masa tengok Kingsman bergerak kemain rancaknya. hahaha


Korang nak rasa betul betul dalam filem tu? Ada butang khas dekat sebelah kanan tempat duduk untuk korang tentukan nak rasa "Maksimum", "Biasa" atau "Perlahan". Semestinya saya memilih yang paling maksimum, baru syok kerusi tu bergerak-gerak. haha Harga tiket D-box dalam RM34. Kalau nak rasa duduk atas Kerusi D-box ni, korang boleh cari dekat GSC 1 Utama (New Wing) (Hall 3), GSC Pavilion KL (Hall 3) dan GSC Gurney Plaza (Hall 3). Sekali sekala mencuba, tak salahkan? hahaha 


D-box Review / D-box GSC Review