#Siarsiar : Bangkok, Thailand 7/3~10/3 [Bahagian 4] - Madame Tussauds

16:01:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Jom sambung bahagian 4 pulak, #Siarsiar di Bangkok, Thailand. Kali ni kitorang nak terjah mana pulak ni? hehe Jom baca. :)



*dagu runcing. haha*

Lepas makan tu, kitorang terus bercadang nak ke muzium patung lilin "Madame Tussauds". Madame Tussauds terletak di tingkat 6 Siam Discovery (sebelah MBK Mall je). Alang-alang dah sampai situ, kitorang pon masuk je la. haha Bayaran 850Bhat (dalam RM90 macamtu). Agak mahal sikit yer, kalau nak gegedik nak pergi boleh la. hahaha Sebab dalam ni memang ada patung orang-orang terkenal. 


*Busy jangan kacau haha*

Dalam ni ada bahagi kepada beberapa bahagian seperti "Red Carpet", "Music Zone", "History Zone", "Leaders Zone" dan banyak lagi. Bergambarlah korang puas-puas yer. Korang akan jumpa bintang-bintang terkenal seperti Lady Gaga, Justin Bieber, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Obama, Jackie Chan dan ramai lagi. Nasib masa pergi tu tak berapa ramai sangat orang, boleh la bergambar dengan tenang. haha Jom lah tengok beberapa gambar saya bersama bintang terkenal itu : 

























Nampak tak keseronokkan dalam tu? haha Sememangnya puas hati jugaklah masuk, paling seronok jumpa Doraemon tu. hahaha Setelah seronok bergambar tu, maka kitorang pon nak balik hotel jugak. Memang letih okey. Malam tu sekali lagi kitorang makan megi dan roti. Sekadar alas perut katanya. hahaa Dah tamat kisah hari ke-2. Kitorang siang berjalan malam rehat je kat rumah. hahaha okeylah Tunggu entri seterusnya esok! [Sambung Bahagian 5/Akhir]   

*we got photoboom there haha*

Foto by Abadik, Ayman
Edit by Rafzan Tomomi
Madame Tussauds, Bangkok | Harga masuk Madame Tussauds, Bangkok | Muzim patung lilin Thailand | How to get in Madame Tussauds 

2 comments:

  1. Bestnya tempat ni. Nanti nak pergilah.. macam real semua patung patung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. kat Malaysia pon ada, kat I-city kalau tak silap :)

      Delete