#Siarsiar : Bangkok, Thailand 7/3~10/3 [Bahagian 1] - First Flight

14:39:00 Rafzan Tomomi 4 Comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke luar dari Malaysia. Jadi #siarsiar kali ni nak bawak korang ke Bangkok, Thailand. Ini merupakan kali ke-2 berjalan luar dari Malaysia (first, USS tahun 2013). Sebelum sampai sana, entri bahagian satu ni nak menceritakan pengalaman naik kapal terbang, memandangkan ini kali pertama naik kapal terbang. #Siarsiar kali ni bersama kawan Abadik; Ayman, Bob, Kak Didi & Zaki. (Total 6 orang pergi) hee Are you ready? Let's go!


*dalam train KLIA EXPRESS*

Jumaat, 6 Mac 2015
Bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 malam ke KL Sentral. Lepas tu, terus beli tiket KLIA Express untuk ke KLIA 2. Haa nak cerita sikit Tips nak Keretapi ke KLIA, kalau nak terus ke KLIA atau KLIA2 korang beli je tiket KLIA Express sebab dia akan terus bawak korang tanpa henti ke KLIA dalam masa 30 minit je.


*Koc ni tak ramai orang. haha*

Kalau korang suka melengahkan masa, korang boleh naik KLIA Transit akan bawak korang ke KLIA jugak tapi dia berhenti dekat beberapa stesen. Harganya sama je KL Sentral - KLIA/KLIA 2 (RM35). So pilihlah mana yang korang suka haha.


*First step at KLIA 2*

Sambung balik cerita, Setibanya di KLIA dalam pukul 10.30 malam terus menunggu yang lain sampai. Sementara menunggu, tengok ade tak flight 6.45 pagi Air Asia AK890 ke Don Mueng, Bangkok. (Penting : check kat mana korang sepatutnya naik sama ada kat KLIA atau KLIA 2, jangan pakai serbu je. hehe) Lepas semua dah sampai, semua nak carik tempat tidur pulak. Memang ramai pulak mase tu, so terpaksalah merempat mencari tempat. haha Kitorang sempat menikmati Mekdi sebelum nak tido tu. hehe


*tak boleh tido woi*


*mereput menunggu flight 6.45 pagi haha*

Sabtu, 7 Mac 2015
Lepas makan masih mencari tempat tido, akhirnya jumpa dekat bahagian "Arrivals". Situ tak ramai orang, nasib baik lah. Malam tu pulak perut meragam je. haha (faham-fahamlah =.=") Ada antara kitorang dah lena dibuai mimpi, sementara saya masih tak boleh tidur, mungkin excited nak naik flight kot. haha Mase tu jenjalan kejap sekitar KLIA 2 ni. Beberapa jam kemudian, memasing nak breakfast pulak, kali ni breakfast dekat Old Town gitu. Selepas selesai semuanya, baru la kitorang ke bahagian "Departure". 


*bakal berlepas*

Pepagi tu memang dah ramai orang. Sebelum masuk tengok kat mana tempat berlepasnya. kitorang kat "L20" lepas tu, terus masuk dan tunjukkan passport. Lepas diorang check, saya kene scan passport pulak dan alhamdulillah lepas. hee Kemudian, check beg pulak. (Penting : Make sure letak barang semua (handphone, Jam, Dompet. dll)  dalam beg la senang sikit). Kebetulan mase tu tak pakai seluar jeans so tak perlu tali pinggang, jadi lepas dengan bersahaja. haha Akhirnya lepas jugak semua barang. yeay (Penting : Minyak wangi, deodorant yang seangkatan dengannya sila letak dalam "Zip bag" bagi memudahkan urusan). Lepas tu check tiket pulak, dan tunggu dekat tempat menunggu L20.


*muka excited sangat memasing*

Selepas 10-15 minit menunggu, baru boleh masuk kapal terbang. Jelas keterujaan semasa tengok kapal terbang dekat-dekat. haha (maklumlah pertama kali kot..haha) . Masa naik disambut mesra oleh pramugara dan pramugari. Letak bag dekat atas ruang tempat beg tu, pastu duduk tepi tingkap okey. Punyalah nebesnya sukar digambarkan. haha


*keterujaan sangat*

Yang lain masuk kapal terbang terus tidur tapi saya tak, tunggu sampai dia naik baru boleh tidur. Masa naik tu memang sangat mendebarkan, dup dap dup dap tu tak payah ceritalah. haha Naikk je kapal tu, macam ada rasa naik rollercoaster gitu, hahaha memang seram. mase tu cakap "okey faham... okey faham... :'D" (sebelum orang kata masa naik dia macam seram sikit. haha). Bila dah ada atas awan terus lelapkan mata. hee


*safely arrive*

Bukak mata je dah nak sampai dekat Bangkok. Tapi masih atas awan lagi. Mase tu memang terpegun tengok awan yang sangat banyak. Dan akhirnya sampai jugak dekat Don Mueng Airport, Bangkok, Thailand. Perjalanan mengambil 2 jam 5 minit sahaja. Fuhh~ sememangnya masa turun tu masih pening-pening kepala . haha Tapi tulah dia pengalaman naik kapal terbang kan? haa Panjang cerita ni. Baru naik kapal terbang ni. Tunggu entri seterusnya esok! [Sambung Bahagian 2] 



Foto by diorang
Edit by Rafzan Tomomi
Tips Naik Kapal Terbang | Barang Yang Tak Boleh Dibawa dalam Kapal Terbang | Tips naik KLIA EXPRESS | Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang

4 comments:

  1. best nyee,..kawan2 pon sporting comel2 semua.. =)

    ReplyDelete
  2. Na tanya sikit, kalau sya tiba kat klia jam 12.20pm pastu nak naik terbang ke bangkok 14.35 sempat ke naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tu, tapi lagi awal lagi bagus. 2 jam before paling okay. :D

      Delete