Movie Review - Cinderella


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kali ni nak review filem yang dulunya animasi kini ke live-action "Cinderella". Ini antara filem yang nak sangat tengok untuk tahun 2015. Adakah versi 2015 atau 1950 sama? Jom baca review selanjutnya :)



Download Cinderella 2015

Tempat : Nu Sentral
Hall : Hall 11
Tarikh Tonton : 13 Mac 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 Malam

Filem ini diarahkan oleh Kenneth Branagh . Ia direleasekan mulai 13 Mac 2015 (US) dan 12 Mac 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti Lily James sebagai Ella ("Cinderella"), Richard Madden sebagai Prince "Kit" Charming, Cate Blanchett sebagai Lady Tremaine, Helena Bonham Carter sebagai The Fairy Godmother, Stellan Skarsgård sebagai The Grand Duke, Derek Jacobi sebagai The King, Hayley Atwell sebagai Cinderella's Mother, Holliday Grainger sebagai Anastasia, Sophie McShera sebagai Drizella dan ramai lagi .

Sipnosis Pendek
Filem "Cinderella" mengisahkan Ella yang kehilangan kedua ibu bapanya dan tinggal bersama ibu tiri dan dua kakak tirinya. Ella seorang yang baik dan tak pernah bangkang apa yang mak tiri dia suruh. Satu hari Ella tersedar yang dia dipergunakan oleh ibu tiri dan dua kakak tirinya lalu membawa diri ke dalam hutan. Dalam hutan tu terjumpa pulak dengan Kit atau dikenali sebagai Prince Charming. Lepas terjumpa Ella, Kit ingin sangat berjumpa dengan Ella sekali lagi jadi Raja telah mengarahkan untuk memanggil semua gadis untuk menghadiri majlis yang diadakan di istana. Selepas Ella dengar pengumuman tersebut, dia rasa teruja dan menjahit sendiri bajunya. Dapat tak Ella menghadiri majlis tersebut? *nahh~ semua orang tahu dia pergi majlis tu. haha* 

Poster "Cinderella 2015" (sumber : google image)

Review Sendiri**
Kita semua tahu apa kesudahnya filem Cinderella (1950) kan. Walaupun dah tahu jalan ceritanya, tapi versi live-action ni penuh drama, penuh dengan ke-sweet-an Ella & Kit dan ada scene tambahan yang cerita kenapa Ella jadi bibik dekat rumah dia sendiri. Korang boleh rasa apa yang Ella rasa. gitu. hehe Ada beberapa scene jugak yang diorang ubah so korang tak rasa ralat tengok jalan cerita yang sama. hahaha "Fairy God Mother" nampak lebih cantik, lebih magis dan kelakar. Yang bestnya, dalam filem ni ada cerita mana datangnya nama Cinder-ella ni. Bab kostum filem ni, ohh sangatlah cantik lagi-lagi baju Cinderella yang biru (diatas). haha Sesuai untuk semua lapisan masyarakat yer, paling penting cecuti sekolah ni, bawak anak pergi sekali, sebab opening filem ni ada FROZEN FEVER (next entri saya review!). 'Have courage, be kind" - Mak Cinderella.

**Review ini adalah pendapat saya sendiri. Jika korang ada review sendiri, boleh share kat ruangan komen. Sharing is caring :)


Rate
It's beautiful, more drama & super sweet! Dengan ini saya memberi 4.5 / 5 bintang.


Post a Comment

4 Comments

memang sedang bercadang-cadang nak menonton cinderella ni... sebab memang tertarik even tengok trailer jer pun...
Rafzan Tomomi said…
hee selamat menonton :)
Qaseh Abadi said…
nak tgk frozen.. hik.hik. cinderella dah banyak versi.. tapi tetap best..
Rafzan Tomomi said…
hikhik tapi best jugak :D