TOP 5 GIRLS GENERATION ALBUM

09:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments



Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Ahad lepas ada tengok video dari vlogger "Dylan", video beliau pasal "TOP 5 SNSD ALBUM" , jadi tetiba rasa nak review pulak pasal TOP 5 album feveret GIRLS' GENERATION (GG) saya. Starting Julai tahun lepas dah tak beli apa-apa album GG memandangkan mengalami masalah kewangan, jadi hanya mampu download je la . haha So kepada diorang yang baru-baru nak kenal GG ni, entri ni kire sesuai la untuk korang baca.



05 GIRLS' GENERATION II ~Girls & Peace~ (2012)
Album studio Jepun kedua yang direleasekan pada 28 November 2012. Tengoklah konsep album ni? Dekat airport gitu. Suka dengan konsep album ni. hee Lagu-lagu single "PAPARAZZI", "Oh!"& "FLOWER POWER" memang cukup kuat dan superb! Lagu baru dalam album ni ada beberapa je yang berjaya memikat hati mendengarnya, antaranya "Stay Girls", "T.O.P", "BOOMERANG""ALL MY LOVE IS FOR YOU", "Girls & Peace" & "Not Alone".



04 THE BOYS (2011)
Album studio korea ketiga yang direleasekan pada 19 Oktober 2011. Ape yang saya suka tentang album ni ialah box CD dia. Serius memang suka gilers. haha Memang lain dari yang lain. Konsep pon menarik , ala-ala cerita dongeng gitu. Cerita pasal lagu-lagu dalam album ni pon menarik jugak. Main track dia sangat awesome, "The Boys" . Lagu ni jugak ada dalam 3 bahasa; Korea, Jepun & English. Antara lagu lain yang korang kene dengar dalam album ni; Telepathy, Say yes, TRICK, MY J & OSCAR .

(sumber : google image)




03 GIRLS' GENERATION (2011)
Album studio Jepun pertama yang direleasekan pada 1 Jun 2011. Bagi saya album ni saya kategorikan sebagai "excellent work" dari segi senarai lagu, cover, konsep dan semualah. Perfect sekali. hee Album ni terjual hampir 1 juta unit CD. Menampilkan single-single seperti "GENIE", "Gee", "Mr. Taxi", "Run Devil Run" & "HOOT". Lagu lagu baru pun not bad. Kalau korang nak beli, sila beli yang Duluxe punya, sebab dapat bag dalam tu (tapi harga dia matilanakk.. haha). Antara lagu lain yang korang kene dengar dalam album ni; you-aholic, BAD GIRL, Let It Rain, THE GREAT ESCAPE, The Boys (Japanese Ver.) & Time Machine (Repackage).



02 LOVE & PEACE (2013)
Album studio Jepun ke-3 yang direleasekan pada 11 Disember 2013. Semua lagu dalam album ini adalah best dan cool untuk didengar. Dengan 2 single, "LOVE&GIRLS" & "GALAXY SUPERNOVA" serta 10 buah lagu baru dalam album ini, GG membawa sesuatu yang "fresh" untuk peminatnya. It's 100% japanese song , bukan lagu dari Korea seperti album-album sebelumnya. For the cover album, sangat suka dengan idea diorang, masih nampak cantik dan classy. Paling best ade bonus Button kalau korang beli versi "Complete Limited Edition" + Blu-ray Disc. (Saya beli versi "Limited Edition" sebab ada DVD, takde Blu-ray Disc. hehe) :) Antara lagu lain yang korang kene dengar dalam album ni; Gossip Girls, motorcycle, BEEP BEEP, DO THE CATWALK, Karma Butterfly, Everyday Love & blue jeans.



01 I GOT A BOY (2013)
Album studio korea keempat yang direleasekan pada 1 Januari 2013. Album ni dapat no. 1 sebab ia sangat cool. Memandangkan mase tu memang SONEs tertunggu-tunggu comeback dari GG (sebab tahun 2012 takde langsung comeback kat Korea), lepas tu promotion album ni memang kaw-kaw punya. Album ni direleasekan dalam 10 versi CD (9 versi cover setiap anggota kumpulan & 1 cover semua anggota). Serius SM memang giler. hahaha Lagu "Dancing Queen" direleasekan 2 minggu sebelum album ni, dan ia mendapat sambutan dari peminat. Lepas tu lagu "I GOT A BOY" release telah membangkitkan semangat nak beli album ni. Dikatakan sesuatu yang baru dari GG. Antara lagu lain yang korang kene dengar dalam album ni; Express 999, Baby Maybe, Talk Talk & Romantic Street.

(9 Solo Cover "I GOT A BOY")

0 comments: