#Movie Review "Kingsman : The Secret Service"

16:00:00 Rafzan Tomomi 12 Comments

(sumber : google image)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ni ada pergi tengok wayang, so dengarnya filem nak direview ni memang ramai sangat cakap best, jadi saya nak review filem komedi aksi spy"Kingsman : The Secret Service". Best ke idok? Jom baca review selanjutnya :)



Download Kingsman : The Secret Service

Tempat : Nu Sentral
Hall : Hall 4
Tarikh Tonton : 22 Februari 2015 (Ahad)
Masa : 4.40 Petang

Filem ini diarahkan oleh Matthew Vaughn dan direleasekan mulai 19 Februari 2015 (Malaysia). Filem ini menampilkan pelakon seperti Colin Firth sebagai Harry Hart, Taron Egerton (Gary "Eggsy" Unwin), Samuel L. Jackson (Richmond Valentine), Mark Strong (Merlin), Michael Caine (Arthur), Sophie Cookson (Roxy) & Sofia Boutella (Gazelle) dan ramai lagi.

Sipnosis Pendek
Filem yang diadaptasi dari komik karya Mark Millar, "Kingsman: The Secret Service" mengisahkan tentang agen rahsia, Harry, yang memilih Eggsy untuk dilatih menjadi agen rahsia di Kingsman. Sikap Eggsy mula berubah setelah menjalani program latihan sebagai agen rahsia di 'Kingsman'. Pada masa itu, Kingsman berhadapan dengan musuh yang sangat merbahaya dan sangat pakar dalam bidang teknologi, Richmond Valentine. Valentine mempunyai rancangan jahat untuk membunuh semua manusia di seluruh dunia dengan memberi simkad percuma. Bagaimanakah Kingsman menghalang rancangan jahat Valentine? Adakah Eggsy berjaya menjadi agen rahsia di Kingsman? Jangan lupa tonton ye :) 

(sumber : google image)

Review Sendiri
Seriously, tengok filem ni tanpa info ataupun tengok trailer. Selalunya kalau tengok mengejut semestinya cerita tu best! haha Ye la , ramai sangat orang cakap best, kite tak boleh duduk diam hahaha. Tak sangka pulak ni filem yang boleh buat korang gelak dan penuh aksi. Ada banyak scene bunuh dan berdarah (18 Tahun Ke Atas je boleh tengok yer... haha) still diselitkan dengan lawak dan aksi yang awesome. Ade scene berlawan dan saat-saat geting pon masih nak diselitkan lawak. haha Watak "Eggsy" memang sangat lawak dan 'cool', even beliau (Taron Egerton) masih baru lagi dalam dunia lakonan ni. Dan yang paling best, Payung tu sebenarnya pistol , serius cool gile! haha Siapa yang minat filem aksi+spy+komedi, inilah filemnya. Gerenti puass! :D Tunggu apa lagi? Jom ler terjah panggung wayang :)

Rate
Dengan ini saya memberi 4.9 / 5 bintang.


12 comments:

  1. Hebat tu bintangnye, sampai 4.9. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha mana boleh fullmarks. hahaha :p

      Delete
  2. da tgk aritu. better then james bond ;-)

    ReplyDelete
  3. Baca review kat sini,macam best je filemnya buat hati teruja untuk menonton.

    ReplyDelete
  4. Baru jer nak pergi nengok cite ni ^^

    ReplyDelete
  5. Saya da tengok movie ni :D Movie ni memang kegemaran sy ..time tengok kat pawagam memang teruja sangat

    ReplyDelete