#SiarSiar : Seoul Garden, Sunway Pyramid 9/12

09:00:00 Rafzan Tomomi 0 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys. Terima kasih sebab sudi jenguk blog kite. hehe Okeylah nak cerita sikit pasal minggu lepas (Selasa, 9 Disember 2014), saya dan office mate (dalam bahasa melayunya "rakan sekerja") saya makan-makan dekat Seoul Garden, Sunway Pyramid. Hujung tahun biasalah kan , mesti nak berkumpul satu opis dan tujuan nak meraikan semua dan majlis farewell untuk Nabil. Jom baca cerita seterusnya ^__^




11.40 pagi tu keluar office, saya, Ekin, Kak Ros & Kak Nad tumpang naik kereta Kak Yan. Terasa teruja pulak sebab first time nak makan dekat Seoul Garden. Sampai je sana sesat kejap sebab Sunway Pyramid banyak sangat kedainya hahaha Akhirnya sampai jugak. Mase masuk tu ade la jeling-jeling makanan yang dah disediakan (buffet gitu~). Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa oleh Lan dan sedikit ucapan dari En. Manap. Lepas tu memang semua pergi terjah makanan yang ada. Fuhh~~ macam-macam ada kat situ, dari ayam daging sampailah ke dessert. Memang puas makan woii! hahaa Harga dalam RM30.88++ (seorang). Makan steamboat okey, siap boleh bakar lagi tepi-tepi dia. Memang kenyang tahap dewa haha


Masa tetengah makan tu, En. Manap suruh sampaikan la hadiah kepada si penerima. Macam mana nak tahu tu hadiah siapa? begini ceritanya, 2 minggu sebelum majlis ni berlansung, semua orang dalam unit tu kena cabut satu nama dalam bekas yang disediakan. Nak tahu saya dapat siapa? haaa saya kene bagi hadiah dekat En. Manap. yeayy.. hahaha... Siapa pulak yang nak bagi saya hadiah? haa orang yang bagi hadiah dekat saya ialah En. Shaheezam. hee Terima kasih semua yang terlibat, memang sangat kenyang, puas hati dan seronok dapat kumpul ramai-ramai macamni. Harap tahun depan buat lagi okey? ^__^v jom tengok moment yang sempat dirakam :





















**photo choose randomly, tak larat nak edit semua. ahha :p

^__^ v

0 comments: