BEST 2014 SONGS

21:24:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ni Selasa, 23 Disember 2014 , dah start buat countdown untuk upcoming birthday dan tahun baru 2015! Super duper teruja! Korang jenguk la page ni >>#TB ada special countdown untuk birthday sendiri hahah Just for fun! Okeylah memandangkan tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi, jadi saya akan post beberapa LAGU TERBEST 2014 pilihan saya. Dalam banyak-banyak lagu, saya dah senaraikan sebanyak TOP 20 ! hee Pilhan saya adalah muktamad dan mengikut kehendak tekak sendiri. hahaha Hampir 3 hari jugak nak siapkan entri ni, bukan main lagi kan? hahaa So Check it out!




20 Blank Space - Taylor Swift 
Nombor Ke-20 jatuh pada kak Taylor Swift kite dengan lagu terbarunya "Blank Space". Ini merupakan kali pertama saya mengikuti Taylor dalam album terbarunya, "1989", sebelum ni pernah dengar nama dia dan lagu-lagunya tapi tak berapa layan sangat. Sure love the album sebab album dia kelas. haha  Muzik video dia pon saya suka sebab unik dan suka sangat dia berlakon jadi tak betul, sooo good! ^__^ (Watch Music Video Here!)


19 CRUSH - 2NE1
Nombor Ke-19 jatuh pada lagu "CRUSH" nyanyian 2NE1. Seriously, masa lagu ni dalam album korea tak berapa minat nak dengar lagu ni, tapi bila release dekat Jepun dalam versi Jepun terus suka pulak. haha Lagu yang best dan suka suara Park Bom . Paling suka part yang ni "I got 21 big brother, blueekkkkk..." hahaha It's cool! haha (Watch Music Video Here!)


18 Hello new me - Hamasaki Ayumi
Tempat ke-18 , lagu nyanyian Hamasaki Ayumi yang berjudul "Hello new me". Dengar preview lagu ni terus suka, sebab bunyinya mendatar dan tak ada climax. hehe It something new dari Ayumi . Lagu ni adalah single dari album studio ke-15 nya, "COLOURS". Lagu ni takde klip video la pulak. Korang boleh tengok persembahan lagu ni yang versi live punya. (Watch Here!)



17 Holler - GIRLS GENERATION TTS
Tempat ke-17 jatuh kepada lagu "Holler" nyanyian GIRLS GENERATION TTS. Ingatkan diorang cover lagu Spice Girls ke apa kan? Rupanya lagu ni lain dari yang dijangkakan. Bagi saya, lagu dia boleh layan dan sesuai untuk parti-parti gitu. haha (Watch Music Video Here!)





16 Can't Remember To Forget You - Shakira feat. Rihanna
Tempat ke-17 jatuh kepada lagu duet nyanyian Shakira & Rihanna "Can't Remember To Forget You". Lagu yang suka didengar masa awal-awal release dulu dan kalau korang tengok Muzik video dia memang agak 18sx sikit, tapi lagu dia sangat 'catchy' part yang 'oh oh uh oh oh~ oh oh uh oh oh~ I can't remember t forget you'. (Watch Music Video Here!)


15 Lalala (Brazil 2014) - Shakira
Tempat ke-15 jatuh kepada Shakira dengan lagunya "Lalala (Brazil 2014)". Lagu ni sangat awesome! dan lebih best dari lagu official FIFA World Cup 2014, "We Are One" nyanyian Pitbull . First dengar lagu ni versi "Dare Lalala" dah dapat agak lagu ni mungkin akan jadi lagu tema World Cup, dan sangkaan saya betul! haha (Watch Music Video Here!)


14 I miss you - C-ute
Tempat ke-14 jatuh kepada lagu "I miss you" nyanyian kumpulan J-pop, C-ute. Lagu ni saya rasa paling cepat yang saya minat, lagu yang unik dan lain dari yang lain. Kalau tengok muzik video memang sangat lain dari yang lain. 3 album single yang diorang release tapi yang ni jugak tetap best. hee (Watch Music Video Here!) 


13 Mewangi - Akim & The Magistrate
Tempat ke-13 jatuh kepada lagu nyanyi Akim & The Magistrate, "Mewangi". Lagu ni best, sedap didengar dengan melodi dan lirik dia yang best. hee Bagi saya lain dari yang lain dari Akim. ^__^ (Watch Music Video Here!)


12 Matahari - Hafiz Suip
Tempat ke-12 jatuh kepada lagu "Matahari" nyanyian Hafiz Suip. Another awesome song dari Hafiz. Walaupun tak sehebat "Bahagiamu Deritaku"atau "Awan Nano" ia tetap menjadi antara favourite saya sebab lagu dia sangat senang nak hafal. hee Kalau korang tengok Muzik video lagu ni, sememang best gabungan Hafiz & Adik Balqis kite yang comel gitu. hee (Watch Music Video Here!)


11 All About That Bass - Meghan Trainor
Tempat Ke-11 jatuh kepada lagu masih lagi popular "All About The Bass" nyanyian Meghan Trainor. Lagu ni selalu saya panggil lagu untuk 'orang gemuk'. haha Lirik dia sangat catchy dan memang layan ler. hee Muzik video dia so colourful dan paling suka ada lelaki comel menari. haha Lagu baru Meghan Trainor , "Lips Are Movin" pon best jugak. ^__^ (Watch Music Video Here!)


10 Hujung Waktu - Azhael
Tempat ke-10 jatuh kepada lagu "Hujung Waktu" nyanyian Azhael. Pada mulanya tak berapa nak layan sangat lagu ni tapi lepas Umairah nyanyi part "aku... cinta padamuuu~" banyak kali, terus search YouTube dan sekarang banyak kali ulang-ulang ahhaah Now, i like it! ^_^ (Watch Music Video here!)


09 Terbang Tunduk - Fynn Jamal
Tempat ke-9 jatuh kepada lagu nyanyian Fynn Jamal, "Terbang Tunduk". I don't know why, tapi setakat ni suka dengar lagu yang Fynn Jamal nyanyi, penuh makna dan suka bahasa yang digunakan. Kadang-kadang terikut ayatnya. hee Lagu ni sangat best. Belum dengar? silakan dengar. :) (Watch Lyric Video Here!)


08 Falling - Yuna
Tempat ke-8 jatuh kepada lagu "Falling" nyanyian Yuna. Another awesome song dari Yuna. Sangat suka lagu ni, simple dan tak terlalu klimaks. Muzik video pon unik dan kemas. hehe (Watch Music Video Here!)


07 Chandelier - SIA
Tempat ke-7, "Chandelier" nyanyian Sia. Lagu ni adik saya yang recommend suruh dengar. First dengar lagu ni, saya tak berapa minat, then dengar beberapa kali , saya rasa "hey~ It's a best song!". Muzik video pulak sangatlah unik dengan budak perempuan menari tak tentu hala hahaha Tapi ia sangat unik. hee  (Watch Music Video Here!)




06 Shake it off - Taylor Swift 
Tempat ke-6 jatuh kepada lagu "Shake it off" nyanyian Taylor Swift. Lagu ni la punca saya suka dengan album '1989'. haha Lagu dia sangat fun, happening, lirik yang catchy dan muzik yang best! (Watch Music Video Here!)


05 Rescue - Yuna 
Top 5 now! Tempat ke-5 jatuh kepada lagu nyanyian Yuna, "Rescue". Walaupun lagu ni tahun 2013 direleasekan, saya tetap nak masukkan dalam list 2014 sebab its a awesome song! Simple dan classy song gitu. Suka! suka! *tepuk ala meimei* (Watch Music Video Here!)



04 Mr Mr - GIRLS GENERATION 
Tempat ke-4 jatuh kepada lagu "Mr. Mr." nyanyian GIRLS' GENERATION. Of course, GIRLS' GENERATION akan ada dalam Top 5 pilihan saya. Mr. Mr. lagu lain dari yang lain yang nyanyikan oleh mereka. Muzik video dia sangat awesome, diorang pakai effect ala 3D tu. hee (Watch Music Video Here!)



03 COME BACK HOME - 2NE1 
Top 3! Tempat ke-3 jatuh kepada lagu nyanyian kumpulan 2NE1, "Come Back Home". Apa yang menarik tentang lagu ni ialah bahagian korus yang senang nak ingat, even my boss pon suka lagu ni  "come back home..." . Muzik video dia pulak memang awesome dengan CGI yang cool!  (Watch Music Video Here!)



02 Toki wo Koe Sora wo Koe - Morning Musume 
Tempat ke-2! Jatuh kepada lagu "Toki wo Koe Sora wo Koe" (English : Beyond Time & Space) nyanyian kumpulan Morning Musume. '14. Dalam 7 lagu single tahun ni, lagu ni juga menjadi pilihan. Suka dengan kombinasi muzik ala balada + EDM. cool song! (Watch Music Video Here!); dannnn No.1!



01 DIVINE - GIRLS GENERATION 
Tadaaa! Lagu #1 pilihan saya tahun 2014 ialah lagu "DIVINE" nyanyian GIRLS' GENERATION. DIVINE adalah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Jepun, dan direleasekan dalam album repackage "THE BEST". First time dengar memang terus suka dan mengingatkan saya pada Jessica , yang telah meninggalkan Girls' Generation pada 30 September 2014. Sebagai SONEs semestinya lagu ni sangat buat kami sebak dan paling paling paling rasa nak menagis masa Jessica nyanyi part tinggi. :( Always support Girls Generation & Jessica. hee  (Watch Music Video Here!)


fin.

2 comments:

  1. Lagu Sia - Chandelier tu dia cakap pasal alcohol addiction penyanyi tu sendiri. Tu yang ada budak pompuan menari tak tentu hala tu, sebagai symbolism kepada penggunaan alcohol :)

    ReplyDelete