#SiarSiar : Sushi King

23:20:00 Rafzan Tomomi 2 Comments


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bagaimana hari anda? Harap semua okey. :) Saje nak buat segmen baru untuk blog, so saya nak memperkenalkan segmen "#SiarSiar" ni. Siar-siar ni segmen bile saya pergi makan-makan atau jalan-jalan ke tempat yang baru saya pergi. hee Untuk entri pertama #Siarsiar ni nak cerita pasal "Sushi King".



Rasenye dalam 2 bulan lepas, Sushi King dekat Mid Valley tu tutup sementera untuk renovation. Dah lama beno nak makan sushi ni, tapi semalam 8/9 saya dengan Abadik pergi menerjah Sushi King yang tak tahu la bile dia bukak. Masuk je dalam kedai , waaaa serba baru gitu. Menarik okey! conveyor belt dia semakin panjang. (google kata 'conveyor belt' tu yang sushi dok gerak atas dia tu.. haha) Keterujaan semakin beria bila lagu-lagu yang diorang pasang, semuanya pernah dengar macam lagu Maeda Atsuko "FLOWER", YUI "Rain" dan banyak lagi.


Sekarang order tak main dah amek order, sekarang order pakai tab okey (seperti gambar diatas) Memang teruja betul kitorang. haha Order la air-airan. Tak lupa mesti order "Green Tea" yang sejuk tu. Tunggu la se-sushi lalu kat sebelah tu. Kebetulan mase tu dalam 5.30 petang, ada potongan 20% setiap pinggan sushi yang diambil dari pukul 3 sampai 6 petang. Mula-mula kitorang tak makan banyak sebab tak banyak menarik hahaa Lepas pukul 6, waiter datang kire yang kitorang makan tu utnuk asingkan yang sebelum pukul 6 tu. 


Yang paling ditunggu takde pulak, 'Golden Ball' lalu. Dengan tak sabarnya, terus panggil waiter nak order 'Golden Ball' tersebut. Fuhh~ Memang sedap. Haha actually dia sejenis telur rebus je, tapi saya suka je, rasenya memang favourite orang ramai kot haha Sambil-sambil tu badik pulak nak cuba rasa 'Yakiniku Don', ada daging atas nasi dia. Sedap jugak. hee Jom la tengok beberapa sushi yang kitorang makan. hahaa







Korang yang suka makanan jepun, meh datang sini. Surely ramai pernah rasakan? hehe Nanti nak pergi makan mana pulak eh? Nantikan #SiarSiar akan datang. heee Okeylah sampai disini dulu entri kali ni. Jumpa lagi dientri seterusnya. Assalamualaikum & Bye Bye ^__^


2 comments:

  1. benci entri ada tentang sushi king ni... ehhh bukan benci, tapi dengki !! sebab memang feverettttt must eat !

    ReplyDelete